Friday, October 22, 2010

LOVE LOVE LOVE - Part 2

Raya pertama - Kuala Pilah.Spending time with family, the super-excited kids,and the yummy food!

Time to celebrate. I LOVE raya! Not only I love our uwan's yummy-smelling kitchen.I love all the time we get to spend with family and friends and the amazing spirit of joy it brings into the home!!Love the atmosphere, the sharing and the company.

Lepas kepenatan waktu siang sebelum raya dan waktu malam menyusun kuih, menggosok (ke menayang...:)) baju, tolong maksu buat laksa johor...berakhir dengan semuanya terbaring kat ruang tamu uwan , sempat lagi sebelum tidur tegur menegur sebelah tilam. Macam cerita P.Ramlee.Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu menjelma jua. Enjoysss gambar2 kat bawah ni.
Capturing some great moments!! SMILEEE...


Pagi, yang lelaki pergi masjid sembahyang raya. Yang perempuan kecoh mecoh ni, pergi surau dengan uwan. Suka tengok uwan happy jumpa kawan-kawan lama.Tapi uwan eksen sikit la...tak mo kena pegang.....tiba-tiba hilang pergi jumpa geng . Siap suruh kitorang balik dulu, tak payah tunggu dia.Yang budak kenits pulang hilang selipar cantik. Kecoh la mencari satu surau. Last2 pakai selipar Econsave je ok. :). Balik daripada sembahyang raya...macam biasa sesi mengisi perut & sesi bergambar dengan 'over' nya.

Ini la buah hati dan penyeri kami semua. Dah pandai cakap..bercerita...tanya banyak soalan. Kalau kita tak layan...di paksanya layan.Yang selalu kena buli ...badin, pakshik & abang boboy. Kalau pak cik penat, nak tidur...sibuk la tanya 'Pakcik, are u enjoy with your tilam?' ...hehehe.



Tapi, kalau time menangis bergaduh...ayam-ayam Kak ambit sebelah pun semua lari. Haish..



 Kecoh-kecoh di hari raya


 
Abah, with his 'Eksklusif' baju melayu. Pagi-pagi dah bising...'Ha...jangan main2 tau. Euro Moda mari ni. Tak main la beli kat jakel'.


Kehkeh.ceritanya....selalu tiap2 tahun kain baju melayu anak-anak belikan. Tahun lepas belikan ada satu kain yang mahal sikit...lembut...tapi tak licin...berat. Suka sangat dia. Asyik pesan suruh beli yang sama.Tapi cari-cari...tak jumpa pulak kain yang betul2 sama. Abah call, kata...kin ko bagi duit je la...abah beli sendiri. Kalau 'Mr perfect ' yang belitau2 jela. Sampai Euro Moda...di tanya' Mana kain paling bagus dik...lembut, berat...tapi taknak licin macam satin...kang orang ingat pakcik ni nak kawin pulak'. Budak tu bawak tingkat atas sekali, terus berkenan ...suruh potong.Bila dah potong baru la tau harga...'Abah nak buat terkejut...malu kin'. 'Berapa harga bah?'. 'Lagi mahal dari kain ko yang mahal2 tu.(Ceh!). Tak cukup la duit ikin bagi tu (Ha???Rasanya dah bagi berkeping2 jugak). Abah tambah duit pencen abah. Budak tu siap tanya...Pak Cik nak ambik pingat daripada kerajaan ye?'.So...paham2 je la harganya. Tu yang eksyen sampai raya ke 10 tu.

Alang nak bergambar celah pokok belimbing. Kita pun nak....






Happy Family.....love love..





A moment I want to pause, savor and remember....



Buah hati saya...





Wah....tunjuk gelang Alang. Cuba tengok reaksi boboy.Haha

Ampun dan maaf ye mak abah...




 
                                    

Moga kami semua terus ketawa, moga kami semua terus bersatu, moga rumah ini sentiasa ada kami. Amin.

8 comments:

kawanlama said...

ikin,lamanya tak update.miss you.love to see ur hepi life.u lovely and beautiful macam waktu sekolah dulu.letak la gambar rumah banyak2.rumah ikin cantik sangat.hope can see you again.

annhuzi said...

memang nampak segak abah ikin :)

yes u have captured all the great moments of celebrating with the loved ones..a collection that will remain a treasure for years ahead :)

MamaTiaMia said...

ikin..tak sabar lah nak balik raya haji pulak..so seronok kan..tak puas lah hari tu balik.mahal bonar abru pashik ni..tadi pashik datang Tia dah dua hari saki perut lah..risau jugak ni..dah bawak hospital,dah tukar dua ubat masih sakit lagi..kesian lah dia,doa2 baik kalau tak esok jumpa Dr Musa.

Uncle Lee said...

Hello Ikin, I was at MamaTiaMia's place noticed your interesting callsign. Never seen this lovely name before so busybody over.
I really enjoyed looking thru your well taken pics.
Great looking kids too and love the colourful bajus, not to mention the lovely ladies too.

You have a pleasant week and keep a song in your heart, best regards, Lee.

Ikin said...

Kawan lama,

TQ . kalau tau nama baru ada peluang jumpa lagi kan. :)

Ikin said...

Kak Ann,

Wah...makin kombang la abah kalau baca ni. Harus raya haji tahun ni nak pergi euro moda tingkat atas lagi.Hehe

Ikin said...

Maksu,

Lega dengar Tia dah sihat. Iyo la...jumpa Maher Zain terus sihat kan. Hehe. Raya haji nak masak apo? Nyum nyum sedapnyaaaa. Buat BBQ pun best.

Ikin said...

Hi Uncle Lee,

Thank you so much for all your kind comments and compliments! I'm very happy that you like my pix! I love yours to, especially the 'varieties content'..:)