Friday, October 2, 2009

Coretan Aidilfitri 2009 - Finale , Alor Pongsu Perak

Melepaskan rindu.



Setiap tahun, walaupun arwah atuk dan uwan telah lama meninggalkan kami semua, sudah jadi kemestian kami sekeluarga meluangkan masa untuk pulang ke Alor Pangsu, tempat kelahiran emak dan tempat membesarnya Along.Walaupun sudah mempunyai keluarga sendiri, mempunyai tanggungjawab untuk turut membahagikan masa untuk beraya di belah suami, Alor pongsu tetap menjadi salah satu destinasi wajib untuk kami melepaskan rindu. Walaupun kini, suasananya agar sedikit berbeza, tapi pengisian, kasih sayang daripada orang yang menunggu disana tak pernah berubah. Bagaimana rindunya emak kepada tanah kelahirannya dan pusara ayah dan ibunya, bagaimana hati along terpanggil-panggil untuk menjejak tempat dia dibesarkan begitu jugalah diri ini yang sentiasa meletakkan Alor Pongsu satu tempat istimewa di dalam hati.


Perjalanan

Selepas pulang daripada Pahang dan berehat sehari di KL, kami bertolak ke Perak. Along dan Hazril pula menyusul kemudiannya selepas kerja.Satu keistimewaan kalau balik Perak ni, R&R nya semua menarik. Yang paling best rasanya Tapah dan Bukit Gantang. Pagi-pagi tu singgah dulu dekat Hospital Tangling dekan taman burung, sarapan makan mee kari kaw2 dengan kopi yang harum baunya.Cuaca dalam perjalanan ok sangat-sangat....mendung dan tak panas sangat. Singgah R&R Bukit Gantang. Yang best kat sini, tempat dia cantik , lepas tu ada jual buah yang sedap-sedap.

Masa singgah tu, ada pulak durian kampung baru mai, apa lagi kita bukak dua biji dughian kat situ, pastu kita bedai la. Tu yang gambaq nampak seperti sungguh kelaparan di sini. Hehe
Sampai je kat Alor Pongsu, terus menuju ke rumah sementara pakcik dan makcik. Sejak dulu lagi, pakcik dan makcik bagai menggantikan orang tua di Alor pongsu.Bila berkumpul di kampung, mereka lah menyediakan segalanya, masak makanan kesukaan semua orang dan sabar dengan kerenah yang pelbagai.Kini, layanan yang ikhlas dan penuh kasih sayang itu, masih ada...tidak pernah berubah. Awal-awal lagi pakcik dan makcik dah telefon, 'hangpa janagn carik hotel tau, kami dah sewakan satu homestay kat sini.Selesa la, cukup untuk hangpa tiga keluarga sebab dia ada tiga bilik'.

Terharu sungguh atas layanan mereka berdua.Abah, memang gila ikan baung. Kalau balik perak pakcik mesti carikan ikan baung sungai (yang bukan bela punya) dan makcik mesti masakkan ikan baungmasak lemak cili padi. Sampai2 je, makcik dan nurul tengah berhempas pulas masak. Sementara menunggu makanan tersedia, abah dan Din pergi sembahyang Jumaat kat masjid depan rumah aje.

Terdengar laungan azan Pakcik Wahab yang dulunya, nasik lemak kecik 30 sen menjadi santapan kami semua. Sedap tau nasik lemak dia...ada sambal udang..murah pulak tu.Selesai sembahyang jumaat, terhidang la pelbagai jenis lauk...ikan baung masak lemak cili padi, masak lemak labu, ikan baung goreng, ikan kembung goreng, acar nenas ala arwah tok'ah,sambal belacan special, sambal sotong rendam,rendang daging itam, kuah kacang dan ketupat daun palas yang memang ditempah special untuk kami semua.Tersandar semua kekenyangan lepas makan. Alhamdulillah...syukur.

Sampai, lepak-lepak makan buah

Terima kasih untuk Pakcik Ami .
Homestay yang sungguh selesa

Mai jalan-jalan ghaya

Lepas borak-borak dan melepaskan penat, kami terus check in kat homestay. Makcik siap pesan'petang sat gi mai, makcik nak buat mee bandung untuk hangpa.' Makan lagi...ish...ish...insap.
Selesa la homestay ni..ada aircond lagi. Bersih dan memang rasa macam kat rumah sendiri. Ramai tau yang sewa kat homestay ni...terutama bila musim kenduri kawin, anak-anak balik cuti belajar bawak balik kawan-kawan...tak cukup tempat nak tidoq oghang macam kitorang ni la, balik kampung time raya.

