Wednesday, September 1, 2010

Terkenang

Pinjam ayat Uwan ... 'Den torkonang kampung'

Mood raya dah mula. Kanan rumah, sibuk pasang lampu, kemas rumah. Belakang rumah dah bau kuih raya.
Rumah sendiri, macam-macam kerja. *Kemas rumah* belek balang kuih raya...rasa macam modern sangat pulak...ada gambar lemon bagai**belek baju raya...test , berangan...dengan harapan...lepas makan lemang muat lagi la baju aku ni**belek tudung raya*buat kuih raya*jahit manik kat baju cotton**asingkan barang sendiri...pack barang untuk orang*tukar duit raya*kumpul lagu raya*

Setiap kali menjelang raya, perasaan mula la jadi excited...tak sabar-sabar nak balik kampung. Yang jadi kebiasaan...terkenang zaman-zaman dulu punya kenangan.
...biar la suasananya berubah macam mana pun , umur bertambah banyak mana sekali pun ...kenangan masih kekal..kita simpan kita simpul...

Terkenang biskut sarang semut emak.


Sedap. Tahun lepas order kat ayan, satu balang makan sendiri je. Tahun ni buat sendiri. Pagi tadi buat, malam dah luak macam ni. Haish... (Tapi, mak punya still paling sedap...tanya resepi , mak dah lupa...hmmm).

Terkenang yang indah-indah.


Tahun ni along bagi Keronsang hadiah hari raya. Tukar-tukar hadiah awal sikit sebab raya pertama tak jumpa. Dulu-dulu along mula kerjasuka beli baju t-shirt cute2 tiap2 kali dapat gaji . Best betul. Ada satu brand tu...dulu2 masa badan sekeping je boleh pakai sebab free size..brand 'Comma' kalau tak silap. Tak tau la sekarang ada lagi ke tak. Kalau maksu pulak, suka beli baju tidur yang cantik-cantik untuk yang perempuan. Malam raya...main bunga api pakai baju raya baru. Tapi dulu-dulu masa uwan sihat...malam raya kena kacau dodol. Tak suka la...masa tu budak lagi, penat nak kacau bila dodol dah likat.Untuk elak kacau dodol, kita pilih kerja tumbuk kacang...baru la baju tidur baru tak kotor.:)

Terkenang...dari hati seorang ibu. Hari tu mak tunjuk gambar-gambar lama yang dia simpan dalam laci kat tempat kerja dia. Mak selalu je tengok gambar-gambar ni. Teringat dulu-dulu....katanya. Ini sebahagian daripada berkeping-keping gambar kesayangan emak.

Makcik Ani, Emak, Pak Ngah...

Terkekek kekek kitorang ketawa tengok gambar ni. Tak macam mak langsung. Kenapa rambut mak masa kecik kerinting...sekarang lurus. Rupanya , sapa ntah bawakpergi kedai cina...kerintingkan rambut mak. Tu yang masam je, tak suka rambut baru. Haha.Pak Ngah menten taiko :)

Zaman pinggang kerengga...


Ni masa kawin. Cantik betul songket dulu-dulu. Ni songket keturunan. Alangkah bestnya kalau sampai ke anak cucu. Cantik mak. Yang classic nya, veil tu mak buat sendiri.Cantik. Tanya mana veil tu, mak kata...ntah, mana pergi ntah. Dulu dengan Along, masa kecik-kecik kat kampung perak, time orang masak, kitorang sibuk la keluarkan veil tudaripada almari solek kat tingkat atas, pakai...pegang mentol lampu yang dah tak boleh pakai jadikan microphone...perasan jadi artis...menyanyi lagu ntah hapa2. Berangan je dua beradik.Perasan tak, tekat benang emas kat katil tu...sampai sekarang, tekat tu still disimpan my mom kat rumah. Kitorang guna masa bertunang kalau tak silap. Kat Kuala pilah pun ada...Uwan simpan dalam almari. Tekat sekarang dengan dulu beza sanagat dr segi kualiti dia.

Emak dan Along...

Kenangan ni tak boleh dijual beli. Mak kata, mak suka semua gambar dengan anak-anak dia. Tangga kat kampung perak dulu, jadi tempat fav berposing.Terutama kalau hari raya.

