Thursday, March 31, 2011

Hot sunny day

Yesterday was hot and sunny!!

Drive balik kerja pun rasa pening kepala berdenyut2. Tapi, dalam kepala..sibuk fikir "Hopefully my little garden will not be too dry...hope hope hope.."

Let's take a look...

Alaaaaa...itu la yang mula2 keluar daripada mulut bila turun kereta..
My Bucida tree dah start dah musim gugur dia..some of the leaves were turning yellow then falling off..hmm,penyapu lidi le nampaknye.Need to clear-up all the fall leaves..


I love this type of bucida...ada setengah orang panggil pokok doa, sebab dia bercabang2 dan bertingkat2.


Opss...yang kat atas tu dah terkulai layu. Kena rescue cepat2 ni..Water Water Water!!

Yang dekat shaded area...nampak OK.



Hmm...yang ni pun ok.

Yang ni ...kena siram cepat2.



Yang ni terlebih ok...or maybe terlebih semak :). My fav ground covers ...yes they are out of control... but I likee...:).

Tapiiii, ni yang marahhh ni. Lama2 tinggal batang. Tiap2 hari pun spray...tapi dia ada jugak. Hisssshhh.
Memang la dia keep berbunga...tapi buruk la rupanya kalau dah tinggal batang je.
The 'kumbang-kumbang durjana' eating the leaves and yellowing the leaves.Grrrr


Tapi terubat jugak hati...yang ni dia tak kacau.



And hati berharap...yang baru beli ni pun kembang mekar :).
Kalau tak...mesti my hb cakap "Hmm...orang dah kata rose kan susah nak jaga"
Tak cuba ...mana nak tau. Kan pernah jadi kita tanam. Dah besar & berbunga banyak kali pun...kan ? Kan?.


Lepas penat rescue pokok2 yang kering..plan asal, nak buat sandwich with this delicious french bread.
Tapi disebab kan panic attack si Kooky sakit...emergency kena cari clinic malam2...so cancel la. Kooky sakit apa? Next entry kita story ok. Byeee...


Wednesday, March 30, 2011

Walk for Autism 2011

Walk for Autism
2 April 2011
Piazza, the Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya

Take The Step Forward, Support The Cause. Act for Autism Now!

Join NASOM as we walk to change the future for all who struggle with autism! Experience the power of the many united by a single cause by joining the Walk for Autism.

Autism is the fastest-growing serious developmental disorder – we need more supporters to join our fight. Join this fun filled, family friendly event.

** Info from http://www.nasom.com.my/

Yeayy...dah dapat T-Shirt untuk berjalan-jalan bersama keluarga & kawan2, sambil menderma sambil menjeling Ikea sabtu ni :)

Tuesday, March 29, 2011

Makcik Sudu

Dulu, masa kat U, bila first & second year stay @hostel, kalau ada duit lebih..memang syiok makan kat cafe hostel. Walaupun makcik cafe tiap2 hari pun masak sayur samapai layu takde colour hijau dah, kira grand sangat dapat makan kat cafe :). Kalau duit dalam poket senipis tisu, megi rendam air panas pun ok...nyaman je tekak.Cerita pasal cafe, dulu kat cafe hostel...ada sorang makcik tu kitorang panggil makcik garpu. Sebabnya,setiap kali kira harga makanan...dia pegang satu garpu. Lepas tu, bila nak kira dia cucuk2 nasik dalam bekas tapau.Haha.....makcik ni geram sebab student lelaki suka sorok lauk bawah nasik. Terutama telur goreng, dengan harapan makcik garpu tak jumpa & tak kira la harga lauk or telur tu. Hihi...teruk betul...tapi ye la zaman nakal2 dulu kan :). Tapi tak pernah pun rasa geram or marah kat makcik garpu ni. Makcik ni sentiasa je pegang garpu penuh senyuman. Rasa sayang lagi ada kat dia, sebab masa zaman tu dulu...segala jenis makcik, kalau tengok teringat mak kat rumah. Padahal...U dekat aje pun dengan rumah .

Ok itu cerita manis dulu2 pasal makcik garpu. Sekarang nak cerita pasal 'Makcik Sudu'. Semalam, saya & kawan2 office pergi ke U yang sama saya belajar 9 tahun dulu (waaaaa..dah semakin berumur...kihkih). Selesai urusan, we all pergi makan dekat satu cafe ni. Bukan cafe yang sama 9 tahun dulu...tapi kononnya cafe yang lebih canggih, dan tentunya harga yang lebih mahal.Hmm...but..I'm sorry to say ...itu la last time kitorang makan kat sana kot.