Petang tu, kita dah susun aktiviti beraya. Dimulakan makan mee bandung kat rumah makcik. Hehe. Tengah-tengah berborak...paklong dan abang rahman datang dengan anak-anak nya beraya di rumah makcik.Memang seronok sebab lama betul tak jumpa. Macam-macam cerita yang diceritakan. Meriah rasanya rumah makcik dipenuhi gelak tawa semua.Lepas tu, kita semua bergerak menuju ke tapak rumah baru pakcik & makcik, pakngah & makngah dan paksu& maksu. Memang lawa dan besar. Terbayang-bayang tahun depan beraya dan berkumpul di sini.

Siap advice pakcik..'pakcik..kat sini kita bakaq lemang, kat sini kita kacau rendang, kat sini pakcik buat pangkin kami nak duduk-duk, kat belakang pakcik tambah la buat dapur macam kat hotel...makcik nak meniaga kuih'.Pakcik iyekan aje sambil senyum. 'Ikin nak satu bilik boleh...banyak bilik kat sini...hehe'. Mak dah cuit-cuit dah sughuh diam. Haha.Tapi pemandangan sawah kat depan rumah tu memang cantik la.

Boleh la naik basikal dengan along sepanjang tepi sawah tu nanti. :). Masa kat rumah lama, kalau naik basikal dengan along, kalau tak jatuh parit tak sah. Hehe.
Balik tu semua singgah rumah Makcik Ani, jumpa khaty, anak-anak kak eja yang bulat-bulat dan zul yang sentiasa membuatkan hati semua tercuit.

Malam, selepas maghrib, seperti menjadi kebiasaan, kita semua pergi ke Bagan Serai rumah pakngah dan ayong. Tapi tahun ni ayong takde pulak kat rumah. Kalau di rumah pak ngah, seperti biasa menjenguk dekorasi rumahnya yang kreatif dan homemade kek yang sedap.Bila berborak dengan makngah memang best, siap dengan gaya2 keluaq.Malam tu, pukul 2.00 pagi Along pun sampai di Alor Pongsu. Tapi takpe dia sampai lambat sebab dia duk sampai Isnin kat sini. Macam-macama aktiviti dia, nak makan mee udang sedap kat kuala sepetang la, nak pergi Taiping la.

Siap-siap nak jalan raya

Seronok betul jumpa sedara mara yang bertahun tak jumpa

Cantik dan besaq rumah baru pakcik nanti..

Di rumah pak ngah...

Berbalang-balang kuih makngah...eh kuih makcik. hhehee

Pemandangan selepas subuh depan homestay yang kitorang duduk. Betul-betul tepi bendang

Baju kurung polka dot hanya boleh dipakai di utara. Di pahang tak boleh, di media prima juga tak boleh. Hhehe....


Gendang gendut tali kecapi, penuh perut suka hati

Keesokan paginya, lepas sarapan makan nasik lemak sedap taiping kat rumah pakcik, kitorang dengan semangat berkobar-kobarnya pergi pasar pagi kat pekan Alor Pongsu.Emak yang sibuk nak beli ikan masin talang 1 ekor besar dan ikan bilis yang cantik dan murah. Kat sini murah dan banyak ikan masin + ikan perkasam.Yang lain-lain2 sebenarnya lebih kepada mengimbau kenangan ketika kecik. Dulu, selalu bonceng basikal dengan Along jalan-jalan kat pasar malam.
Masa tu Along famous, asal jalan je mesti ada orang bisik 'kighim salam kat kakak nooo'.Hehe.Abang angkat pun ramai along masa tu. Akhirnya, kitorang beli kopi oghang kedah buat sendiri , baju kurung kedah, yang lelaki beli parang (kat perak memang terkenan dengan parang yang berkualiti).


Excited berul nak pergi Pekan Sabtu



Bergaya sebelum pergi jalan-jalan
Sebelum bertolak balik, setelah masakan makcik dengan senang hati masuk ke perut - asam pedas & kari ikan senangin, kami menjejaki tempat yang begitu kami rindui. Kami pergi ke pusara arwah uwan dan arwah atok.