Emak dan Ikin


Mak kata, kecik2 lagi rambut dah tebai.Masa ni kat rumah selayang. Abah sewa masa tu...rumah dia style... atas tuan rumah, bawah penyewa.Abah dari dulu suka hias rumah. Tengok la tu dengan pasu sarawak, kepala rusa la...ye la dulu-dulu kan.Yang tak tahan...calendar The Beatles kat belakang tu...seksi sungguh...
Belah kiri mak tu, ada satu piala yang besar, rasanya piala tu sekarang kat Alang kot...ala jaga elok..still cantik berkilat lagi. Kalau perasan, ada kamus tebaldekat dengan piala tu...kamus dwi bahasa yang sangat bagus. kekal...sampai sekarang.... guna dari sekolah,Universiti...sampai kerja.

Ni sapa ni..fringe senget ke tepi..

Kenangan raya dulu-dulu, setiap tahun abah mesti bawak bergambar kat studio, pakai baju raya.Ni Intan Dayana la ni...muka bengis je. Hahaaa.Baju mesti sama dua-dua orang.Baju Kiki Lala atau kiko, stockin ropol ropol kiko,kasut masa kecik-kecik mesti bubblegummers. Baju kurung, mak abah bawak beli sama ada kat hankyou jaya, yaohan, semua house, globe atau mun long.Kira paling best la tuh.

Ni anak sapa la hitam sangat nih..hahaha


 
Ni pun kat studio jugak.My hb suka gile gambar ni. Dia kata innocent gila...muka tak bersalah.Wah, macam dah besar ni macam banayak betul salah.Hehe.Macam tak berubah jugak kan muka...ingat dah besar putih la sikit...makin itam ada la. hahaha. Jam tangan pulak...masa tu memang pesen pakai muka jam terbalik kat bawah tangan, tali kat atas.Masa tu jam paling best..alba ke elba ntah. :). Kalau jam elok lagi, tak yah beli baru, tukar colour tali je.

Ziana Zain...Sekebun Cinta nan berbungaaa

Hahha. Ni along ni. Ni zaman famous dia kat kampung. cun woooo. Kalau pergi kedai soto kat perak, ramai je kata...adik intan ka...kighim salam kat dia nooo.Rambut mesti ikat toncet tinggi, baju mesti kurung moden ikut badan. Kalau berjalan raya, mau dia nak bawak adik dia ni...kena tinggal la. Almari kat belakang tu almari dia la tuh, tak boleh bukak tak boleh usik...konon semua rahsia, budak kecik takleh tau. eleh.
Minat Fauziah Latif dengan Tommy Page....yang kita ni melopong je la dengar dia cerita.

Tempat jatuh lagi kan dikenang...


Kenangan yang sentiasa terpahat dalam hati semua orang. Diam mak, tak semestinya mak lupa...kata mak.
Kenangan indah ni kita ingat sampai bila-bila ye. Kenangan baru..kita cipta. Tak kira pun kat mana-mana. Janji, kasih sayang tetap sama.
Yeay...nak balik kampung raya ni. Rumah baru kenangan baru...:).

Alang, uwan, maksu , abah.

Gambar ni pun mak simpan. Mudanya uwan masa ni. Wah, fesyen apo ntah abah tu, rambut tobal, seluar yankee.Hihi.Teringat la zaman-zaman kat kampung pilah, uwan bawak duduk kat bawah rumah .Sejuk. Best. Uwan rajin bercerita. Bentang tikar, bawak nasik, pinjam Gila-Gila maksu...rehat bawah rumah.Best betul.Kalau tak panas sangat, boleh duduk kat pangkin bawah pokok rambutan. Time makan je, mesti merengek2 nak makan kat bawah. Masa tu, bilik air kat luar rumah lagi. Kalau malam2 rasa nak terkincit...seboleh2 tahan sampai pagi esok, takut nak turun.Kalau setakat air kecik, boleh lagi la kat dapur...tapi air besar..camno? Aduh, rindunyaaaaa zaman-zaman tu..

Alang & Maksu Azu..

Cute kan gambar ni. Apo la yang dibuek berduo tu ha...



Yang indah-indah ini kita simpan kita kenang... biar kita tahu mana kita berpijak dan dari mana kita datang.
* Salam Merdeka buat semua & Happy Birthday to Paksu Azam.

