Thursday, November 11, 2010

F.R.I.E.N.D.S.H.I.P

Semalam, godek-godek kotak dokumen nak cari academic transcript masa kat U dulu. Aduhai, dah dekat 5 tahun kerja, baru la  nak mintak untuk buat record semua. Dok kelam kabut cari, terjumpa a huge box , full with old photos, kad-kad birthday yang di simpan sejak sekolah rendah ( ni I share entry lain ok..:)) dan yang paling best terjumpa buku kat bawah ni. 


Best & kelakar bila selak-selak baca balik. Dulu, masa kat sekolah...setiap orang selalunya ada buku autograph ni every year. So, semua kawan-kawan kena tulis la kata-kata semangat dalam buku ni...kira untuk kenangan hujung tahun. Sayang nya, dalam banyak-banyak buku tu cuma dapat simpan satu. Yang lain-lain tu mana ntah hilangnya. So , masing-masing cuba yang terbaik la nak tunjuk kehebatan menulis ...sapa paling kreatif & tulisan paling lawa. Paling best, bila cikgu maktab yang hensem2 datang mengajar 2-3 bulan, hari terakhir mengajar tu, sibuk la suruh tulis jugak dalam buku ni. Hahaa..gatal sungguh la zaman-zaman pakai baju putih kain biru dulu. 

Bila baca, rasa rindu kat kawan-kawan. Kawan-kawan baik sekolah rendah saya, sama tak berubah mukanya dan orang nya bila sekolah menengah...cuma jadi makin ramai...siap boleh conquer satu team hoki sekolah menengah. Syukur...persahabatan masih kekal sampai sekarang...we still meet and talk today. Walaupun jarang2 call, jarang2 jumpa...we continued to keep in touch occasionally, ...bila ada majlis kawin semua ada...sebut aje...muncul la masing-masing tolong pakaikan inai kat jari..tolong potong bunga rampai, bila ada yang nak bersalin...risau kawan-kawan mengalahkan keluarga, bila sakit...kawan-kawan yang sama jugak yang datang...buat lawak bagi reda rasa sakit, bila raya...sibuk jugak berjalan-jalan rumah ke rumah..walaupun kena heret sekali suami dan ank-anak, ada jugak masa travel bersama-sama...sampai ke bandung sana, dan yang penting bila tiba hari jadi...walau tak semua...sorang dua tak pernah lupa, mesti senyum lebar walau pun hanya dengan ucapan gatal 'Happy Birthday darling...mmuah mmuah'. (Ha...tak lama lagi dah birthday aku...jangan lupa tau :)).

Ni, Salina @ Charlie yang tulis kat buku. Dia ni memang rajin,kreatif. Ada satu masa dulu siap buat novel sendiri masa sekolah. Ko ingat tak charlie?. Now, rajin jahit macam-macam...tudung la baju la.Dah lama tak jumpa dia ni, lepaskan rindu kat Fb je la. Ha, cuba tengok kat buku tu, kitorang daripada sekolah minat bola. Nak beli magazine bola mahal, pergi kedai buku kat Sg wang, duduk kat celah-celah rak buku...baca mag free.Kalau tiba bab nakal datang...kakak kedai buku tak nampak, koyak poster kat tengah2 magazine...masuk dalam beg. Dapat la tampal poster Ryan Giggs kat belakang pintu bilik tidur. Nak tampal kat dinding, takut abah bising nasihat kata 'Tak masuk malaikat bilik ko ni kin'. :)

**La...baru aku perasan charlie...ko minat Alan Shearer ek...hahahaha.


Yang kat bawah ni pulak, Haniza yang tulis. Ni pun kreatif orangnya...sampai sekarang. Semuanya kena kemas and cantik, tuannya pun cantik. Dulu...baju dia la paling licin, tudung dia la paling kemas, buku dia la yang paling elok sampai hujung tahun...orang lain dah berkelepet dah kat hujung-hujung tu, beg dia la yang paling tersususn. Paling best, dalam buku ni, Haniza tulis pasal semua kawan-kawan yang rapat....

Perasan jadi Ziana Zain dia ni. Dulu masa ni..Ziana la paling top. Haha. Kalau dulu...file pun penuh je tampal gambar artis. Words kat bawah tu paling mahal...
If friend is like a flower that I can picked, I will pick u
**Niza, ko minat mamat exist kan dulu...hehehe.

Tengok tu...suka hati setiap orang di baginya satu artis. Haha. Gila la minah ni. Rajin betul. Kalau nak tau, atas gambar-gambar artis tu, di lekatnya dengan celephone tape...so tak rosak samapai sekarang. Rajin betul...

Kawan-kawan...cuba baca balik apa yang si niza ni tulis....haha.Kalau korang nampak la tulisan kat bawah ni.


Orang lain semuanya di bagi artis sorang satu, tuan punya buku ...kat bawah ni . Sweet.:).
Kitorang berdua berkawan sejak darjah satu. Sama sekolah...sama kelas. Alhamdulillah kekal baik hingga sekarang. Love you.


My childhood friends...they now have their own lives , dah ada anak, dah ada suami, dah ada bf, dah ada career masing-masing...memang susah nak  get in touch with them selalu. There are times when I really miss them ...

Orang dulu2 kata , kalau rama-rama masuk rumah ada orang nak datang rumah. Ni rama-rama comel datang hinggap kat pokok rosemary tepi sinki dapur...tandanya apa?



