Wednesday, February 4, 2009

Cerita Kita..



Seronok la kita pergi jalan-jalan kat kat Kuala Terengganu hari tu kan? Walaupun pack sangat, sebab kita pergi sekejap je, tapi best la,macam-macam kita buat. 3 hari memang tak sempat nak buat apa, terutamanya bila drive ke sana. Penat drive tu je dah dua hari .Tapi penat-penat tu, bila duduk tepi pantai, borak-borak kosong, makan jagung bakar tepi pantai waktu malam...memang best. Teringat pulak dulu kita honeymoon kat Pulau Redang. Kelakar sangat, masa tu bukan ada duit sangat...duit habis masa kenduri kawin. Nasib baik ada matta fair...merasa jugak honeymoon kat redang. Sejak hari tu kita jatuh cinta dengan makanan dan pantai kat terengganu. Banyak kali kita kata nak pergi lagi. Alhamdulillah kali ni kita sampai lagi. Dapat la release tension ...walaupun sekejap tapi bermakna sangat.Jom..jom...kita ingat balik apa kita buat kat terengganu hari tu..
Masa pergi tu memang excited, terutama bila dah start nampak pantai kat area Kemaman dengan Kertih.Seronok tunjuk pantai sana sini. Snap gambar kiri kanan. Nampak petronas pun macam jakun je.Tapi tak singgah pun sebab nak kejar masa sampai hotel. Tambah pulak penat , lapar dan panas. Kita berenti makan kat Kemaman sebab nak makan satar dengan otak-otak panas kat kedai Che Wan. Everytime pergi Terengganu and Cherating, kita tak pernah miss pergi kedai makcik ni sebab satar dengan otak-otak dia memang sedap. Sampai-sampai , makanan tak start masak lagi, tapi satar je la tengah bakar. So, apa lagi, macam tak pernah jumpa satar, tak sabar2 nak makan. Kita makan kat kedai makcik tepi jalan yang kecik dan usang je. Kecik je kedai makcik tu, ais batu pun tak jual, jual air panas je,tapi sedap. Selalunya kalau makcik tua yang masak, gerenti sedap.Yang datang makan kat situ pun, pakcik2 nelayan yang dah tua yang memang duduk kat dekat-dekat situ. Tapi kita berdua tak pandang kiri kanan dah masa tu. Lapar sangat.
Ramai yang tanya kita kenapa tak duduk kat pulau je. Kenapa duduk kat Primula, dalam pekan ? Sebenarnya kita kan datang sebab nak pergi kenduri kawin Chepo kat kota bharu. So, kita menyelam sambil minum air la ni. Bukan takat minum air je dah..makan selagi boleh makan dah ni.Ok la jugak kan, primula ni. Kita pergi pun , time keja.So tak ramai orang, aman , nyaman dan tenang. Kita dapat bilik mengadap laut. Cantik.Tapi, pantai dia tak boleh mandi. Bahaya, ombak kuat, pastu pantai dia macam kedalam...tak landai.Kita banyak habiskan masa berdua duduk tepi pantai ...borak-borak..tengok-tengok orang, kutuk-kutuk orang, hihi. Seronok la kalau hari-hari macam ni.Kan best kaalu ada rumah tepi pantai. Macam cerita jepun sedih yang mamat pandai gunting rambut tu...'Beautiful Life'
Bila dah boring mengadap laut, kita jadi budak-budak kat situ. Orang tak peduli pun kan?Main playground la, main catur gergasi la..macam-macam.Puas hati la dengan primula hotel ni. Memang la tak secantik hotel or resort kat pulau atau tempat-tempat lain dekat Setiu macam Aryani tu, tapi service dia memang tip top. Pekerja-pekerja dia cantik-cantik, lembut-lembut, baik hati dan sopan santun.Kita boleh lupakan la kekurangan sana sini dengan layanan diorang . Kalau nak buat family gathering kat sini pun sesuai, kemudahan dia lengkap semua. Nanti kita plan tau family gathering kat sini.Kita berdua suka primula, tak tau la orang lain..
Tapi kita kena ucap terima kasih la kat pengantin baru 'Chepo &Yana' yang sudi menjemput kita datang kenduri diorang. Sweet betul couple ni.Sedap betul makanan dia, ada pulak kuih akok yang original. Kepada Chepo dan Yana, Selamat Pengantin Baru, semoga perkahwinan kekal sehingga akhir hayat. Thanks sebab menjadikan kitorang berdua sebahagian daripada hari indah dan cerita cinta korang.
Lepas kenduri , dengan pakai baju kurung, heret la kain labuh tu pergi shopping tudung kat Pasar Siti Khadijah. Memang murah.Beli tudung segala ada warna, beli telekung sulam yang cantik, beli baju, seluar, selipar.....semua murah.Balik daripada Kota Bharu tu, kita singgah je mana2 pantai yang cantik, snap gambar sana sini. Kagum la kan dengan masjid-masjid kat terengganu. Semuanya cantik. Pantai pun biru je, bersih...
Last day tu, sebelum balik kl, kita sempat pergi masjid kristal. Ye la orang duk cakap sana sini pasal masjid kristal, nak jugak la pergi tengok. Alang-alang lalu Kampung Losong , untuk ke masjid, kita beli keropok losong. Beli sikit je, sebab plan nak beli keropok kat kemaman. Tapi ...... bila rasa, SEDAP,macam tak cukup..SANGAT SEDAP. 10 batang tu...sekejap je masuk dalam perut. Paling sedap keropok yang kita berdua pernah rasa.
Kat pasar payang kita sambung aktiviti shopping...beli tudung, beli batik,macam-macam kita beli kat situ. Duit mengalir macam air terjun.
Agaknya kalau perut kita ni boleh bercakap, mesti dia kata 'stop...stop...dah penuh' sebab kita kat sana makannnn je. Dah jadi stokin dah perut kan? Sumbat...sumbat selagi boleh.
Kita makan ayam kampung, ikan bakar, sotong bakar...
Nasik dagang kat pasar payang tu memang sedap..

Cili solok lada ni pun kita borong...sedap buat solok lada...tak pedas

Kita makan sotong goreng tepung kat kemasik. Sedap , sotong dia fresh, manis. Kena betul dengan air jagung. Air jagung dia terasa jagung dia , bukan macam kat KL, colouring je banyak.Makan pulak kat tepi pantai, angin bertiup sepoi2 bahasa...cewah.
Banyak sangat kita makan satar ngan otak-otak kat sana...sampai bawak balik lagi ..tak cukup-cukup.


Best la , kita berdua rasa macam nak pergi lagi kan...kan?



4 comments:

MamaTiaMia said...

wahh bercanda canda di tepian pantai ni ye kak ikin..nampak cam orang cinta2 la..ishh kita tutup muka la..tapi kopok kat kite jangan lupa ok..kita tunggu weekend ni..memang best mama cakap sotong celup tepung tu,tambah cendul dan air kelapa best jerrr..

Anonymous said...

..haaa betul betul betul betul...

Samcun said...

ikin!!! thanks 4 the keropok lekor ye!! mmg sedap sehingga menjilat jari..

Hazril said...

terliur lak tgk nasi dagang n sata tu..huhuhu