Bukan sebab harga tak sepadan dengan makanan ...walaupun bila order fruit salad...dapat beberapa ketul buah yang dah lama simpan dalam fridge pastu susun cantik2 atas pinggan besar, walaupun bila mintak chilli sauce berpeluh2 mencari sana sini , walaupun dalam menu ada pizza...ada pasta...tapi chilli flakes and tobasco pun takde...hmm...semua tu boleh diamaafkan..boleh pejam mata...sebabnya we all tau cafe tu student2 (not sure from which faculty) yang masak and part of their 'hands-on' activities...Yang membuatkan entry ni sepanjang panjang entry...yang membuatkan hati kami geram segeram2nya...ialah 'Makcik sudu' yang entah timbul daripada mana!!Kerana satu insiden saya tak sengaja jatuhkan beberapa sudu plastik masa nak ambik tisu kat kaunter bayaran...dan saya pun dah minta maaf pada student yang bertugas..hmmm remeh je dengar kan. Tapi makcik sudu ni tiba2 je jadi incredible hulk...mempamerkan perangai yang agak tidak sesuai dengan umur ...yela lebih kurang baya mak saya rasanya. Please la...have a life...ok!!Tak perlu la nak mengamuk and buang masa pasal benda yang remeh , and with that attitude...ada hati nak cerita pasal respect bla bla bla.Malas nak elaborate lebih...too annoying!! Lain la kalau saya baling sudu tu kena sanggul tudung makcik yang tinggi tu dengan sengaja kan. :) :). Hish...sabar sabar. Hehe.
To makcik sudu...tak kira apa pangkat sekalipun...sebab kelakuan tak menggambarkan apa2 kelebihan pun :

No matter how old or how young you are, no matter apa pun pangkat kita, no matter how much you earn every month, you have to learn self respect..if u want to gain respect. Let's earn respect before we ask for it. :) :). Smileeeee

Tapi...geram tu kejap je la. Sebabnya, nikmat yang tuhan bagi lagi besar...Alhamdulillah. Tak perlu nak pikir benda yang remeh-remeh. Sya dan kawan2 opis pun datang UPM bukan suka-suka nak jumpa makcik tu.Datang sana nak hantar reply card untuk tawaran sambung belajar @master level daripada UPM. Yesss, syukur. Bulan 9 ni saya jadi student balik. Haha. Tak terlambat kot kan...hope...masih pantas otak ni berpikir :). Seminggu 3 kali ada class after office hour sampai malam. It's ok...as long tak kacau weekend sangat. Doakan semuanya ok2 saja...doakan hidupku tidak seperti tongkang pecah ye...hehe...InsaAllah.

But...it's ok makcik, saya tak geram lagi...sebab saya semalam balik kerja saya masak Seafood Aglio Olio yang sangat sedap (walaupun seafood ny cinonet2...dah tu je yang ada dalam fridge).

Senyum saya kembali manis with this sweet Banana Muffin *wink wink*
 Geram saya tak berpanjangan sebab weekend saya sangat 'Wonderful'

Saya ada cadar baru yang boleh kalahkan kegebuan cadar di hotel 10 bintang..eceh...Suka suka...sebabnya combination 2 set - Fiited sheet set + Quilt Cover set yang normal price nya 600++...jadi RM220.00 aje. Semuanya sale di aussino. Hmm...tapi tinggal colour2 kusam ajela ...colour2 yang menarik semua dah habis.

Selain buat kerja2 wajib...laundry yang menggunung tinggi

...pergi beli benda-bending penting untuk vacation 15/5 ni. :). Takut tak sempat sebab weekend je macam2 aktiviti2 penting.Banyak lagi yang kena beli. Tapi now dah ada light boot, oversized sling bag and lovely polka dot scarve.

Gambar daripada blog maksu http://mamatiamia.blogspot.com/. Makaceh maksu..
dapat makan sup tulang rusuk, ikan rebus yang nyummy, sambal durian yang walla & gulai labu.Tak perlu masak sendiri untuk semua kesedapan menjilat jari ni :). Hanya perlu pergi ke dapur cantik maksu saya di Kota Damansara...yang penuh dengan orang2 yang 'wonderful' dan makanan2 yang sangat 'nyummy.
Makcik sudu pandai masak tak ? :)

Makcik...kalau suka marah2...elok buat gardening tau. elok untuk kesihatan. Saya beli pokok baru untuk ruang tamu saya.