Ha, tandanya...masak la apa yang patut. Kawan-kawan nak datang rumah. Raya tahun ni , pertama kali beraya @Setia Alam. Kawan-kawan sekolah tadi...tetamu kehormat yang wajib datang...wajib dijemput. :). Tak pernah rasa penat kalau budak-budak kecoh ni datang. Masak apa aje, diorang kata sedap. Tak payah la beriya2 nak layan...sebab masing-masing dah faham...buat macam rumah sendiri. Ambik air sendiri, cari bantal sendiri kalau nak tidur. Kalau bujang-bujang dulu...boleh melarat sampai tak nak balik. Tidur aje kat bilik sama-sama. Itu takpe,Pak Ya ngan Makcik Bi tak marah. Ni sekarang, para suami2 mula dah jeling-jeling...tak habis2 berborak. Sampai ke malam jugak la boraknya.


Fadzwa bawak Ali Imran. Budak hensem kulit putih melepak. Baik budak putih ni. Sepanjang mak dia tergelak-gelak berborak...dia tengok aje. Senyum je bila orang layan dia. Janji tak panas...ada aircond. :)


Lepas dah kenyang perut masuk daging salai cili padi, ayam goreng madu...pindah bilik tetamu kat atas, pasang aircond...tergolek kekenyangan.. Lepak ramai-ramai dengan Ali....tengok budah putih ni...baik je dia.


Tergolek gelantang lepas makan memang best...


Mandi pun suka...takde merengek-rengek.

Petang sikit, Haniza&Family datang...pindah lepak bawah pulak. Yang lelaki lepak tengok TV kat ruang tamu. Kita gosip-gosip bawah tangga. Masa ni husband si Haniza dah complaint kata...'Ha, tengok tu...setiap kali jumpa cerita yang sama masa zaman sekolah dulu la di ulang2 nya sampai malam karang'. :)

Ni baby Rayyan, anak niza no 2....hensem...kuat bergaya. Emir yang first tu pun kuat bergaya jugak. Tapi dah besar sikit, eksyen takn ak lepak ngan geng2 perempuan. Mula-mula malu. Dah nak balik baru la petah bercakap. Bagi duit raya...dia cakap dengan excitednya 'Terima Kasih Mak Uda. Bagi lagi ye Mak Uda. Nanti kami datang lagi ye Mak Uda'. Pelik jugak, bila pulak masanya kita ni jadi mak Uda . Rupanya pengaruh kartun upin ipin. Ish Ish.


Suhaida with our anak buah...ehem ehem...gaya dah ada sangat tu :)...



Semoga senyuman, kasih, cinta, rindu kita kekal sampai habis nyawa.
Semoga bila gusar, gundah, perit, payah, jerih...kita semua tiba tepat masa, ada bila perlu.
Semoga bila lapang dada, banyak tawa, ada cerita gembira...kita ingat kita ada kita.

**
Mohaini: Semoga segalanya dipermudahkan ... tak sabar rasanya.
Niza: Semoga selamat...tak sabar nak jumpa princess. Amin
Elyn: Semoga selamat semuanya...mesti comel macam emaknya.
Wawa: Aku rindu Ali Imran...raya haji aku datang rumah ok.
Jai: Ko pergi la teman si suhai tahun depan dah kena sampuk, asyik nak g Bandung aje...hahahhaa

***
Eryn : Kin doakan semuanya selamat. Mak Cik Siti tak sabar nak jaga 3 hero tu. Jaga diri. Amin.

6 comments:

Anonymous said...

Kinn..windu la kt korang sume bile baca sume cite ni!! ko simpan buku tu..aku nk baca gak..ape la yg aku tulis dlm buku ko. (ade ke?? aku pn xhengat la)!! Nok niza mmg kreatif. aku nk tgk ULU plak tulis ape..mesti byk ngarut je!

mohaini said...

weiiiii....aku pn sama la jelly....bila la nk jmp lepak2 lg kn.......hehehheheh

Uncle Lee said...

Hi Mama, Wow, memories from the past....as well the smiles and laughter of years gone by.
It is always beautiful to see, find or revive old memories as they make us young again, for a few minutes or a lifetime.

I am glad I brought all my old, faded diaries and notebooks, and now have these in my blog.
That baby sure is cute! Looks like getting fans at an early age too.

Have fun, and keep well, Lee.

hans said...

ala... tipu... mana komen aku b4 nih.. penat aku komen... tup2 ilang la plak... mencih... huhuh...

hans said...

hahahaha... gelak dulu... aiseh... sekali aku check.. salah post comment daa..
nway... aku paste kat sini...hahahah gelak lagi...

"hahahaha...hahahah...hahahah... ikin... aku gelak guling2... camner la ko bleh simpan lg buku otograf ko tu... hahahah... camner plak la aku bole dpt idea tampal muka2 artis tuh... hahaha... aiseh... ntahpape artis plak zaman tuh... dah itu jer yang ada pun dulu... hahaha...
tapi mmg bestkan bila igt story dulu2...
si suhai tu dh kemaruk nak g bandung lagi ker? sah dah kena pelaris sana! hahaha..."

Anonymous said...

Il semble que vous soyez un expert dans ce domaine, vos remarques sont tres interessantes, merci.

- Daniel