Hari Jumaat, berbuka kat Marriot Putrajaya. Hmmm, banyak pilihan...tapi tak sesedap berbuka kat rumah. Lain la feel berbuka kat luar, tapi orang dah jemput...kita pergi la dengan hati terbuka :)
Hari Sabtu, hari shopping, seharian kat luar...ambik baju raya yang tempah b4 puasa, cari apa yang patut kat Garden Mid Valley, lepas tu singgah bandar tun razak..buka puasa dengan mak abah.Wah, beriya tahun niabah dengan mak beraya. Macam-macam projek kat rumah tu. Sampai berabuk,bertebuk, ber bling2...takpe...ni kita update later ok.
Hari Ahad, relax2 kat rumah...OPS Laundry, OPS, Sawang,OPS Kuih Raya (ops...ni tak sempat buat la), OPS masak memasak....
Tahun ni so far, boleh kira berapa kali je beli. Selalunya balik kerja masak yang simple-simple je. Berdua je pun. Kalau ikut tekak sendiri memang layang simple-simple je...sardin goreng, ikan perkasam,telur masak kicap, ikan kembung goreng, kuah singgang, asam pedas, ikan masin, celur bayam...ha tu semua peberet bukak puasa.Tapi kena consider tekak orang lain...hehehe. Seronok bila dia excited kita masak beriya2. Kalau masak beriya...macam hari balik kerja hari tu masak nasik lemak kukus, sambal ikan bilis tradisional, ayam goreng berempah...teruskena puji 'I have the best wife in the world',cakap dengan penuh perasaan...hahahahhaa...over kan kalau dapat makan ayam.Cuba den masak singgang je... :)
So hari Ahad tu...kat rumah siap bukak kedai Thai lagi ye ..menu2 nya semua la makanan thai
Sawadika..
Kita mula dengan........Kalahari Kurma dapat kat office. Besar betul Tengok tu, lagi besar daripada sudu besar.
Ikan siakap 3 rasa..
Sedap, semua cukup rasa. Ada rasa pedas, ada rasa nampla, ada rasa masam limau kasturi, ada rasa manis sos yang ada gambar perempuan thai, ada rasa daun limau purut tanam kat depan rumah...bukan 3 rasa dah ni.
Kailan ikan masin tenggiri jeruk...yang fresh...goreng kejap je...api besar minyak panas.
Lepas tu goreng telur dadar, buat sup ayam.
Kuih, popia seafood bersira sos.
Popia seafood ni boleh buat sendiri...letak sayur, seafood...balut pakai kulit poia yang beli kat kedai...pastu goreng.Nak beli yang segera tu pun boleh.
Sira kan dengan sos thai...tapi jangan lama sangan dalam kuali ...nanti crispy dia hilang. Sedap...makan berdua pun berebut...teruk betul.
Benda wajib yang tak boleh miss lepas kekenyangan..hb mesti mintak my double dark choc chip cookies. Tengok...dah luak banyak mana? Baru puasa yang keberapa je ni..haishh
Penat masak pun hilang bila orang yang makan tu hatinya berbunga-bunga suka...
Kapunka...
Cerita pasal bunga...hmm lepas balik raya bunga-bunga kat garden tu wajib la kena ganti kot...
Bunga 3 bulan yang beli kat cameron ni hidup lagi ke kalau dah 2 minggu takde kat rumah...
Bunga rose pun apa la cerita balik dari kampung nanti...tinggal batang je la kot kan...