Saya suka...sebab bunga kecik yang saya beli RM8.00 ni dulu..now dah ganti pasu and berbunga untuk kali kedua.Selalunya bunga indoor saya...berbunga sekali aje :(. Kali ni harap2 berbunga la banyak2 kali.


Lukisan ni...saya beli thru ebay, sebelum masuk rumah tahun lepas.
InsyaAllah...bulan 5 ni kalau Allah izinkan saya sampai sana..boleh beli sendiri kat sana.

Opsss...makcik kucing saya tak jelir lidah kat makcik tau. Dia demam sakit tekak. Sebab tu lidah di terjelir je macam tu. Sian cookie...nanti kita pergi clinic ok.


Love Love Love
Senyum.


Wednesday, March 16, 2011

I am thinking of getting a new pet..

iRobot Roomba 560



Thing to buy in April.
Image Courtesy of robotvacuumcleaner.org
 
I need you badly. :)


Me, jenis yang ada allergy symptoms. Selsema pagi-pagi. Tak tahan kalau rumah berhabuk sikit pun. Selsema macam nak tercabut hidung bawak ke demam.Kalau pagi2 tu, orang sebelah tahan je la, bunyi muzik berlawan2 kat bilik air...bersin bersungguh-sungguh.Vacuum rumah twice a week pun tak cukup.Part Time maid pun...datang 2 kali sebulan je.Tambah dengan rambut yang banyak gugur & cat hair - hairball. Kalau sapu2 biasa...tak jalan la nak buang cat fur/hair ni especially kat carpet.Bukan saja-saja nak buang duit or malas nak mengemas, tapi demi kesihatan...cewah ..hihi.

Kalau beli with authorized dealer @ Kelana Jaya...memang mahal.The Roomba 540 (without scheduling with 1 virtual wall) & 560 (with scheduling with 2 lighthouses): RM2188 and RM2388. BUT, I still need the 'sweet but expensive' Roomba. You may ask, why buy Roomba in Malaysia when it's around USD$349.99...kalau beli kat ebay or Amazon. Hmm...tak nak tanggung risiko la...susah bila nak warranty claim semua.Leceh. Kalau beli from Aetis , the dealer... warranty & spare parts senang nak dapat from Aetis 24/7. They even do house call service :).Tapi, kalau sesiapa yang ada cara2 untuk mendapatkan iRobot ni dengan harga murah dan senang untuk warranty claim semua...please let me know ok..

iRobot Roomba 560  Special Features (from store.irobot.com):

1.On-board scheduling allows you to preset up to seven times per week for Roomba to clean when it's most convenient for you
2.Two Auto Virtual Walls create an invisible barrier that blocks Roomba from entering off-limit areas
3.Compact Home Base for Roomba to dock and recharge when done vacuuming or the battery is low

Review from Amazon : "I'm amazed at how well it picks up cat hair."

Video from youtube ...Kittens riding a roomba..Cute & Funny



Cookie...You are not kitten anymore ye. Berat guni beras dah. Jangan cuba-cuba macam dalam video kat atas ok :)


Walaupun kecik cinonet, susah jugak nak maintain bersih setiap hari to stay healthy...kalau dah balik malam hari2 :).I need an assistant.

Cookie : Ohhh...please buy your new pet faster...so that I can sleep and watch oprah @ Astro.


Truffle : Yeah...buy buy buy...no need to wear you pink flip flop anymore...


We can change the name...hmm Roomba tak sedap. Cookie dah ada, truffle dah ada...ok, kita bagi dia nama Biscuit. Ok tak?



Ok. U all pun kena tukar nama...sebab malas asyik tido. Dua-dua tukar nama jadi Garfield. Ok tak? :)




Friday, March 11, 2011

Disedarkan....

Massive quake, tsunami slam Japan .
40 killed in major tsunami after 8.9 Japan quake.
(From yahoo news page...8.41pm11/3/2011)
Image Courtesy of http://news.yahoo.com/


Alhamdulillah...Allah permudahkan rancangan ku untuk tahun ini..
Segala perancangan berjalan lancar, rezeki diberikan melimpah ruah
Tiada apa yang perlu dirungutkan..
Biarpun ada impian yang lama disemai...Allah tentukan belum lagi milikku
Ku redha...sebab Dia gantikan dengan berjuta nikmat yang lain
Ku tadah kedua belah tangan tanda syukur...tapi diriku sedar syukurku tidak cukup, tidak bersungguh, tidak sepadan dengan nikmat yang diberikan..

