Friday, September 3, 2010

Demam, Mood Raya

Lepas cuti panjang start minggu lepas sampai Merdeka Day, my hb sambung cuti lagi hari rabu lepas sebab demam. Start last weekend dah start demam.Ye la, orang sibuk berpuasa, prepare nak raya...dia teruk la kerja siang malam, mungkin sebab nak ambik cuti panjang kot. Haish...sampai demam. Bila demam, selera pun lain macam sikit. Ingat orang demam takde selera, tapi bulan puasa ni lain macam sikit. Nasib la mintak masakkan fav food dia yang senang2 je nak buat. Kalau tidak pengsan makcik balik kerja jadi superwoman..dah la yang nak masak ni pun berjangkit la sikit tempias sakit tekak dengan selsema ..

Tapi, dia punya licin, dia punya selera...hmm..kalau orang tengok...tak percaya kata demam.Tapi kita yang masak ni, hilang segala penat tengok dia makan sampai habis.Alhamdulillah...



Setiap rabu, Setia Alam will be holding a Bubur Lambuk +kurma + starbuck free voucher giveaway around pukul 4.30 macam tu kat setiap pintu guard nak masuk setiap taman.So, dah save satu meal ...:)


Menu lain untuk hari rabu tu...


Our All-time fav food : Telur masak kicap. I punya sedap wooo...:).Makan dengan nasik pana-panas...ooh la la

Sayur bayam goreng dengan sos tiram + serbuk sup sikit...(orang demam ni pelik sikit...tak mo makan sup2...nak yang goreng2 aje.Kalau I, suka bayam celur aje. Takpe...bulan puasa kita layankan aje)

Bulan puasa tahun ni, ini la menu yang paling sedap untuk kami berdua. Goreng ayam madu. Kalah ayam percik bazar ramadan yang tergolek2 tu ..

Makanan yang masak sendiri...semua licin. Bubur lambuk usik sikit je. So, bawak la ke sahur. Tambah telur masin, goreng ikan bilis dengan bawang+cili kering racik halus2 + kicap .



Semalam lagi senang, orang demam request mee goreng mamak..tapi basah2 taruk udang. Lepas tu tambah popia seafood goreng, buat air laici taruk ais sampai penuh gelas. Tersandar dibuatnya...walaupun takde nasik pun semalam



Creating a raya mood...

Sekarang ni, kat office, kat rumah...dah start dah mood raya. asyik fikir pasal raya je. Apa yang tak beli lagi, apa yang nak kena buat...macam2 la. Semalam test bunga api baru beli (alasan je...nak jadi budak2 :)).

Pasang lilin keliling taman. Pelita tak sempat pulak nak beli lagi. Akan ku usahakan lepas balik kampung...



 
Terkejut2 pak guard yang ronda rumah dengan motor &  Tyson (anjing jiran depan rumah) kena baling mercun pop pop...seronok betul..hehe...meriah2.

Lepas tu semalam...sampai tengah malam meng'iron' batu kat baju cotton. Jimat betul buat sendiri. Kalau beli dah siap ber bling bling...harga boleh buat juling mata.Buat sendiri boleh letak sikit2 je. Tak mau over2.Nanti mesti tak pakai lepas raya.Auntie May boleh tutup kedai ye lepas ni :).



Jeng jeng




Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin
Berhati2 la memandu...dan ingatlah orang yang tersayang. (Wah...nasihat kemain).
Have a nice Hari Raya semua.


11 comments:

annhuzi said...

nice foto yg last tu, asal backdrop rumah kampong je mmg la cantik asli :)

s a l l y z a . s a i d said...

semangat raya.. best2.. raya balik mana ikin?

MamaTiaMia said...

cewahhh baju ada bling bling..mana pulak den nak carik blin2 nak letak kat baju cotton den ni..maksu pun masak kicap telur sahur tadi.Apo Badin domam pulak ni..nanti nak bakar lemang,sila simpan tenaga Badin..nanti upah..sup gear box super kaww dengan sambal kicap taruk limau and cilipadi byk2..laksa johor banyak ikan...tak sabar lah nak balik haaaa...

nerry nerry strawbery said...

ikin jubah ala siti untie may sempat buat tak...

Fatin said...

Ikin, rajinnya buat bling bling kat baju. Nampak gaya, cantik betul corak baju raya Ikin. Rumah pun cantik, walaupun ikin selalu letak teaser je. Takde gambar clear pun rumah ikin. :). Kelakar la besar-besar main mercun pop pop. Seronok dapat kenal Ikin walaupun kat dunia cyber je. Selamat Hari Raya ye. Have a lovely holiday.

Ikin said...

Kak Ann, tq. Selamat Hari Raya ye. Ampun kalau ada terkasar tersalah bahasa. Kirim salam raya buat keluarga :)

Ikin said...

Sallyza,Raya balik 3 kampung...pahang, n9 ngan perak :). Berpacking macam tak nak balik kl dah ni. you balik mana?

Ikin said...

Maksu, bawak la balik kampung bling2 tu...kito gosok sama2. Baru la berpinar2 mato zizah sebolah. :).Badin dah sihat. Kuah kacang jangan lupo...sodapnyo..

Ikin said...

Kak Nerry, taun ni tempah jubah kat area rumah je. Hahhaa...ada sikit over la jubah tahun ni...kihkih...nanti tgk ok.Salam aidilfitri ye kak nerry..maaf zahir dan batin

Ikin said...

Fatin, TQ singgah ye. Hhehe...kalau tengok perangai2 mak sedara main mercun or bunga api...lagi mengalahkan budak2 :).Raya balik mana? Selamat Hari Raya:)

Lee said...

Hi Ikin, love your pics here. Very nice.
Great photographs.
You have a pleasant week and keep a song in your heart, best regards, Lee.