Friday, January 29, 2010

This week's wrap up.

This week was a good week. We continue to have the supreme happiness in our live,love in our heart and big smile in our face.

We are passionate about creating our sweet home..

Balik daripada tengok rumah, my mood was pretty low. Biasa la, ada je yang tak kena bila buat renovation. Lambat la. Tak perfect la. Hujan lebat pulak tu. Gelap je.Suddenly, RAINBOW yang sangat cantik appeared.I could see the awesome colour and the entire arch from end to end. This was a perfect 'bang' or reminder when we reach our sad or down moment ....mesti selalu ada, the promise of tomorrow ..colour and sparkle of our future. My mood began to look better lepas nampak rainbow yang sangat cantik ni. Indahnya ciptaan Allah.
Takde apa yang dapat share sangat progress rumah. Tengah dalam proses tukar tingkap bawah, using wood window. Tukar tingkap bilik atas with white frame and no more 'prison' yang tutup tingkap tu. Boleh tengok beza dia dengan rumah sebelah...

The main reason why we choce Setia Alam ...sebab we love the 'Community' concept. Macam-macam aktiviti ada kat sini, every weekend. Ada cooking workshop, gardening workshop. Suka la pokok yang kat atas tu. Nak carik yang kecik sikit...nak tanam kat rumah. My hb cakap, nama pokok tu Bucida tree.

Pastu nak tanam ground cover plant macam ni kat pokok yang memang dah ada kat luar rumah tu.

We are happy sebab dapat harga curtain yang murah

Susah jugak nak cari curtain yang reasonable, quality and cantik. My house, concept dia simple yet classic. So ada la modern touch sikit-sikit. Bak kata my hb, nak material yang macam Manhattan style or tacky sikit.Hahaha. Kalau nak floral pun, kat bilik je..tapi  taknak la shabby chic punya style tu.  Pergi survey sana sini...dapat very good quotation, dengan service yang sangat bagus kat Macy. Yes, dia punya pilihan memang tak banyak, tapi for the first time...masuk kedai curtain, terus je ada yang berkenan. Memang la yang berkenan tu paling mahal, tapi mahal kat macy still boleh consider lagi berbanding SSF . Kebetulan ada sale  on material price 30%. Uncle yang ukur and design langsir tu pun baik, siap boleh buatkan slip cover untuk kerusi makan & sofa lagi . Kiranya bukan harga Macy la...harga uncle tu. Harga boleh bincang kan uncle...hehehe.

 
Kalau french pleat ni...kira harga kain je. Free workmanship...


This kind of fabric yang I & my hb suka...susah tau nak tunggu dua-dua berkenan.Fabric dia berat, good quality and texture dia kasar.Macam fabric untuk sofa...


Ni langsir master bedroom lama. Hopefully fit untuk our guest room. Sayang sangat langsir ni. Masa tempah ni consider sangat mahal...tapi masa tu tengah menggila english rose ni...so masa tu dapat bonus tempah langsir.


Kan...I dah cakap masa tu menggila english rose. Masa pergi Dublin, English Rose Tea Set untuk my first collection jugak. 


hehehe...yang penting bukan Made In China. Tapi sebenarnya murah.Beli kat charity shop Oxfam shop. (http://www.oxfam.org.uk/shop/). Dapat la beli second hand punya set...tapi still in good condition. Satu set 15 euro je.

We ...sangat kenyang  makan sate sedap with emak dan abah...@ Satay Station Kampung Padan

Must try tau sate kat sini. Sangat sedap. Lagi sedap darpiada Sate kajang. Lembut dan rempahnya cukup rasa.I jarang makan sate daging...selalu makan sate ayam je. Tapi kalau kat sini mesti order sate daging dia. Mee rebus dia pun wajib cuba. Sungguh sedap dan melelehkan air liur..Abah dan mak pun terus jatuh hati walaupun first time makan . Masa makan, banyak kali abah cakap...kita mesti ajak uwan makan sini. Uwan suko makan sote. Hehehe. ok...next time nak bawak uwan makan kat sini. Air pulak bole cuba Apple asam boi.


My best sate daging so far....

 Delicious mee rebus...

