Kenangan Terindah
Salam aidilfitri, ampun dan maaf untuk semua. Aidilfitri tahun ni memang sungguh bermakna. Bersama-sama suami dan keluarga, beraya daripada selatan, pantai timur terus ke utara.Raya sakan katanya. Banyak sangat kenangan yang terpahat, hati yang tercuit, rasa yang tersentuh, senyum yang terukir dan air mata yang mengalir. Syukur kepada Allah, kerana mengurniakan perasaan dan suasana hari raya yang hampir sempurna untuk kami sekeluarga.
Menyusur kenangan yang ditinggalkan
Hari jumaat,dua hari sebelum raya, kami sekeluarga dah bertolak ke Kuala Pilah. Konvoi dengan abah ke Kota Damansara, ambik heni (maid maksu) dan uwan. Cuaca yang agak baik dan perjalanan lancar melengkapkan mood raya masing-masing. Hujan renyai-renyai, berkabus, sepanjang jalan memang best. Sejuk je. Di tambah lagi dengan dengar lagu raya je dalam kereta..rasa macam tak sabar-sabar nak sampai ke kampung. Karaoke sumbang la dalam kereta...nyanyi lagu raya....berlawan2, berduet, semua ada. Uwan jeling-jeling je dari seat belakang. Hehe.Sampai je, kena bersihkan rumah sebab rumah dah lama tinggal. Uwan now stay kat KL with maksu. Masa rumah kena tinggal, beruk masuk rumah...habis dikerjakan semua benda. Berterabur barang sana sini...jahat betul. Cabaran sungguh mengemas rumah dalam bulan puasa. Kering tekak rasanya.
Petang tu, sebelum pergi bazar ramadan beli juadah berbuka, singgah kejap kat pasar pilah beli barang-barang dapur apa yang patut.Sampai je bazar ramadan, terus terkam kedai jual air tebu.Dahaga...rasa nak beli berbaldi2. Ni nak cerita, geram betul. Ada satu kedai tu memang gila la. Kalah harga makanan kat Kl. Ikan masin sepat 3 ekor masak lemak cili padi & sotong kecik 4 ekor masak sambal tumis...RM18.00. ???Berpinar bijik mata kejap. Rasa biasa je...tak sedap sangat pun!! Patut la kedai tu je yang tinggal lauk banyak, kedai lain semua dah nak habis.Apa-apa pun, yang paling best masa berbuka tu, rojak Berahim (beli kat pasar pilah, memang special rojak ni, tak sama dengan mana2 rojak kat malaysia. Kuah dia memang sedap. Siapa datang kuala Pilah mesti cuba.), buah sepang + ikan parang masak lemak cili padi dengan kambas. Din tergelak2 dengar perkataan kambas...tak pernah dengar.Bila tengok baru tau...ooo sayur ni rupanya.Geram pun ada...asyik sebut kambas...kambas...kambas
Malam, tidur awal...simpan tenaga untuk esok. Memang nyenyak tidur kat rumah uwan atas bukit. Rasa macam kat cameron highland. Nasib baik bawak selimut tebal..
Mencipta Kenangan Hari jumaat tu, seawal 7 pagi, Abah dengan Din dah siap-siapkan khemah untuk buat lemang dengan rendang. Sebelum tu, pukul 1 pagi diorang dah pergi pasar beli santan 20 kilo. Kat Kuala Pilah, santan macam emas...berebut-rebut. Kalaiu pukul 4 pagi pergi pasar, dah beratur panjang...bergaduh2 rebutkan santan.
Tahun ni belajar buat lemang dan tapai daripada uwan. Nampak macam senang. tapi sebenarnya susah. Terutamanya lemang...bab masukkan daun tu. Kena ada skill, baru cepat buat. Kalau tak terhegeh-hegeh jugak. Saspen jugak kalau-kalau tak jadi...membazir je 18 batang lemang tu. Beras buat lemang tu banyak pulak lebih, buluh dah habis. Yang lebih tu Heni buat wajik. Sedap jugak. Tapai pulak, banyak la pantang larang dia..sambil buat tu uwan asyik pesan je ' sonyum kin...sonyum...jangan masam2 nanti masam tapai kito'.Hehe.