Hari ni , di celah-celah kegembiraan dan nikmat hidup yang buat ku senyum bahagia
Di celah celah hujan pagi hingga ke malam yang tak henti-henti..
Ku disedarkan..biarpun dugaan itu bukan untukku...
Tapi...kudisedarkan......Syukur


Buat di Jepun... doaku
Semoga segalanya selamat dan dipermudahkan...amin.

Thursday, March 10, 2011

Bandung 6 Oct 2010 - Day 2


Ok ok, kawan-kawan yang tiap-tiap hari tanya :) (tiap2 hari ...sms, email..hahaha...sabar le)...tanya mana sambungan untuk http://ikin80.blogspot.com/2011/02/bandung-5-oct-2010-day-1.html ...ok, jom kita sambung.

Sempena hari wanita baru2 ni...this entry khas buat kawan2 wanita ku yang sangat gorgeous, sangat cute :)...dengan ucapan...'LET's TRAVEL TOGETHER....AGAIN !!'. Tapi serious le, banyak dah lupa. Tambah2 ok...mana yang tertinggal or salah info....:).

Itinerary - Day 2
Pagi :Pasar Baru
Tghr : Lunch @ Ayam Goreng Suharti - Cipaganti Street(Wajibbb cuba...sangat sedap!!)
Petang : Sambung shopping @ Rumah Mode
Malam :Paris Van Java

Ha, pendek je nampak Day 2 punya  Itinerary kan? Gambar pun tak banyak. Sebabnya...sepanjang hari shopping sampai pengsan. Masa shopping tu tak ingat langsung nak bergambar dah. Bahu & tangan memang merah2 la...mengangkut segala jenis barang. Siap tak cukup tangan, suruh tokei kedai hantar barang sampai hotel. Mengucap la bila suami ku baca entry ni :).


Shopping sampai golek2 pengsan
 
Since bilik hotel kitorang book untuk 2 orang, so free breakfast memang untuk dua orang je la...dua pergi buffet , dua lagi berhalaluya la, breakfast comot2 atas katil golek2. Nikmatnya  la kan...kat rumah memang takde la nak bergolek2 orang hidang breakfast macam ni...

Isi perut untuk berjuang :). Dan sila lihat 2 katil single yang telah di 'renovatekan' untuk muat empat orang. Hmmm...miss the moment la. Time himpit2 tido...borak2 sampai lelap.
Masa shopping kat pasar baru, memang takde gambar. Sebab semua lupa diri mengangkut segala jenis barang, menawar segala jenis barang :). Sebelum pergi semua nya eksyen, nak beli sikit2 je...bukan nak shopping sangat. Tapi bila sampai hmmm...ayat sama je semua...nak bagi rasa tak bersalah "Ish, kena beli...murah , kat Malaysia mana dapat harga ni, takpe beli, tak rugi pun" :) :). Sampai tak cukup duit, kena tukar lagi duit kat sana.

Kat pasar baru ni, kain2 ela memang murah sangat terutama...cotton yang high quality , kain lace yang cantik2 & kain sulam timbul tu. Telekung pun murah, yang tinggi kualiti...harga dia sama je macam harga telekung kat sini tapi yang jenis kain bising  yang bukan cotton, cepat kuning and kain singkat nampak kaki bila sembahyang. Kat sana, dengan harga tu, kita boleh dapat kain telekung cotton yang besar dan cantik sulamnya. Tapi memang kena ada skill tawar menawar. :). Bab tawar menawar ni yang sangat penat & terduduk.


Sangat kepenatan dan muka berminyak2...tapi still boleh singgah tepi jalan bila jumpa legging kain best, macam2 colour ...kat sana 3-4 ringgit je. Huaaa, nyesal tak beli banyak.Ni je la gambar yang ada kat pasar baru dalam my camera.
Jom kita tengok 'hasil tangkapan ikan' di pasar baru :)

Kain lace yang cantik bila bawak balik. Kat pasar baru tu macam tak pandang sangat, sebab dia longgok kat tepi2 kedai je kain cantik2 ni...murah pulak tu.

Kain batik ...yang gred tinggi, orang selalu buat kain utuk baju kebaya...harga sama macam kain batik biasa2 kat sini yang kita pakai hari2 dekat rumah.


Kain Cotton murah-murah....cantik cantik

Telekung boleh beli banyak-banyak sebab memang berbaloi


Saya suka yang ini, putih, cotton sejuk, tapi sulamannya sangat halus.