Kampung feel...ni yang abah puji sangat...nyaman la, berangin la...
Sapa nak bersila boleh, duduk kat kerusi pun boleh.

Enjoying the flashbacks...

Nampak macam biasa having our tea time @ Delifrance. Tapi special tau.hehhe. Kita pergi delifrance kat Mines...sebab ni tempat date dulu-dulu. :)

....sailing down a canal on a water taxi....

Enjoying the classic feeling....

apa yang classic?? Pasar malam la. Lama betul tak pergi pasar malam...waktu malam. Hehehe. Selalu pergi siang balik erja. Ni memang kitorang plan lepas sembahyang maghrib nak pergi pasar malam nak cari kebab ke, burger ke...or rangka ayam. Wahhh bestnyaaaa...

Pergi pasar malam mesti beli jagung bakar...


Pergi pasar malam mesti beli durian....

We wrap up our week with endless love...@ Italiannies 1 Utama

Happy Birthday to my dearest Nur.Mmuah mmuah..
TQ to maksu ...sebab belanja us...makan besar.

Happy Lady...

 
My Fav -Parmesan cheese blended with spinach, artichoke and mushrooms.
Served with toasted, crispy homemade garlic bread.



Maksu's Fav -Sautéed shrimp served with the marinara sauce.

The Sicilian Chicken Salad was soooo good.Diced chicken breast, mangoes, red grapes and pine nuts, tossed in delicious dressing on crispy romaine lettuce.
With the birthday girl...

Birthday girl kena paksa bukak hadiah masa tu jugak.. :)

 
Adorable, sweet and Oh-so-perfect .
:
:
Ops...I mean my week....(kalau ditujukan kepada tiga di atas apa salahnya...hehe).

Thursday, January 28, 2010

Inspired DIY

Baru tadi godek-godek gambar dalam external HD, terjumpa satu folder 'Jay' s Deck and Pool' daripada my hb punya pix collection. Bila tengok balik , baru teringat cerita di sebalik pix ni. Tempat kerja lama hb I is an international company. So, memang ramai kawan-kawan dia from Swiss, US, Scotland, German...and semuanya peramah-peramah dan baik-baik. I sendiri pernah jumpa one of them...JP yang pernah datang Malaysia dan kitorang pernah bawak dia makan-makan. Suka betul bila my hb bawak dia pergi kampung baru, bermangkuk-mangkuk tomyam dia makan. Telur bungkus pun dia suka. Kuat berborak...sampai tak larat dah nak layan. JP ni dia orang Scotland. Kuat makan kari. Banyak kali dia ajak kitorang datang scotland, sebab dia kata rumah parent dia cantik betul kat sana. Yang paling kelakar, masa datang Malaysia, dia ajak my hb pergi Batu Cave. Kitorang pelik..banyak-banyak tempat...why Batu Cave? Rupanya Batu Cave ni one of the Lonely Planet's Must Visit @ Malaysia. Yang sadisnya...mat saleh tu rilek je panjat batu cave tu...my hb...seminggu kaki bengkak-bengkak. :).


Ok...ok...lari tajuk pulak. Balik pada cerita si Jay from US ni. I want to share DIY project dia kat sini. Best sangat kalau boleh buat DIY project yang best-best macam ni kat rumah sendiri. Jay ni, dia buat pool and deck sendiri at his  home @ Tulsa US. My hb ada dream nak buat deck sendiri at our new house. Ehem...ehem...jadi ke? Hehee.  Me...memang suka buat DIY project ni. Masa terdekat ni, tak dapat nak buat deck or pool, dapat buat magic pling pling @ my old dining table and my old coffee table pun jadi la. Kalau jadi I'll share her. Kalau tak jadi...simpan sendiri je la..hehe.

Jay's DIY Project...



JP @ Batu Cave

 





Ni transport si JP. See the size different...tuan motor and motornya...:)




JP with his Vintage ride

Tuesday, January 26, 2010

Nothing glamorous...

Semalam petang, dapat satu email from my silent reader, tanya : I kerja apa? mesti best kan? sebab baca blog awak...macam takde problem?Tak pressure langsung ke kat tempat kerja? 

