Tuesday, September 15, 2009

Kepulangan yang dinanti..

Bergema suara takbir di angkasa
Selembut bayu meresap ke dalam jiwa
Betapa hatimu terharu
Menyambut anakmu kembali...





Wah...lain macam je kan tajuk entry kali ni. Haha..gambar pun macam saspen je ada gambar Aman Shah yang hensem...sekarang still hensem lagi tau.Walaupun membesar bukan zaman Aman Shah, tapi tetap suka lagu raya dia.

Bukannya apa..mood raya ni. Pagi tadi pergi kerja, dah la hujan renyai-renyai syahdu gitu.
Pastu radio pasang pulak lagu kepulangan yang dinanti...wah...demam raya dah menjadi2 dah ni. Memang tersentuh la lagu tu. Lagu aishah pulanglah pun...kalau dengar ...memang sayu je.

This year, rasa macam tak cukup masa nak buat persiapan. Kat office sibuk dengan training. so, tak boleh nak ambik cuti or curi2 keluar pergi shopping.Nak keluar weekend, memang takde la. Ramai sangat orang..
Tapi, se simple mana pun...kena buat2 meriah jugak.haha...demam raya harus ada. baju raya harus ada...tolong abah dengan mak tukar apa yang patut, basuh apa yang patut, cat apa yang patut. hehe. Kat kawasan rumah pun...macam dah perang...dam...sana...dum sini...bunyi bunga api...sana sini. Kat surau pun budak2 sibuk dah main bunga api time terawih.

Beli kuih raya, cekelat, bunga api nak bawak balik kampung.Kat office pun masing-masing dah jadi m nasir, ramlah ram, siti nurhaliza duk nyanyi2 lagu raya.Sibuk la tukar duit, dapat kek lapis, share2 hamper, dapat kerepek yang order hari tu...kecoh. Pergi bilik lab lain...sibuk tengok2 kuih raya diorang. Mood kerja memang la dah berlalu dan dah ditelan bersama-sama lagu raya yang memang merdu menusuk kalbu aje time2 macam ni.
Haha, bahasa pun dah jadi ala2 kad raya.


The one and only..kuih raya yang di buat tahun ni. biskut sampan dah karam. This year takde masa la nak buat biskut sampan. Chocolate chip ni, memang sedap. Macam2 jenis chocolate ada. Dark Choc bar yang dicairkan, serbuk cocoa hershey, semi sweet choc chip hershey. Sedap...belum raya lagi dah setengah balang habis.

Bila dah bakar nanti...choc chip dia cair je...bila gigit tu sungguh sedap...



Buruk je rupanya...tapi siapa suka dark choc...mesti suka la biskut ni.Kena la puji lebih2...sebab ni je la kuih yang sempat buat sendiri.

Penat buat kuih...teringin jugak nak msak. Tapi yang simple2 je la...sambal tumis ikan bilis dengan petai..
Mee bandung power tau...telur merah cair tengah-tengah...makan dengan bawang goreng buatan sendiri.

Tukar voucher metrojaya dengan brooch baru...boleh pakai dengan baju baru. This year tempah jubah, kebaya pendek kain cotton , kebaya sulam diimport khas oleh along dari Padang. :). Tak sempat pun nak cari yang dah siap.Cukup la kot...hihi
Beli barang baru untuk mak. simple je...yang penting kedap. biskut tak lemau.
Kuih raya yang dah beli...bersusun susun. tart nenas tu memang sedap. tiap2 tahun beli.Gomok2...inti banyak

Beli choc kat kilang Beryls...masa raya..diorang jual harga kilang. murah. yang paling best choc tiramisu. Mula2 rasa...kena lidah pahit coffee. tapi balance la dengan white choc and almond.

Beli gelas baru kat ikea. Semua suka gelas ni masa bulan puasa. Boleh isi ice banyak2... Terutamanya air laici..boleh isi buah laici tu banyak2.

Tak sempat nak beli pelita tahun ni. Beli candle kat ikea je. Beli banyak2 letak kat luar rumah. tapi candle ni special tau. Dia ada bau choc cake, caramel, puding. Mula2 pasang tu...abah siap tanya...siapa yang buat choc cake ni. Fun la candle ni...

Last week we had a wonderful buka puasa dekat rumah Yana (my adik ipar) kat bangi. TQ Yana for the delicious food and a successful gathering.

chit chat before tunggu azan maghrib..Fakhrul, Din & Abang Sham

Naqeeb...main game sementara tunggu waktu berbuka.
makanan yang sedap2. Nasi JM Beriyani yang sedap. Tapi, yang paling special...rendang ayam kampung la. Hehe. Fakhrul's family bela sendiri ayam ni. Sedap..TQ Uncle & Auntie.
Ready untuk sembahyang jemaah sama-sama.Cuba tengok Naqeeb. lemah je...sebab frust...bukak puasa makan kurma je. kena sembahyang dulu....baru boleh makan nasik

Jika entry ni..entry yang terakhir before menyambut raya..
Ye la, mana la tau...lepas ni dah sibuk buat persiapan nak balik kampung.Nak ambik kesempatan ucapkan..

Saya disini menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua jika ada tersalah bahasa, terkasar kata..tersinggung jiwa. Selamat Hari Raya..Maaf Zahir dan Batin untuk semua....dari kami sekeluarga.


4 comments:

yatie said...

Aman Shah zaman mak su tu..ha..ha..
Akak ngidam la kat sampan ikin yang sodap. Agak2 raya haji boleh buat tak ?

seronok baca entry zaman sekolah Ikin .. he..he..

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir & Batin.

nerry nerry strawbery said...

sebb tengok aman shah yang hansem akak dah tukar lagu background blog akak dgn lagu nihhh he he mmg la dengar suara pun dah tau masih hensem kih kih.. selamat hari raya ikin have a pleasant raya kot2 kita jumpa di highway akak balik kuantan nanti.. klu selisih kat karak we nyanyi lagu sudirman balik kg and boleh tengok kuih2 raya ikin ikut tingkap yerr he he

Anonymous said...

kin..sedapp nye choc chip ko wat..jgn lupe tingal kan choc chip tu utk aku...that day choc chip niza bli aku xdpt abis kan..hahaha
Mee bandung tu ko msk ke bli? sedapp nye nmpk..
Anyway selamat hari raya & maaf zahir & batin...dont drink & drive (relevan ke..hahaha)

ins hassan said...

adoi semangat raya semuanyer...ala ikin kak nerry tu paksa i msk kan lagu aman shah tu...ada dia kata lagu tu happy tp lagu tu mcm sayu jer...i rasa sb tak sabar nak raya sayu o happy pun dia tak bole pikir lg!!! Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin Ikin n Famili ye...