Sayu rasanya bila tiba disini. Walaupun kami balik setahun sekali, tapi InsyaAllah...setiap kali selepas sembahyang tak pernah kami lupakan untuk berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah untuk orang-orang tersayang yang terlebih dulu meninggalkan kami. Kenangan bersama mereka tetap bersemadi dalam hati kami semua. Masih ingat ramai cucu keliling depan tok'ah tunggu tok'ah suapkan nasi panas, gaul dengan marjerin, ikan goreng panas + kicap. Masih ingat , mesti nak ikut arwah wan jan kalau dia pergi kedai kopi naik basikal tuanya.Masih terbayang-bayang kesabaran, kelembutan dan kasih sayang arwah tok'ah. Semuanya tersemat kuat dalam hati bersama-sama pesanan mereka ketika mereka masih hidup.


Sempat bergaya kat depan masjid.heheh..takpe la...buat kenangan selagi kita masih ada dan bertenaga


Kita sedekahkan Al-Fatihah..

Sebelum balik, singgah rumah Mak Lang dan Pak Lang di Parit Buntar. Alhamdulillah, Mak Lang nampak sihat berbanding raya tahun lalu dan puasanya penuh tahun ini. Cuma Pak Lang, matanya makin kabur, tapi masih mampu bergelak tawa dengan kawan baiknya - abah...sambil-sambil mengutuk manja emak.Kak Nab pulak, menyediakan laksa yang cukup sedap dimakan dengan cendol yang sejuk dan manis.



Destinasi terakhir adalah Supermarket Billion kat pekan Parit Buntar.Uishhh...famous supermarket tu kat Parit Buntar. Lepas je borong cadar Akemi yang amat murah, mak kata ' jom kita minum kat sini nak..emak belanja,semalam pak ngah bagi duit kelapa sawit'.Yeyyy...Alhamdulillah...syukur. Kami anak-anak sentiasa doakan emak murah rezeki, sebab kami semua tahu, emak tak pernah berkira untuk memberi atau pandai meminta-minta. Suka-suka...nanti belanja lagi. hehe.






Kami bertolak balik dengan senyum terukir dan hati yang berbunga bahagia.
Semoga cerita bahagia aidilfitri tahun ini berulang di hari raya qurban akan datang...mudah-mudahan Allah panjangkan umur dan berikan kesihatan kepada kita semua.

3 comments:

MamaTiaMia said...

ikin tu pakcik ami ke..dah tua berumur nampak dia kan..maksu ingat masa kecik2 pergi selayang dulu,dia muda belia lagi..hmm nampak air muka pun tahu hati budi dia kan..mesti masih lemah lembut macam dulu lagi.mana gambar nurul kecoh tu..budak tu kecoh tapi manis macam ibu dia. ye lah abah ikin memang suka dengan ikan baung tu sejak dulu lagi.Along mesti penuh kenangan kan nasib baik along pun dah settle semua kat kl di samping abang hajji tersayang nyer.best lah duduk homestay..kena sayang kampung kita dan orang2 yang ada kat sana.kalau kita ikhlas kampung dan kasih sayang kekal selamanya macam tu..tak kan terasa jauh kita pada yang hidup mahu pun yang mati.maksu teringat maso kecik pi hantar abah ikin kahwin kat sana,den pakai baju gown pendek terjengket nampak montot..hehh..hehh.

ayan & mama said...

maksu kau ni..takdo lah kocik nar maso pakai gown pendek nampak momtot tu..sajo jo nak jadik mcm paris hilton...kak kah..

iya lah ikin..looking forward 2 this raya d perak n3. lamo nar tak gi perak..ingatan samar2 masa alang gi perak dulu..tapi masih teringat budi bahasa dan keramahan nenek u all dulu...walaupun dia dah tak ade budi bahasa nya tetap di kenang...nampak nilai2 tersebut terun pada u all...i'm proud 2 be yur alang...

alang
http://uwokkampung.fotopages.com/

MamaTiaMia said...

ha,ha..maklang dongki..baju maksu masa kecik semua maklang and pakcik yang boli..so they all lah bagi maksu jadi paris hilton..keh..kehh..semalam mission not accomplish la..sodeh den.