Wah...banyak betul soalan 'Cik Zaini ' ni..:)
Zai, My job?? Nothing glamorous...nothing really exciting...
Still ada pressure, stress, manipulative thingy,dealing with people who are 'bengkang-bengkok'..and of coz the political thing is not making easy at all.Most of us enjoy getting a pat on the back, especially at work. Kata-kata manis give us confidence and motivate us .Tapi...benda-benda macam tu jarang berlaku @ my workplace :).

But ...I'm still happy. ... love of friendship @ work and love after work...make me happy...everyday...
:) sampai ke telinga.It's nice to have someone to take a break and share, cry and laugh together.On the way back home...always blast out my car with my favourite music.....enjoy singing......walaupun kereta sebelah jeling-jeling semacam...

Yang paling penting...be grateful for what you have and your opportunities you already have....


I pergi kerja...no glamour or leather briefcase...kena usung bag notebook yang kembung ni pergi office , walaupun ada meeting jumpa customer. Tapi lotion tetap maintain...kat poket bag.



...everyday is casual friday... :)




If balik kerja, muka monyok and tension-tension...my husband will ajak minum before balik. Cerita dulu apa yang di tensionkan...so, make sure balik rumah hati dah sejuk dan tenang.Kalau area cyberjaya, our fav place -  PappaRich





My fav bun @ Pappa Rich...makan panas-panas..sedapnya..


 
My husband's fav...garlic nan...makan dengan kari ayam



Kalau makan kat PappaRich, mesti order air milo dinosaur ni.Air milo ais biasa  with an extra spoonful of powdered undissolved Milo added to it).Worlddd sungguh...




Tapi...lagi hilang tension kalau sekali sekala kerja jauh dr tempat kerja. 
Jauh...maksudnya luar Malaysia...luar Asia...hahahhaha
macam dulu-dulu...hmmm ....
**Pix was taken @ Dublin...2007





Ataupun tak payah kerja jauh-jauh. Bercuti je terus...lagi betul-betul hilang tension.:)
Semoga our dream jadi kenyataan .... cepat-cepat kumpul duit. :).
 **Pix was taken @ Zurich....tahun bila tak ingat..sebab ni husband I yang pergi sorang-sorang. So malas nak ingat...hahahhaa

Friday, January 22, 2010

Macam-macam rasa

Memang update kali ni tertinggal keretapi sikit.Hari jumaat, dah nak habis minggu ni...baru dapat update aktiviti untuk last week. Walaupun deadline di sana sini (wah...macam ye ye je), tapi, petang-petang jumaat ni, gigih jugak try nak update blog...sebab macam sayang tak share moment yang macam2 rasa sepanjang minggu ni.

Ikan Siakap 3 Rasa

Lepas tgk blog Kak Lady hari tu...meleleh air liur teringin nak makan ikan siakap 3 rasa style kedai siam.Abah suka betul kalau makan ikan 3 rasa ni. Kitorang memang ada satu kedai fav kat Bandar Tun Razak, nama dia kedai Thara. Tom Yam seafood dia superb...murah...tapi macam2 ada..ketam, lala,udang besar, sotong.Ikan 3 rasa dia pun sedap. Kedai ni dekat je dengan downtown kat velodrome cheras. Bagi la pilihan kedai maca-macam yang lebih eksklusif dan mahal...kalau tanya 'Abah nak makan mana hari ni...?'. Mesti dia jawab 'Mano laie...Thara la..'.

So, last weekend...menu lunch untuk hari sabtu memang macam kat kedai siam la.Masak Ikan siakap 3 rasa yang sedap, tom yam seafood kaw kaw berasap pedas, telur dadar & kailan ikan masin...tapi special sebab guna kailan organik...:).So...lupakan sementara segala kandungan kalori dan energy yang perlu dibakar...:).Menjilat jari semua orang makan...abah la yang paling enjoy...sebab dia kalau makan ikan...memang takde sapa boleh lawan. Tinggal tulang...takde 'secarik' isi pun yang tinggal.Beli Ikan Siakap yang paling besar kat Tesco. Murah.Puas makan..


Sos cili thai muka perempuan thai ni...memang sangat berguna kalau nak masak thai food.