14 comments:

Hazril said...

wah, classical stories...tak tahan tgk along cam ziana zain..hahaha..jam tangan ikin tu yg ambik kat studio tu antik tu berharga..huhuh...mana pic mak yg sorang je perempuan ngan kawan2 lelaki tu masa kat tempat keje dulu tu?..hihihihi

Ikin said...

hazril>kan. seronok bila ingat balik. Gambar tu...upload kat fb nanti. tak sompek den nak snap. hehe. gambar ziana zain mahal tuhhh. siap cekak pinggang sebelah lagi. hehe

annhuzi said...

wah cantik sangat rumah kampong kat perak yg bertangga tu! perak kat mana? dulu ikin sekeluarga duk perak berapa lama?

~NOOR HASZWANI BT MOHD YUSOFF~ said...

kak intan sebijik mcm ziana zain!!
hehe
yg gmbr 3 org tu makcik anie, maktam dgn pak ngah tu kan..
pak ngah tu pak ngah mna?
knpa mcm abah ja?

MamaTiaMia said...

ikin..den sangat cute masa kecik..haaa.haaaa...nak lah gambar tu..bestlah,terus rindu kampung..warghhhhhh...rindu uwan masih sihat bau masakan kat dapur..rindu2..He..heee masa dulu semua orang cun melcun langsing selim melim ni haaa..ingat masa pergi perak hantar abah ikin kawin dulu..sibuk lah orang semua nak tengok emak ikin..den masa tu kecik sibuk pakai skirt pendek.hazril mesti terpesona tengok along macam ziana zain tu:) mana gambar gemok ikin..hee..hee..kecik asyik suruh orang angkat ketiak..ponek den.

Ikin said...

Kak ann, cantik kan. Klasik. Macam lukisan. Ni kampung belah mak. Kat bagan serai, dah dekat dengan selama. Tak duk perak pun, tapi selalu balik dulu sebab kakak duk ngan arwah atok dan wan. Tu yang banyak kenanagan. Tiap kali cuti sekolah, mak mesti hantar kampung teman Along. :)

Ikin said...

Wanie:Ziana Zain tuh...jangan main2. hehee. ha, pak ngah mana lagi, abah wanie la. Tang mulut tu mana nak lari kan. hehe

Ikin said...

maksu: hahahah, yo la perasan tu. den pun comel gak, tembam comel...semua berebut nak dukung. kihkih. gambar gemuk ada, nanti bila2 den share. tapi memang banyak gambar ikin...ngendeng dekat maksu.Yo la, den ingat dalam gambar pakai skirt pendek pastu asyik nak pegang kek je. Takut orang ambik. Kalau tengok fesyen Along pakai tudung dulu2 lagi kalakar...hahahaha. Den nak gali lagi gambar lama.

nerry nerry strawbery said...

ikinn, mak su mmg comel sejak dulu2 ikin pun mmg cam kajol sejak dulu2 kening cam color dgn crayonn... heee heee cantik2 seronok tengok gambar lama kan...

Ikin said...

kak nerry: kan...cute je dia. Kecik2 dah suka bergaya depan camera...pakai skirt pendek. Ada satu gambar tu...mandi boleng2 dalam baldi, menyengih aje. Hehhehee, tang kening tu...memang tak boleh tipu la...dari dulu dah tunjuk belang...kihkih. Time2 nak raya ni...tengok gambar lama memang best. Mula la tak sabar nak balik kampung.

ayan & mama said...

hehehehe..klakar giler...

Anonymous said...

Walaupun takde kena mengena, tapi rasa syahdu lak tgk gambar2 tu..samala macam kita, masa kecik2 ayah mesti bawak tiap2 thn tangkap gambar kat studio...

skang dah moden mana ada dah studio2 sgt..sampai pujuk hubby ajak gi studio nak tangkap gambar satu famili, tak dpt2 lagi huhu...

samala..hubby tgk gambar saya time budak remajapun dia kata dia suke tgk, muka innocent..sabo je la ek..

-peminat baru blog nie-

Nisha Ismail said...

kak ikin, rindunya tengok gambar rumah tok dgn wan tu.. dulu kat situ la nak berkumpul ramai2, penuh laman rumah dengan kereta. hihi. tapi tak apalah, sekarang pun boleh kumpul dekat taman tu. its not the place does matter, but the moment we sit together, anywhere. kan kak ikin kan? loves. :)

Ikin said...

nisha, memang betul kan...rindu sungguh. kita selalu ada puak...geng lelaki dengan geng pompuan. geng pompuan tempat berkumpul...kat tengah...ingat tak...tempat meja makan tuh. best la. takpe...now pun best. kat mana2 pun...riuh tetap sama. hehehehe. kita doakan yang indah tahun ni...kekal smapia bila2. tak mau ilang2 dah... ;)