Tengah-tengah buat lemang tu, maksu & family sampai. Apa lagi, Tia Mia join la membuat lemang. Enjoy betul diorang mengerjakan daun-daun pisang tu. 'Tia nak...Tia nak jugak...adik pun nak kikin'. Bila koyak daun-daun tu diorang kata 'banyaknye...banyak nye...besh la'. Yang paling kelakar, bila paksu tengok kitorang buat lemang dari tangga dapur, si tia jerit ' papa...buat lemang la...chepat'.
Maksu pulak, tanpa berlengah2 lagi...menjalankan tugas deco eric nya.... menghias dan mencantikkan rumah uwan.Tapi kali ni tugas maksu lebih mencabar sebab ada assistant 2 orang yang sentiasa berkepit...pantang mama diorang ni hilang daripada pandangan... 'mama mana...mama mana'.
Selesai buat lemang , pas pulak kat department bawah untuk bakar. Abah dengan Din yang bertungkus lumus, berpanas berhangus bakar lemang ni. Di bantu oleh paksu. Yang perempuan dok potong daging kat bawah. Tahun ni, Alhamdulillah dapat daging 8 kilo , maksu contribute...beli kat TV3. TQ maksu. Paling best sebab ada limpa dengan paru , campur sekali memang la sedap. Tulang kaki lembu pun ada , nak buat sup. Tak lama , tengahari tu...along dan hazril pun sampai. Apa lagi, along ambik alih la kacau rendang...hazril jaga lemang dengan din. Kena kuat iman kacau rendang and jaga lemang ni, panas dan asap tak boleh nak cerita la. Nyamuk lagi, merah birat tangan....pukul 3 je masing2 dah terbayang2 sirap bandung + soda+ air batu...Ya Allah kuat kan la iman kami. :). Masa ni nak angkat kaki pun dah tak larat dah..
Suasana tambah happening lagi bila Alang & ladies sampai. Terus kecoh2 salai ayam nak buat rendang ayam pulak. lodeh dengan kuah kacang pun alang yang buat. Sambil tunggu semua masak, tengok movie dalam notebook with ayan dan along. Pukul 6.30 baru selesai semua urusan lemang, rendang dan sup tulang.
Malam selepas berbuka, semua bersantai2 melepaskan lelah. Gosok baju raya, tayang baju raya, berborak-borak, main bunga api. Siapa nak tengok suasana kat tangga rumah Uwan malam raya boleh klik link ni untuk tengok video.
Sian kat budak2 tonit ni...terus tidur awal lepas menangis.
Hari bahagia pun menjelma ..Selamat Hari Raya untuk semua....
Aidilfitri yang dinanti2 pun menjelma. Di mulai dengan alunan suara abah memecah keheningan subuh. Yang lain2 mula la bersiap2 nak pergi ke surau dan masjid sembahyang raya . Yang lelaki pergi ke masjid, yang perempuan join uwan pergi ke surau, yang memberi kenangan seribu makna kepada uwan, maksu dan alang. Tahun ni, emosi uwan mudah tersentuh terutama bila berjumpa kembali sahabat-sahabat lama di surau. Semoga waktu yang singkat di kampung dapat mengubati rasa rindu uwan yang teramat sangat.
Bersiap-siap untuk pergi ke surau. Along yang manis dah siap-siap dengan telekung. Budak tonit pun excited nak join pergi ke surau. Yang lelaki lengkap dan segak bersampin, menuju ke masjid.
Sesi fotografi , ber maaf-maafan dan duit raya.
Bergambar sakan tahun ni. With ayan, bergambar dengan emak dan along , dan emak seperti dara sunti merenung jauh di tingkap antik uwan.
With maksu, tia, mia. Bila bergambar dengan maksu...diorang ni pun nak join jugak...nak posing posing jugak.
Suka sangat gambar ni...fotogedik with ayan. Nampak meriah..yang baca ni sabar je la ye. Hehe
Sapa nak duit raya...cepat...cepat
Me, with jubah yang ditempah kat kedai cina. First time pakai jubah. ok la auntie ni buat...takde la cantik sangat...tapi sedap di pakai...kain silk chiffon...lining dengan silk satin. Sejuk je...tak panas pun.