Ikan siakap kena goreng garing-garing baru sedap.




Lepas curah sos 3 rasa...kena terus makan. Kalau tunggu lama-lama...ikan tu dah tak garing.Kurang la sedap dia...



Kailan Ikan Masin Talang...



Tom Yam seafood...udang kertas...yang berasap-asap pedas...

Rasa kasih sayang...dan pedas ayam penyet

Last sunday , sebelum pergi tengok keadaan rumah yang tengah buat renovation..singgah rumah maksu. Manja-manja with budak tonit Tia & Mia.Then, bawak maksu & kids dan uwan tengok rumah . Kelakar Tia...nak puji...'cantek new housheee...' ...pastu macam ada muka tak puas ati..pelan je cakap..'tapi ada pashir banyak...'.Bila my husband check dinding or ketuk2....budak tonit berdua ni pun sama..ketuk-ketuk simen, pijak-pijak lantai sambil angguk-angguk kepala...ceh...macam buat inspection pulak.Hehhee...nanti dah bersih kita datang lagi ok.

Lepas tu uwan belanja kita semua makan ayam penyet kat Kota Damansara. Sedap. Me...memang suka makan ayam penyet.My fav place...@ Wong Solo. Wong Solo ni banyak cawangan dia. Kat ampang ada...kat bangi ada. I selalu makan kat bangi...masa lunch.Yang special nya...ayam penyet tu is ayam kampung di penyetkan..pastu ada cili yang sangat pedas tapi sedap kat atas dia. Tempe goreng garing dia pun sedap. Siapa yang tak tahan pedas boleh la order ayam kampung bakar. Rugi kalau tak cuba. My fav drink pulak ..fresh mango juice. Lebih kurang rasa air mangga kat restoran Insaf jalan tar.Alamak...tiba-tiba teringin makan nasi briyani kat Insaf. Sedapanya ayam goreng garing makan dengan kuah madu.


Memang pedas cili ayam penyet ni..boleh bakar segala lemak dalam badan...

Wong Solo Bangi...


Pakej ekonomi...sesuai untuk lunch...




Sotong Belado...
Tapi...bumbu dia macam rasa pelik sikit...style Indonesian food kot.


Kalau naik kereta with twin yang nakal ni...Tia mesti tunjuk handphone...suruh ambik gambar sama-sama.

Posing-posing ye Tia..

Adorable Mia...

Delightful Tia...



Rasa bahagia dan tak lalu makan.

Rabu lepas...ada big surprise from Along & Hazril. Balik dr keje...ada kereta baru kat porch. Wah...rupa2nya diorang berdua dah upgrade kereta. Tovota Vios...yang jadi dream along selama ni...dah jadi kenyataan. We all tumpang excited...macam kitorang yang dapat kereta baru. Terus ajak test drive walaupun dah pukul 11 malam.Ajak makan kat 'Santai' tepi tasik permaisuri. Naik kereta baru. Best betul... :).Lama betul tak bau plastik kete baru (Dedicate to my husband ye...hehehe) . Along sampai tak lalu makan..sebab excited sangat.
To Along : Ikin tumpang happy...sebab nampak along happy sangat. Alhamdulillah...rezeki murah tahun ni.Jom...jom...kita naik kereta baru lagi pergi jalan-jalan.

Surpriseeeeee

Sukanyaaa dia...hehehee. Sampai tak lalu nak makan...

Kedai makan Santai ni cantik...strategik...betul-betul tepi tasik.Tapi Signage ni spoil laaa...

Rasa macam nak...**Tuuuttt**

Haha. Abaikan la rasa ni yang boleh menghilangkan segala rasa yang enak sepanjang minggu. Tiada kena mengena dengan keluarga dan orang-orang tersayang. Hanya ada kena mengena dengan tebal atau kempisnya duit setiap bulan ... ***Cissss...suka-suka je nak potong elaun aku...****. Opsss. Harap maaf atas kemarahan yang tak dapat dibendung...ini semua adalah masalah ***Tuuuuttt...*** di tempat kerja. :).

Have a nice weekend everybody.
Semoga dapat rasa yang sedap-sedap, yang elok-elok, yang manis-manis, yang molek-molek...