Akhirnya saya ada..sebuah rumah kecil.
What more could you want than a home filled with love?
Syukur Alhamdulillah..
..ada dapur yang sangat di sukai....selalu mimpi-mimpi..
..Ada breakfast area ...kalau siapa rajin boleh tolong potong-potong bawang bila tengah masak.. :)
Pagi-pagi takde alasan lagi tak nak buat breakfast...walaupun terpotong jari ...isk.
...ada oven yang buat senyum nampak gigi..nak nak lagi bila pagi-pagi bau roti harum semerbak satu rumah..
buku-buku kesayangan & pinggan-pinggan yang dulu asyik terbelek sana terbelek sini...dah ada ruang sendiri.
ada wet kitchen untuk tumbuk cili padi bual sambal gesek ...senang hati bila nak buat sambal tumis petai..
hadiah daripada family...buat hati riang gembira..will always have a special place in my kitchen.
say 'I Love U ' with food...
...ada ruang kecil , tempat untuk istirehat, tempat untuk berkumpul, tempat untuk tengok rancangan masak-masak, dan sekarang tempat fav untuk jerit GOALLL...:)
Hmm..cuma belum ada coffee table ...takpe...hujung bulan ni mungkin terisi.. :).
sebab itu kena ada armchair sempena 'world cup'...alasan sesuai lepas suka hati je beli masa jalan sorang-sorang kat Ikea...
Ada handmade rug kesayangan ... susah nak cari yang berkenan. Nasib yang ini meneteri kewangan kata ok..:).
Ada sofa hijau katak pisang...dengan throw cushion pilihan hati + throw biru sedap guna bila hari hujan , minum hot chocolate sambil tengok cerita hindustan.
Seronok bila mak abah datang, takde rasa janggal atau rasa tak selesa...baring-baring, borak-borak sampai terlelap.
masa beli charcoal art ni kat Melaka, ramai yang cebik kata nak letak mana..bila dah frame kan...ramai jugak yang tanya-tanya...cantik la, beli kat mana?
..ada walk-in wardrobe ..walaupun takde baju prada dan kasut gucci kat dalam tu.
area untuk telek-telek muka with my fav 'bathroom medicine cabinet'.
tempat letak kepala yang di atur se simple yang boleh.....
macam-macam idea nak buat...tapi pelan-pelan la ye...duit bukan ada.. ;)
dulu ..
nak merasa pakai roman blind...sekarang dah dapat..
Nak langsir yang sweet2 ...tapi tak nak nampak 'english' sangat... dah dapat jugak..
Suka sangat dengan venice window...sekarang...ha sampai tak larat nak siram bunga petunia ni pagi-pagi..
..ada bilik tetamu yang kecil tapi selesa..
hias dengan langsir yang guna kat rumah dulu, banyak kenangan...sebab harga dia, buat kitorang tercekik.
lengkap dengan bilik air, yang takde la macam kat hotel...tapi kalau masuk, jerawat tumbuh pun, hati tak marah. :)
To my dearest husband... TQ and TQ.
...macam-macam mintak, tapi tetap layan penuh sabar , walaupun ketap bibir ye.
nak ada small garden yang boleh santai-santai...
yang boleh layan 'facebook ' petang-petang...sambil tengok si suami menyiram bunga... :)
nak pokok itu, pokok ini...ku tanamkan aje
bila panas, ku pasangkan kipas...
tapi, dalam hati... doa agar segalanya berkekalan hingga akhir hayat. Bukan hanya dia awal 4 tahun perkahwinan. Amin..
Untuk semua...
Just knock the door, the door will open with lots of love..
Thank you Allah.