Raya kedua, sebelum bertolak ke pahang...breakfast di bawah rumah uwan. Maksu masak megi goreng dan hotdog. Sedap sungguh rasanya ...dah tak larat nak makan lemang, rendang dan nasi impit lagi dah. Sebelum balik, budak tonit...bila tengah siap-siap, sibuk jugak suruk letak blusher...tapi suruh letak kat ketiak.
Semoga kebahagiaan ini berkekalan, dan dapat dikecapi lagi tahun hadapan.
Tajuk akhbar tiada kena mengena dengan orang-orang didalam gambar. Hehe. Nice pix, by alang.
Tak dapat digambarkan dengan kata-kata perasaan masa ni. Sayu, gembira, terharu, semua ada. Kalau la dapat pause or rewind...macam nak play je sentiasa moment ni dalam kehidupan kita. Abah dan emak...ampun dan maaf dipinta ye.
Sayu untuk ditinggalkan, tapi semoga kenangan baru yang diukir sentiasa terpahat di hati semua dan semoga gelak tawa anak dan cucu dapat membuatkan uwan gembira.
**TQ to alang, kepada beberapa keping gambar di sini. :)
9 comments:
Alhamdulillah kan..semua best,semua sedap..cepat masa berlalu bila happy..maksu tak sempat nak duduk diam2 di halam dan tengok keliling puas2..dulu2 maksu mesti buat macm tu bila balik,duduk sorang2 kat halaman dan pandang keliling,bukit,rumah,baru ingat semua kenangan bersama semua orang yang disayang,tak lupa asal usul,tak kurang kasih sayang kat kampung..moga kita da kesempatan untuk bersama lagi tahun2 akan datang.nanti kita enjoy kat KL pulak.
best kan ikin.. kejap je raya kat kampung.. tak sabar nak baca coretan part 2 plak hahahha sorry lah yana dah tak larat nak tolong2 sangat masa kat ulu jempol ari tu.. perut dah memboyot cepat je mengah mengah :P by the way ikin punyer msakan semua sedappppp belaka wah wahhh syok betul, memula dinner ikan 3 rasa n udang kunyit, pastu breakfast nasi lemak perghh, pastu ayam bakar madu, pastu ikan masin nenas n sambal tempoyak!! semuanyer masyuuukkkk
moga kenangan raya ni sentiasa terpahat di hati..
wah2 ikin beraya sakan tahap gaban ni.. jubah tu so sweet and terletak la.. maksu dah ckp brapa rm dah..nanti nak tempah jugak jubah jarang tangan kombang cam rizalman buat for siti he he mesti cina tu boleh tanding punyeee.. selamat hari raya ..
oh lupa nak comment.. jubah raya ikin mmg cunnnnss
ingat nanti pun nak wat jubah banyak2 senang sarung jekkk
Selamat Hari Raya. Memang terkesima melihat kemeriahan Hari Raya tu... tapi ingatle juga pada yang dilupakan.......
best raya kita ye ikin..terkesima lak rasa eh haaa..pas tu buat effect maklang esah..guling2..ingat lagi tak..ha..haaa...
maksu- alhamdulillah, raya ni memberikan kenangan terindah buat kito semuo.nanti kat Kl masak sodap2 yo. Sampai guling2 mak lang esah. hahaha
yana- hehehe, part 2akan menyusul. sesi dam da dum dan mandi manda pun meriah jugak. wahhh...kembang bontot puji camtu, sampai nak terkoyak jubah.hehe.TQ to yana jugak...atas soto yang superb.Satu lagi, memang lain raya tahun ni sebab Yana and fakhrul ada. Meriah dan ceria. mak abah pun hepi sanagat.TQ both of you.
kak nerry- auntie tu boleh buat kombang macam-macam...bagi contoh gambar semua boleh. Cuma telinga je macam tak korek sikit, orang suruh bubuh butang kepit...dia bubuh butang kain.
yang tak bernama (sapo ni) - Insyaallah, sentiasa ingat jika hati sentiasa dekat, sayang sentiasa ikhlas dan kata tidak menyakiti.
apsal comment2 kak ikin ni dah macam chat room?
gambar2 yg sungguh membuat den terkesima..best2!!!
den mohon maap la xdpt join raya aidilfitri kat pilah..krna tentera dijohor memerlukan sy sbg warden..hahah
raya hj kita jumpa..
Post a Comment