Friday, January 29, 2010

This week's wrap up.

This week was a good week. We continue to have the supreme happiness in our live,love in our heart and big smile in our face.

We are passionate about creating our sweet home..

Balik daripada tengok rumah, my mood was pretty low. Biasa la, ada je yang tak kena bila buat renovation. Lambat la. Tak perfect la. Hujan lebat pulak tu. Gelap je.Suddenly, RAINBOW yang sangat cantik appeared.I could see the awesome colour and the entire arch from end to end. This was a perfect 'bang' or reminder when we reach our sad or down moment ....mesti selalu ada, the promise of tomorrow ..colour and sparkle of our future. My mood began to look better lepas nampak rainbow yang sangat cantik ni. Indahnya ciptaan Allah.
Takde apa yang dapat share sangat progress rumah. Tengah dalam proses tukar tingkap bawah, using wood window. Tukar tingkap bilik atas with white frame and no more 'prison' yang tutup tingkap tu. Boleh tengok beza dia dengan rumah sebelah...

The main reason why we choce Setia Alam ...sebab we love the 'Community' concept. Macam-macam aktiviti ada kat sini, every weekend. Ada cooking workshop, gardening workshop. Suka la pokok yang kat atas tu. Nak carik yang kecik sikit...nak tanam kat rumah. My hb cakap, nama pokok tu Bucida tree.

Pastu nak tanam ground cover plant macam ni kat pokok yang memang dah ada kat luar rumah tu.

We are happy sebab dapat harga curtain yang murah

Susah jugak nak cari curtain yang reasonable, quality and cantik. My house, concept dia simple yet classic. So ada la modern touch sikit-sikit. Bak kata my hb, nak material yang macam Manhattan style or tacky sikit.Hahaha. Kalau nak floral pun, kat bilik je..tapi  taknak la shabby chic punya style tu.  Pergi survey sana sini...dapat very good quotation, dengan service yang sangat bagus kat Macy. Yes, dia punya pilihan memang tak banyak, tapi for the first time...masuk kedai curtain, terus je ada yang berkenan. Memang la yang berkenan tu paling mahal, tapi mahal kat macy still boleh consider lagi berbanding SSF . Kebetulan ada sale  on material price 30%. Uncle yang ukur and design langsir tu pun baik, siap boleh buatkan slip cover untuk kerusi makan & sofa lagi . Kiranya bukan harga Macy la...harga uncle tu. Harga boleh bincang kan uncle...hehehe.

 
Kalau french pleat ni...kira harga kain je. Free workmanship...


This kind of fabric yang I & my hb suka...susah tau nak tunggu dua-dua berkenan.Fabric dia berat, good quality and texture dia kasar.Macam fabric untuk sofa...


Ni langsir master bedroom lama. Hopefully fit untuk our guest room. Sayang sangat langsir ni. Masa tempah ni consider sangat mahal...tapi masa tu tengah menggila english rose ni...so masa tu dapat bonus tempah langsir.


Kan...I dah cakap masa tu menggila english rose. Masa pergi Dublin, English Rose Tea Set untuk my first collection jugak. 


hehehe...yang penting bukan Made In China. Tapi sebenarnya murah.Beli kat charity shop Oxfam shop. (http://www.oxfam.org.uk/shop/). Dapat la beli second hand punya set...tapi still in good condition. Satu set 15 euro je.

We ...sangat kenyang  makan sate sedap with emak dan abah...@ Satay Station Kampung Padan

Must try tau sate kat sini. Sangat sedap. Lagi sedap darpiada Sate kajang. Lembut dan rempahnya cukup rasa.I jarang makan sate daging...selalu makan sate ayam je. Tapi kalau kat sini mesti order sate daging dia. Mee rebus dia pun wajib cuba. Sungguh sedap dan melelehkan air liur..Abah dan mak pun terus jatuh hati walaupun first time makan . Masa makan, banyak kali abah cakap...kita mesti ajak uwan makan sini. Uwan suko makan sote. Hehehe. ok...next time nak bawak uwan makan kat sini. Air pulak bole cuba Apple asam boi.


My best sate daging so far....

 Delicious mee rebus...

Kampung feel...ni yang abah puji sangat...nyaman la, berangin la...
Sapa nak bersila boleh, duduk kat kerusi pun boleh.

Enjoying the flashbacks...

Nampak macam biasa having our tea time @ Delifrance. Tapi special tau.hehhe. Kita pergi delifrance kat Mines...sebab ni tempat date dulu-dulu. :)

....sailing down a canal on a water taxi....

Enjoying the classic feeling....

apa yang classic?? Pasar malam la. Lama betul tak pergi pasar malam...waktu malam. Hehehe. Selalu pergi siang balik erja. Ni memang kitorang plan lepas sembahyang maghrib nak pergi pasar malam nak cari kebab ke, burger ke...or rangka ayam. Wahhh bestnyaaaa...

Pergi pasar malam mesti beli jagung bakar...


Pergi pasar malam mesti beli durian....

We wrap up our week with endless love...@ Italiannies 1 Utama

Happy Birthday to my dearest Nur.Mmuah mmuah..
TQ to maksu ...sebab belanja us...makan besar.

Happy Lady...

 
My Fav -Parmesan cheese blended with spinach, artichoke and mushrooms.
Served with toasted, crispy homemade garlic bread.



Maksu's Fav -Sautéed shrimp served with the marinara sauce.

The Sicilian Chicken Salad was soooo good.Diced chicken breast, mangoes, red grapes and pine nuts, tossed in delicious dressing on crispy romaine lettuce.
With the birthday girl...

Birthday girl kena paksa bukak hadiah masa tu jugak.. :)

 
Adorable, sweet and Oh-so-perfect .
:
:
Ops...I mean my week....(kalau ditujukan kepada tiga di atas apa salahnya...hehe).

3 comments:

Anonymous said...

Kellasss

kausar said...

hi ikin.i was googling about endometriosis and it directed to your lovely blog.do u hav an email?need to ask further on the operation.thanks :) oh n salam pkenalan :)

Ikin said...

Hi Kausar. My email : norashikin_NY@yahoo.com
Feel free to email ya..:)