Cerita bandung ni dah lama sangat tertangguh. Hope dapat ingat balik sikit-sikit, kalau ada yang tertinggal, kawan-kawan yang pergi sekali tu boleh la tolong tokok tambah. :)Trip ke bandung ni sangat singkat, sangat 'budget', sangat kelam kabut...tapi sangat bermakna . Fisrt time travel luar Malaysia dengan kawan-kawan perempuan.Pergi berempat (Me, Jai, Suhai & Naz kawan suhai)...tapi cukup kecoh dan penuh drama. Pergi 4d3n (not enough, seriously!!!). Kiranya ni first try la...tapi seronok !! Bukan percutian mewah, bukan percutian yang sangat terancang...tapi masih sebuah percutian yang penuh senyuman indah dan ketawa mengelekek tak henti2.
Terima kasih yang tak terhingga buat cik abang yang lepaskan isterinya ber suka ria sebentar dengan kawan-kawan lama. Walaupun masa hantar kat airport, dahi still berkerut2 , pesanan masih berjela-jela...jaga diri & jaga budget.(Hmm...tapi now dah mula berura2 nak pergi Liverpool dengan kawan2 lelaki tengok bola sebagai balasan. Wah...bandung lawannya liverpool..macam tak logik je)Setiap kali call kat hotel tengah malam , tak tanya pergi mana ...mesti tanya dah berapa habis hari ni? :(
Itinerary - Day 1
Pagi
-From LCCT to Bandung Airport (Perjalanan 2 jam lebih rasanya, waktu Bandung lewat satu jam daripada waktu Malaysia)
Tghr-From Bandung airport,naik teksi pergi hotel .Nak lagi thrill , naik angkotan kota (mini bus macam van kecik). -Check In Grand Seriti Hotel (Jalan Hegarmanah)
Lunch :Masakan padang, Rumah sederhana, Simpang raya (Sederhana restoran, located in Pasteur street, next to Hermina hospital)..
Petang
-FOS : Rumah MODE
-Penat Jalan & Shopping, singgah SPA.
Malam
- Dinner @ Kampung Daun
Drama...drama...
Kitorang pergi bandung naik Air Asia. Book masa tengah murah . Punya la nak jimat, pergi tak bayar pun untuk luggage. Bawak backpack je. So, shopping baju yang nak pakai pun kat sana.Balik je bayar untuk luggage. So, dah jimat. Luggage boleh beli kat sana or boleh guna cara kitorang , kalau sanggup :). Hujung2 nanti baru bagitau ok...bagaimana caranya..
Kalau bercuti dengan kawan-kawan ...takde drama tak sah. Sampai, pagi -pagi buta kat airport. Relax je...siap breakfast kat starbuck, bercerita macam 10 tahun tak jumpa, pergi tandas dulu...Rasanya dah susun masa tu just nice. 1 hour b4 gerak...pergi check in. Tengok kosong je, siap cakap "Kita je ke pergi Bandung ni??...best la..boleh baring2..lunjur kaki, seat kosong".Sampai je kat kaunter, mamat 'hampeh' ni kata, "dah lambat dah ni...pintu dah tutup. Tak tau la sempat ke tak?". kitorang gelak2 je la ingat main2...sebab memang confident , dah tengok departure time tu betul-betul. Pastu,bila mamat tu panggil kawan dia tanya system on lagi ke nak check in budak-budak ni, sebab dah lambat sangat...kitorang dah gabra. Siap terbayang dalam kepala, habis la aku kena gelak tak jadi pergi bandung ni.
Bila, dah check in, mamat tu kata kena berlari takut tak sempat. Kitorang pun apa lagi, semput2 nafas berlari tak cukup tanah. Nasib baik kastam semua baik kesian kat kitorang. Siap potong q lagi, merayu-rayu kat orang lain...explain kata kitorang dah lambat.Sampai je tempat menunggu tu, staff yang jaga tu kata...tak lambat pun. Siap flight delay 1 hr lagi. ?????????? Siap tanya...siapa yang cakap dah lambat tu?
Nak marah-marah pun...masing-masing dah mengah berpeluh.Sampai sekarang tak tau...mamat **%$#$ tu betul2 silap atau main-main.Tapi muka mamat tu memang serius, siap panggil kawan dia suruh check system semua. hmmm...nak complaint apa kan..bayar murah..what do u expect..
Flight ok, landing je tak berapa smooth. Kitorang ni first time pergi bandung. So, cuak betul tengok airport dia. Sempit, pendek, kiri kanan dekat je rumah-rumah orang. Bila nak landing tu, rasa dekatttt sangat dengan bangunan tepi2 tu. Haish...ngeri la.Tapi , kalau dah biasa pergi...ok je. Takde apa pun. My friend, ada yang fobia...sanggup nak MAS turun kat jakarta, and naik train or bus pergi bandung.
Shopping
Sampai je, check in Grand Seriti Hotel. Ok hotel ni...reasonable rate, bersih, staff sangat peramah...dan yang paling penting , location kat pinggir bandar. So, tak bz sangat. Jalan kaki pun tak bahaya. Rasanya area ni, area orang berada kot. Rumah besar-besar, sekolah swasta banyak area tu, rumah2 artis pun dekat2 situ je. so...kawasannya nyaman sekali ye buk, sejuk, banyak pokok. Since sampai2 je, bilik tak ready lagi, semua setuju nak pergi Factory Outlet terdekat & paling famous...Rumah Mode. Jalan kaki je daripada hotel tu.
Bakso memang banyak kual tepi-tepi jalan...tak berani nak makan. Takut sakit perut.
