Raya kedua, perjalanan menuju ke Pahang.
Meriah
Raya kami tidak berhenti setakat di Kuala Pilah aje. :). Masih jauh lagi perjalanan yang perlu diteruskan. Raya kedua , lepas breakfast atas bukit rumah uwan, perjalanan diteruskan menuju ke Jengka, Pahang...kampung sebelah husband. Dari kuala pilah ke jengka...ambik masa dalam 2 jam...ikut jalan Bahau. Walaupun dah raya kedua, semangat raya masih membuak2 ni. Asyik terbau je rendang, ketupat daun palas kat pahang. Tahun ni di pahang, tak semua ada sebab tahun ni giliran beraya di rumah mak mertua. Tapi, kemeriahan tetap seperti biasa, dengan suara budak-budak...kemeriahan menyediakan juadah di dapur...kemeriahan suara emak bercerita...tetap sama. Di tambah lagi dengan kehadiran Yana dan Fakhrul yang sebelum ini bertahun beraya di perantauan, suasana bertambah gamat dan ceria.
Sampai je di jengka, berehat kejap, makan ketupat daun palas dan rendang itik serati. Rendang ni, Yana- adik ipar bawak daripada bangi. Special itik ni sebab bela sendiri. Makan lontong dengan sambal kacang...tapi guna kacang almond kalau tak silap.Ni pun dibawa khas dari bangi...
Petang tu , lepas melepaskan lelah seketika, pergi beraya di rumah sedara yang dekat-dekat.
Bergaya dulu depan rumah.
Jom...jom kita beraya weh...
Rumah mak abang fauzi ni...kuih sarang semut dia sedap.
Habis satu balang kitorang kerjakan..
Siti Nurhaliza pun ada tau...hehee...tu Dik La tu..kemain lagi
Menu malam tu..ikan siakap 3 rasa, udang goreng kunyit, sambal belacan dan bayam goreng sotong. Makan ramai-ramai, rebut-rebut memang best. Menjilat jari...hingga ke siku. Paling seronok tengok Fakhrul (hb yana) dan Acoi makan..masak pun hilang penat tengok diorang makan. Rasa berbaloi sungguh..
Lepas menjamu selera, terus je main bunga api. Kecohnya...tak boleh nak cerita. Berasap-asap balkoni kat luar. Sampai tak nampak orang. Sampai je Kak Laili & family daripada Temerloh ...lagi la happeningnya. Bunga api KLCC la kemuncaknya. Siap cakap tak cukup...nak lagi. Memang best dan cantik. Orang besar mengalahkan budak kecik excitednya. Suara menjerit lagi kuat daripada bunyi mercun. Ada yang terantuk sebab excited sangat..haha.Bunyi terantuk kepala lagi kuat daripada bunga api. Semua kemeriahan ni dirakamkan kat dalam video. Boleh klik kat link
http://norashikinyahaya.multiply.com/video/item/13
http://norashikinyahaya.multiply.com/video/item/15/adegan_terantuk
http://norashikinyahaya.multiply.com/video/item/17/KLCC_the_movie
Makan-makan tanpa henti..
Berkepul-kepul asap sampai tak nampak orang.
Mandi-manda dan makan-makan
Esok pagi, beli roti canai 25 keping...and nasik lemak 6 pot tin susu nasik with sambal style tradisional, makan dengan telur mata. Ha..makanan je dah menggambarkan bilangan orang kat rumah pahang.. Nasik lemak tak turun kat dalam perut lagi...masing-masing dah buat plan nak BBQ kat air terjun lubuk yu waktu tengahari. Seia sekata pulak tu...semua setuju. Yang sarat tunggu masa pun excited ni.Hehe. Sepakat sungguh bab2 mandi air terjun ni.
