Friday, October 29, 2010

TQ

Wonderfully taking care of me, in every way, without complaint: preparing dinner, taking care of the dishes, stroked my forehead, patted my head and reassuring me constantly that it’s going to be okay.

I could not be more blessed.Alhamdulillah.

I Love U.

Thursday, October 28, 2010

LOVE LOVE LOVE - Part 4

Raya ke 4 - Dari Pahang ke Alor pongsu, Perak

Hati

Raya yang indah tambah indah lagi. Hati makin senyum. Hati ini senyum lebar bila lihat emak, dah tau hatinya yang pernah duka, kini kembali ceria. Alhamdulillah.

Daripada Pahang, balik ke KL. Jemput mak abah yang dah tunggu tak sabar-sabar nak balik Perak. Ye, dekat perak tok ngan uwan dah takde. Tapi sedara mara masih berkumpul saban tahun. Masa ni la masing-masing buat muka terkejeut 'Hang dah besaq no..'.'Lama dah tak jumpak'. Balik kampung boleh pergi kubur arwah atok & uwan. Lepas rindu buat mereka. Banyak sangat kenangan manis dengan arwah. Itu yang tak tahan-tahan nak balik kampung tiap raya. Banyak sangat hati yang berbunga-bunga . Tapi ada jugak hati yang merintih hiba. Untuk hati itu, sabar la. tuhan nak duga. Pasti ada hikmahnya.

Bila balik Perak, yang paling best makanannya semuanya sedap. Kari, laksa, ikan baung...semunya kami sapu licin. Kasih sayang pun banyak melimpah ruah. Pergi tang ni...oghang sayang...pegi tang tu oghang cium...duk diam sat...oghang peluk.

Untuk dua hati ni..Kak Ikin doakan semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat.


Canti kan? sama padan..sama cantik...sama lawa. Gambar ni daripada blog mimie http://livinginme-me2.blogspot.com/ . Cantik-cantik sangat gambarnya. http://www.husainihassim.com/ Mimie yang perempuan tu adik sepupu . Masa kecik mata besaq. Takut kat pak tam. Nampak pak tam...menangis tak berenti. Sebab dia comel, bila balik perak...selalu mintak pinjam kat mak ngah ajak tidoq alor pongsu. Now, dah besar dah kawin. Untuk Mimie & Fahmee...Tahniah.

Malam : BBQ.
Ketua Chef : Along Intan Dayana

Pak Ngah & Mak Ngah now ada kat Mekah menunaikan Haji. Kami kat sini sentiasa doakan segalanya dipermudahkan Allah S.W.T.Moga selamat pergi dan balik. Nanti Mak Ngah balik nak belajaq vocab baru lagi . 'Rambut ghontoi ghontoi'. Ha, tu maknanya rambut cam Tia Mia. :). Pak Ngah pulak, kami nak makan kari ayam pak ngah yang kaw2 lagi. Teringat masak ramai2 masa makan tengahari hari tu. Bertambah2 semua makan.


Orang lain berpeluh2 membakar, yang pakai kain pelekat tu, senyum pegang dua pinggan nampaknya..

Ini la resepi Along. Hot dog pun marinade tau..

Ini la pasangan sejoli yang bertungkus lumus hari tu. TQ :)

It was a priceless moment...

Happy happy..


 No more doom and gloom.

Jom kita layan sat HATI yang gembira riang ria yang satu ni. Menggedik gedik nak ber photo shoot kat sawah bendang depan rumah Pakcik, Pakngah & Maksu. Ceh, kononnya macam kat KL takde bendang....sibuk la nak bergambar bagai. hehehee....Tapi masa ambik gambar ni, dalam hati memang ada taman tau. Syiok pagi-pagi lepas subuh pergi bendang ambik gambar berdua. Yang sorang tu klasik sungguh, siap pakai kain pelekat.

Beautiful Scenery







 Syukur..



HATI .Cukup-cukup la. Raya dah habis. Sila tukar kepada Mood bekerja ye. Cari duit. Nanti sang HATI  boleh bergembira lagi :).

Wednesday, October 27, 2010

LOVE LOVE LOVE - Part 3

Raya ke 2 - Dari Kuala Pilah ke Jengka, Pahang


Soon..two hearts become one..
Selamat Bertunang DikLA & Acong..

Wah...romantik kan? Harus lah, Raya ke 3 ada majlis yang ditunggu2 semua ahli keluarga :).I always love any kenduri dalam keluarga. Tak kira la, kahwin ke atau bertunang. For me, kenduri is an effective way to gather family and friends ...secara jujurnya...secara telusnya...secara kasihnya. Any kenduri dalam keluarga will build excitement and gets everyone involved in preparation for the day... best!!

Me?...memastikan hantaran siap semuanya. My small contribution to a wonderful day. Yang simple2 aje. Nak2 pulak buat time raya. Tak dapat la nak ber 'fresh flowers'bagai. Best bila semuanya melibatkan family...daripada photographer, chef, material, tenaga kerja, makeup...semuanya diimport khas daripada this wonderful BIG family.

Peep behind the scenes:

Petang raya ke dua sampai Pahang. Malam dah start buat hantaran. 'Pengantin to be'...buat sendiri pelamin. Bersengkang mata jahit sendiri curtain, cushion..



'AMBOI' ...Anak2 dara kecik yang tolong siapkan doorgift..

...two loves create one beautiful story...

Simple and Sweet





Weih...anak2 dara kecik sibuk tolong...anak2 bujang yang tak berapa kecik sibuk bergumpal...haipp!

Cupcakes...pun 'pengantin to be' yang buat sendiri.Tabik Springgg

Kena buat sirih junjung...bidan terjun. Hentam saja la labu. 3 jam sebelum majlis...baru start nak buat

 Sambal tumis Kak Nor yang paling umphhhh. Menu hari tu, Nasik lemak ayam berempah & Mee bandung muar terangkat.
Make Up...Kak Laili Colla Butee...hehehe, nama glamour dah sekarang..



Buah hati pengarang jantung..Aliyah..




Ha, sirih junjung belah lelaki lagi junjung ni...apa cerita...ehhehe

Antara hantaran-hantaran daripada belah perempuan..




Chef Ayam goreng berempah with her adorable daughter..


Duduk kat hujung2 tiang...tau dah buat apa...
Sok sek sok sek la...


It is just plain obvious when two people are so in love





 Wah tiba-tiba kan... :)
Looking back, it's amazing how quickly time has marched on kan...love you..

Dik La, we are so happy for you.
Semoga segalanya di permudahkan dan diberkati Allah S.W.T.


Raya di Pahang...diserikan , dicantikkan, dimeriahkan lagi dengan kehadiran baby baru yang sangat comel. Tahniah buat Abang Cik & Kak Melati atas kelahiran 'Hero' yang ditungu-tunggu MOHAMAD BADRI AIDIL..