Sampai Rumah MODE semua segar bugar walaupun tak lunch lagi. Tapi, ni baru survey2 je....semua telan air liur dulu tengok harga murah-murah. Tapi kena pandai pilih...kena tau compare harga, quality..ori ke tak...
Kat rumah mode ni...T-Shirt , baju2 casual...memang banyak yang cantik2 dan murah-murah. Sekejap je, sedar tak sedar...4 5 helai dah ada dalam tangan. 'Survey' konon :).
hati ku berbunga bunga...
saya suka yang ini...yang itu
mula2 ingat, pakai nota tu...bayar cash...rupa2nye...kena tulis resit kecik tu dulu before bayar.
yang ini...memang jadi idaman hati. Cinta pandang pertama..
Fabric untuk outdoor furniture dia pun cantik-cantik. ...
Jom, pergi lunch....esok datang lagi
Otak masak lemak??? Urat masak lemak???
Lunch @ Rumah sederhana, Simpang raya. Lebih kurang rasa macam kat Sari ratu. Tapi kat sini, sambal ijo dia lagi power la.Yang tak tahannya. si suhaida ni...tak padan dengan vogue tau...order masak lemak Tunjang (urat) & masak lemak otak. Dia sorang je makan. Haishh..tak sanggup nak try la.
Ayam pop & Ikan masin sambal ijo dia memang best.Sambal petai pun sangat sedap makan kering2 dengan nasik lembik panas-panas.Harga? Murah ok...jangan risau. Makan kat restaurant...harga lebih kurang makan kat gerai2 kecik kat Malaysia ni
Alpukat...
Lepas lunch, baru boleh masuk bilik. Rest, solat, mandi...siap2 untuk aktiviti seterusnya.
Bilik untuk berdua, ada dua katil...tapi kitorang duduk berempat...empat2 atas katil. Macam mana tu...?? :) :)
hmmm...perempuan...kalau dah sampai 4 orang satu bilik..ni la jadinya
area hotel seriti ni, rumah-rumah semuanya besar and cantik macam ni.So, nak jalan waktu malam pun rasa agak selamat berbanding duduk dekat town.
Spa & Poffertjes yang sangaaaaaaaat sedap
Lepas tu, jalan2 area hotel...jumpa satu spa yang sangat murah dan berbaloi2. Ni, wajib cuba untuk siapa2 yang duduk area sini. Kat sini la, rasa satu dutch sweet snake yang sangat sedap. nama dia Poffertjes. Mesti cuba tau. Ada orang panggil apam belanda. Ada cheese flavour, choc flavour.Lembut, pluffy, creamy...semua ada.Sampai sekarang teringat2 rasa dia.
Mariaty Spa
Kenyang sampai tersandar...
Malam, dinner @ Kampung Daun.
Perjalanan agak jauh kedalam kawasan kampung dan kawsan tinggi. Sejuk...sila pakai baju tebal sikit. Daripada hotel, naik teksi, lebih kurang 1 jam lebih kot.Tapi, sangat berbaloi...walaupun jalan agak sempit dan berlekuk2. Dia macam ada dalam tengah2 hutan, ada artificial waterfall, open concept,penuh dengan small hut....sangat peaceful...sangat romantik.
Semua food yang kami order sangat sedap...dan silalah cuba semua...kecualiiiiii...
air yang si suhai ke jai ntah yang order ni...teh halia serai...pekat betul. pastu sibuk nak minum air orang lain....
Ayam penyet...with the spicy bumbu
This is the Ayam Bakar Bumbu Bali – Grilled marinated kampung chicken with rice folded banana leave, tempe, sambal pedas meletup..
Gurame Bakar Sambal Kecap – Grilled fish with soy sauce. Sedap!! Gurame bakar ni sangat famous...rasanya ni ikan talapia. Tapi kat sana...sedap dia lain la...mungkin sebab cara masak dia.
Ini la rupa poffertjes yang gojes itu...WAJIB cuba
Fotogediks...before semua terlantar kekenyangan kat bilik hotel.
Ikin said :
1. Perempuan bandung cantik-cantik, lembut-lembut...awas ye...jangan jeling lama sangat :)
2. Siapa yang suka makan ayam penyet & nasi padang...akan senyum sampai telinga bila makan kat sini.
3. Sila jangan bagi tips 1000 rupiah ok.. :) (Suhai, ingat lagi tak ni????). Nampak banyak...tapiiiii...
4. Bawakla currency conversion table, wallet size. Senang bila tengok harga , boleh compare and convert terus. takyah nak ber calculator...lambat. Nanti baju cantik tu orang lain dapat dulu :)
5. Kalau nak naik teksi...pilih la Bluebird or Gemah Ripah ...ada meter.Kalau pening, cari je teksi colour biru, Toyota Vios, supaya tak ditipu. Kadang2 tempat tu dekat je...tapi dia pusing sana pusing sini, konon jauh...supaya boleh charge mahal.
6. Hati sangat tersentuh bila lihat suasana di sana. Rasa syukur setinggi langit. Berilah apa saja tugas, segala kudrat dikerahkan...demi mencari sesuap nasi.Bukan sekadar meminta-minta..demi mencari tempat berteduh. Kalau berhenti kat mana-mana traffic light, mesti ada hiburan yang mengharapkan simpati. Tak kisah la apa pun kerja...janji dapat memberi rezeki. Syukur atas rezeki yang diberi...buat kita di sini.
**Pssst psstt... sorry, gambar kurang memuaskan :(. Try compress semua gambar size jadi kecik, laju upload tapi low quality. Low sangat pulak tu ... :(
To be Continued...