Monday, June 22, 2009

Happy Father's Day Abah...

He's my Abah, he's my mentor, my friend and always my hero...

Who gave me lovesssss yang tak berbelah bagi


I love this pix. Masa ni masa my wedding. abah bertungkus lumus..siapkan semua...semoga anak2nya bahagia. Tapi tetap maintain bergaya.Abah memang terkenal kuat bergaya, kemas dan teliti. Kalau iron baju, minimum 1 jam.Kain pelekat nak pergi surau wajib gosok, sapu tangan pun wajib gosok...Ketayap basuh tiap2 ari...


Ni hasil lukisan abah. Orang offer mahal pun kitorang takkan jual.Sayang sangat lukisan ni. Abah memang pandai melukis.Abah pandai mengaji and berzanji. Suara abah sedap didengar..dan jugak 'takut' didengar bila naik marah. hehe. Rasanya dalam family kitorang semua ada darah seni. Tak kira la bahagian apa...melukis, kerja tangan, interior design, menghias...Alhamdulillah


Abah , walaupun luaran nampak kasar, tapi kita semua tau, abah sayang semua keluarganya.
Abah, walaupun tak pandai luahkan kasih sayang menerusi kata2 secara zahir, tapi terpancar jelas melalui pengorbanan yang abah berikan. Terpancar jelas kasih sayang melalui kesungguhan dan ketabahan abah..
Masa zaman sekolah dulu, terbayang2...walaupun Abah tak dapat nak berikan kemewahan,tak dapat nak bagi jam trend terkini, tak dapat nak belikan baju or kasut trend terkini, tapi, kalau bab ilmu , abah sanggup berhabis nak bagi yang terbaik. Buku yang paling bagus, teknologi yang terkini, cari duit berhempas pulas asal tak ketinggalan. Masa zaman U, masa tu tak mampu nak beli semua buku , tapi abah berusaha photocopy semua buku, biar anaknya terus belajar.

Ikin doakan semoga Abah panjang umur, sentiasa sihat , semoga lebih banyak masa kita dapat menikmati masa2 bersama, berkongsi cerita sama2, bergelak tawa sama2, bersyukur kepada Allah bersama2...dan semoga umur Ikin Allah panjangkan dan tubuh badan Ikin Allah beri kekuatan untuk sentiasa berbakti dan menjaga abah dan emak, walaupun Ikin tau jasa abah dan emak tak dapat terbalas sampai bila2.

Happy Father's Day Abah...I love u more than words can say....


Happy Father's day to all amazing fathers I know....especially my Father in Law. Wish we could be there with you...love u abah!!

Happy Father's day to ALL fathers...everywhere...have a wonderful day.




3 comments:

MamaTiaMia said...

Happy father's day acik..memang acik the best,maksu pun menumpang kasih kat acik after atuk dah tak de..masa maksu belajar pun acik lah tukang photosat semua buku,ada buku prosiding yang mahal dan besar acik photostat siap buat hardcover binding dengan tulis nama lagi,hingga hari ni buku ada kat office maksu,now tia mia pulak tumpang kasih sayang acik,ikin dan along jagalah abah baik2..happy dan bangga dia dengan dua orang ank pompuan dia.

Ikin said...

kalau Tia Mia...dia panggil...ashikkk...ashikkkk

Anonymous said...

Ikin, so nice la entry ni. Sejuk je ati akak baca...
Semoga terus menjadi anak yang solehah dan isteri yang baik. Amin