Kain ni ramai orang beli , cantik dan murah. Hmm...nasib tak minat, kalau tidak...tambah la lagi satu beg.
Lepas bersungguh2 menghabiskan duit, sebelum lunch, semua balik hotel dulu...hantar barang. Kira duit, asing duit dulu...baru sampung shopping. Lepas lunch, plan pergi Rumah MODE yang boleh jalan kaki je daripada hotel

Bila balik baru la ingat nak kira duit semua... :). "Eh, aku ada hutang kau berapa? Eh, jap2...aku ada lagi duit selit2 ni, boleh shopping lagi"


Ayam Goreng Suharti sangat sedap...di ulang sangat sedap.

Lunch kat Ayam Goreng Suharti ni memang best. Masa update entry ni pun kecur liur bila teringat balik kerangupan kelembutan ayam ni. Memang dengar macam tak best mula2...ayam goreng . Tapi cuba rasa dulu, baru tau...ni bukan ayam goreng biasa.

I bagi 10 bintang la kat U :)

Kelaparan dan kepenatan...senyum tetap senyum ok... :)

Nak pergi bandung lagi...sebab nak makan Ayam Goreng Suharti...
Kangkung pun sedap. Sedap sebab pedas...pakai cili padi. Nyum nyum


Kat sana, tak jemu makan Ikan Garume.


Licin...Alhamdulillah Syukur. Nikmat ...
 
Siapa pergi Bandung, nampak sign ni...singgah ok. Mesti tak menyesal

 
Shopp Till U Drop...sesuai tak? :)

Lepas lunch, semua jalan kaki menuju ke Rumah Mode. Semalam survey2 aje + beli baju yang nak dipakai kat bandung since semua berlenggang bawak baju sehelai dua. Hari ni pergi Rumah Mode...masa untuk shopping bersungguh2. Tapi kat sini kena pandai pilih, yang ada quality, yang original. Hmm...kalau pandai pilih, memang sangat puas hati. Terutamanya T-Shirt, office wear, belt...




Semua orang pun dalam hati banyak bunga banyak taman

Saya suka hati...
 
Saya lagi hati berbunga-bunga kembang setaman...

An evening in Paris

Hari yang indah di akhiri dengan moment yang indah jugak. Walaupun bukan di Paris. Walaupun Paris Van Java Mall ni...tak la best seperti yang dijangka, since harga dia lebih kurang je dengan Shopping Mall kat Malaysia, nothing to shout about. Tapi, the moment bila bersama...tak kira di mana pun...semua leka sampai tak sedar semua Cinderella ni kena balik sebelum tengah malam. Takut jugak walaupun nampak macam semuanya selamat2 je..




 Semuanya yang manis-manis aje kenangan hari ke dua :)


Ikin said:

1.  Hati-hati dengan Money Changer di sana. mula-mula macam tak percaya bila baca blog orang sebelum pergi. Tapi bila dah terkena baru la tau. Masa tukar duit tu, walau nak secepat mana pun kita, walau tak sesabar mana pun kita nak pergi sambung shopping...make sure kira duit ...sebab takut tak cukup. Money changer dia sangat besar...macam bank..siap kena ambik no. giliran. So...please la...kira duit sebelum tinggalkan kaunter.
2.  Kat Pasar Baru, kalau kedai kain, walaupun murah, survey jugak 4-5 kedai. Kadang2 ..4-5 kedai tu tokei dia sama je. So, survey...kalu kita rasa satu kedai tu dah murah sangat...percaya la...kadang-kadang kedai lain lagi murah. Jangan pandang rendah pada kedai yang kecik. Kain dia kadang-kadang lagi cantik dan banyak pilihan..
3.  Kalau siapa minat kain sulam timbul dan kebaya yang jual sepasang2 dengan kain batik tu...boleh try pergi kedai Suci Jaya. Pilihan banyak, harga murah...yang penting budi bahasa & layanan sangat baik.
4.  Kat pasar baru, akan ramai peminat kerumun2 kita, suruh beli barang diorang. Diorang yang kerumun tni takde kedai, tapi dia letak barang dalam beg2 besar...macam key chain ke...t-shirt ke. Jangan risau, kalau tak nak beli , tak payah marah2. Cakap je taknak, diorang tak marah pun. Kesal jugak bila tengok ada orang kita yang tengking2...marah2 diorang ni. Tak salah pun diorang nak cari rezeki kan, tapi hak kita untuk memilih bila membeli.
5. Saya happy bila dapat shopping barang banyak-banyaaak...tapi murah. :) :)