Menu ke lubuk yu: sandwich sardin, ayam perap madu, sosej, sotong ball, keropok goreng...kejap je licin semua. Kudos to team yang menghidupkan api dan membakar ayam. Sampai hangus2 tangan...terutama Fakhrul..berhempas pulas betul dia. Budak-budak la yang paling seronok bila kat lubuk yu ni. Semoga gambar-gambar kat bawah ni dapat menggambarkan kegembiraan dan gelak tawa kami semua.
Semangat satu Malaysia...nak pergi mandi air terjun
Jalan Masuk ke Lubuk Yu...tak sampai 5 min dari rumah
Nyaman dan sejuk..
Tenang..
Sampai je...team BBQ berhempas pulas menghidupkan api...
Ini la otai nya
Semua dah tak sabar-sabar nak terjun tiruk ni
Kelaparan...
Yang tunggu bas pun ada..hehe
Ok...jom kita pergi mandi
Excited..
Dah naik...lapar perut...ayam tak siap lagi, makan roti dulu
Sosej pun jadi la
Sambung mandi lagi...
Pasangan romantik..Kak Midah+Abang Fozi..Kak Laili+Abang Mi
Kebahagiaan terpancar jelas di wajah mak dan abah di aidilfitri tahun ini.
Esoknya, sebelum balik ke Kl, pagi tu buat mee goreng bodoh (kosong taruk telur je). Tengahari, abah request buat masak nenas+ikan masin cili padi, tambah lagi dengan ikan tenggiri masak kicap, sayur kobis sos tiram dan sambal tempoyak. Kepenatan masak memang hilang bila tengok semua berselera makan, sampai nasik tak cukup. Kena masak extra.
Petang sebelum balik, minum teh o kurang manis dengan cucur ikan bilis sedap...air tangan anak dara dik la. ..
Borak2 kat meja...pasal macam-macam, kerja la, kampung la, ayam la, landak la....tak sedar dah lewat petang. Macam susah je nak cakap bye...sebab rasa macam tak cukup masa kat sana.
Soto muar+ayam belanda
Pulang ke KL , dan bersedia untuk meneruskan perjalanan ke Perak.
Terima kasih untuk semua di Pahang ..kerana menggandakan kebahagiaan aidilfitri tahun ni. Rasa bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada keluarga besar yang sarat dengan kasih sayang.
9 comments:
Thanks to ikin for all the lovely, super-delicous foods in Pahang... :)
wahh makan yo kojo..dah tu main bunga api..makan main bunga api lagi..menakutkan orang tu..huhh sungguh meriah terkesima lagi lah den..ha.ha.ha..raya2 ni kena happy kan..kena dekat2 kan diri..kena sayang seikhlasnya..insyallah bahagialah kita.alhamdulillah..Din ko jangan serik bakar lemang lagi kat pilah..kat pahang setakat bakar hotdog yo..so taklah double ponek..he..hehh.
bestnyerr bestnyerrr.. tak mampu nak cakap apa dah.. mmg best hari raya kali ni
Dear all - jom get ready for raya haji pulak. Yeyy
ikin2 buat2 mengucap. lemak rendang dengan ketupat lum cair laie dia dah ingat raya haji... nanti buat jubah siap tudung cam siti untuk raya haji.. fesyen ihram pun ok he he
opps lagi satu sungguh comel dan romantik nota abg samsuddin hero malaya tu... he he
kak nerry , ha...siapa yang kena bawak mengucap ni...hahhaa, dah pikir fesyen bagaii. kihkih.kalau fesyen ihram senang, tak payah tempah,beli kain kat jakel...pastu lilit2 je sampai ke kepala. satu set sekali dengan tudung.
"there is love everywhere you go when you have so much love to give..."
re: den tongah maleh nak upload gambar ni..entry tu pun bolum complete gi..memang mood maleh..sebab tu lah main cekup je pics awak..nanti dah siap den credit lah kek kau..
anyway..apo sobab ee kau sebuk dgn mak lang esah plak ni..mcm2 lah korang ni..tak koso den layan do..
hai.pegi rumah orang pun cari sarang semut jugak ke..hehe
Post a Comment