Thursday, October 28, 2010

LOVE LOVE LOVE - Part 4

Raya ke 4 - Dari Pahang ke Alor pongsu, Perak

Hati

Raya yang indah tambah indah lagi. Hati makin senyum. Hati ini senyum lebar bila lihat emak, dah tau hatinya yang pernah duka, kini kembali ceria. Alhamdulillah.

Daripada Pahang, balik ke KL. Jemput mak abah yang dah tunggu tak sabar-sabar nak balik Perak. Ye, dekat perak tok ngan uwan dah takde. Tapi sedara mara masih berkumpul saban tahun. Masa ni la masing-masing buat muka terkejeut 'Hang dah besaq no..'.'Lama dah tak jumpak'. Balik kampung boleh pergi kubur arwah atok & uwan. Lepas rindu buat mereka. Banyak sangat kenangan manis dengan arwah. Itu yang tak tahan-tahan nak balik kampung tiap raya. Banyak sangat hati yang berbunga-bunga . Tapi ada jugak hati yang merintih hiba. Untuk hati itu, sabar la. tuhan nak duga. Pasti ada hikmahnya.

Bila balik Perak, yang paling best makanannya semuanya sedap. Kari, laksa, ikan baung...semunya kami sapu licin. Kasih sayang pun banyak melimpah ruah. Pergi tang ni...oghang sayang...pegi tang tu oghang cium...duk diam sat...oghang peluk.

Untuk dua hati ni..Kak Ikin doakan semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat.


Canti kan? sama padan..sama cantik...sama lawa. Gambar ni daripada blog mimie http://livinginme-me2.blogspot.com/ . Cantik-cantik sangat gambarnya. http://www.husainihassim.com/ Mimie yang perempuan tu adik sepupu . Masa kecik mata besaq. Takut kat pak tam. Nampak pak tam...menangis tak berenti. Sebab dia comel, bila balik perak...selalu mintak pinjam kat mak ngah ajak tidoq alor pongsu. Now, dah besar dah kawin. Untuk Mimie & Fahmee...Tahniah.

Malam : BBQ.
Ketua Chef : Along Intan Dayana

Pak Ngah & Mak Ngah now ada kat Mekah menunaikan Haji. Kami kat sini sentiasa doakan segalanya dipermudahkan Allah S.W.T.Moga selamat pergi dan balik. Nanti Mak Ngah balik nak belajaq vocab baru lagi . 'Rambut ghontoi ghontoi'. Ha, tu maknanya rambut cam Tia Mia. :). Pak Ngah pulak, kami nak makan kari ayam pak ngah yang kaw2 lagi. Teringat masak ramai2 masa makan tengahari hari tu. Bertambah2 semua makan.


Orang lain berpeluh2 membakar, yang pakai kain pelekat tu, senyum pegang dua pinggan nampaknya..

Ini la resepi Along. Hot dog pun marinade tau..

Ini la pasangan sejoli yang bertungkus lumus hari tu. TQ :)

It was a priceless moment...

Happy happy..


 No more doom and gloom.

Jom kita layan sat HATI yang gembira riang ria yang satu ni. Menggedik gedik nak ber photo shoot kat sawah bendang depan rumah Pakcik, Pakngah & Maksu. Ceh, kononnya macam kat KL takde bendang....sibuk la nak bergambar bagai. hehehee....Tapi masa ambik gambar ni, dalam hati memang ada taman tau. Syiok pagi-pagi lepas subuh pergi bendang ambik gambar berdua. Yang sorang tu klasik sungguh, siap pakai kain pelekat.

Beautiful Scenery







 Syukur..



HATI .Cukup-cukup la. Raya dah habis. Sila tukar kepada Mood bekerja ye. Cari duit. Nanti sang HATI  boleh bergembira lagi :).

8 comments:

annhuzi said...

sawah bendang! cantik! gambar BBQ..hmm lazat!

Nisha Ismail said...

sejujurnya, ini raya yang paling indah untuk adik dan keluarga.

semoga terus kekal mcm ni ye kak ikin.
loves. :)

Hazril said...

tahun depan kita lantik along lagi jadi ketua penyelaras BBQ alor pongsu....huhuhu

Uncle Lee said...

Hello Ikin, I love the pics here. All well taken and very creative. And the bbq looks really delicious.
I guess the guests all enjoyed Pak Nga's bbq skills.

Love your pics at the padi field. I think they are really great shots, that last one especially.
This last pic brings a smile just looking at it, and you sure have a smile that can light up 3 kampongs.

Have a nice day and keep a song in your heart, lee.

Ikin said...

kak ann, TQ :).Eh, walaupun BBQ lazat tu bukan ikin yang buat...hehe.

Ikin said...

Nisha, hazril > Amin. Semoga semua sentiasa happy. Yeyyyy, jom buat bbq. Bila nak buat ni...chef intan?

Ikin said...

Hi Uncle Lee,

Thank you for your lovely comment as always....and make me smile and 'kembang setaman'.

What a great way to start the day with many smiles...:).

MamaTiaMia said...

budak demam..gambar so lovely here..my camera stilled in clinic..so sad..Tiamia having halloween party today..my mood sad hari ni tengok gambar arwah paklong at..ada post kat new entry..rasa dia masih hidup..and masih ingat his last words to me.nanti kita buat bbq kat kg uwan jugak.take care,drink alot..kenits ada cuppies halloween alang buat.