Dulu, masa kat U, bila first & second year stay @hostel, kalau ada duit lebih..memang syiok makan kat cafe hostel. Walaupun makcik cafe tiap2 hari pun masak sayur samapai layu takde colour hijau dah, kira grand sangat dapat makan kat cafe :). Kalau duit dalam poket senipis tisu, megi rendam air panas pun ok...nyaman je tekak.Cerita pasal cafe, dulu kat cafe hostel...ada sorang makcik tu kitorang panggil makcik garpu. Sebabnya,setiap kali kira harga makanan...dia pegang satu garpu. Lepas tu, bila nak kira dia cucuk2 nasik dalam bekas tapau.Haha.....makcik ni geram sebab student lelaki suka sorok lauk bawah nasik. Terutama telur goreng, dengan harapan makcik garpu tak jumpa & tak kira la harga lauk or telur tu. Hihi...teruk betul...tapi ye la zaman nakal2 dulu kan :). Tapi tak pernah pun rasa geram or marah kat makcik garpu ni. Makcik ni sentiasa je pegang garpu penuh senyuman. Rasa sayang lagi ada kat dia, sebab masa zaman tu dulu...segala jenis makcik, kalau tengok teringat mak kat rumah. Padahal...U dekat aje pun dengan rumah .
Ok itu cerita manis dulu2 pasal makcik garpu. Sekarang nak cerita pasal 'Makcik Sudu'. Semalam, saya & kawan2 office pergi ke U yang sama saya belajar 9 tahun dulu (waaaaa..dah semakin berumur...kihkih). Selesai urusan, we all pergi makan dekat satu cafe ni. Bukan cafe yang sama 9 tahun dulu...tapi kononnya cafe yang lebih canggih, dan tentunya harga yang lebih mahal.Hmm...but..I'm sorry to say ...itu la last time kitorang makan kat sana kot.
Bukan sebab harga tak sepadan dengan makanan ...walaupun bila order fruit salad...dapat beberapa ketul buah yang dah lama simpan dalam fridge pastu susun cantik2 atas pinggan besar, walaupun bila mintak chilli sauce berpeluh2 mencari sana sini , walaupun dalam menu ada pizza...ada pasta...tapi chilli flakes and tobasco pun takde...hmm...semua tu boleh diamaafkan..boleh pejam mata...sebabnya we all tau cafe tu student2 (not sure from which faculty) yang masak and part of their 'hands-on' activities...Yang membuatkan entry ni sepanjang panjang entry...yang membuatkan hati kami geram segeram2nya...ialah 'Makcik sudu' yang entah timbul daripada mana!!Kerana satu insiden saya tak sengaja jatuhkan beberapa sudu plastik masa nak ambik tisu kat kaunter bayaran...dan saya pun dah minta maaf pada student yang bertugas..hmmm remeh je dengar kan. Tapi makcik sudu ni tiba2 je jadi incredible hulk...mempamerkan perangai yang agak tidak sesuai dengan umur ...yela lebih kurang baya mak saya rasanya. Please la...have a life...ok!!Tak perlu la nak mengamuk and buang masa pasal benda yang remeh , and with that attitude...ada hati nak cerita pasal respect bla bla bla.Malas nak elaborate lebih...too annoying!! Lain la kalau saya baling sudu tu kena sanggul tudung makcik yang tinggi tu dengan sengaja kan. :) :). Hish...sabar sabar. Hehe.
To makcik sudu...tak kira apa pangkat sekalipun...sebab kelakuan tak menggambarkan apa2 kelebihan pun :
No matter how old or how young you are, no matter apa pun pangkat kita, no matter how much you earn every month, you have to learn self respect..if u want to gain respect. Let's earn respect before we ask for it. :) :). Smileeeee
Tapi...geram tu kejap je la. Sebabnya, nikmat yang tuhan bagi lagi besar...Alhamdulillah. Tak perlu nak pikir benda yang remeh-remeh. Sya dan kawan2 opis pun datang UPM bukan suka-suka nak jumpa makcik tu.Datang sana nak hantar reply card untuk tawaran sambung belajar @master level daripada UPM. Yesss, syukur. Bulan 9 ni saya jadi student balik. Haha. Tak terlambat kot kan...hope...masih pantas otak ni berpikir :). Seminggu 3 kali ada class after office hour sampai malam. It's ok...as long tak kacau weekend sangat. Doakan semuanya ok2 saja...doakan hidupku tidak seperti tongkang pecah ye...hehe...InsaAllah.
But...it's ok makcik, saya tak geram lagi...sebab saya semalam balik kerja saya masak Seafood Aglio Olio yang sangat sedap (walaupun seafood ny cinonet2...dah tu je yang ada dalam fridge). |
Senyum saya kembali manis with this sweet Banana Muffin *wink wink* |
Geram saya tak berpanjangan sebab weekend saya sangat 'Wonderful'
Selain buat kerja2 wajib...laundry yang menggunung tinggi |
Gambar daripada blog maksu http://mamatiamia.blogspot.com/. Makaceh maksu.. dapat makan sup tulang rusuk, ikan rebus yang nyummy, sambal durian yang walla & gulai labu.Tak perlu masak sendiri untuk semua kesedapan menjilat jari ni :). Hanya perlu pergi ke dapur cantik maksu saya di Kota Damansara...yang penuh dengan orang2 yang 'wonderful' dan makanan2 yang sangat 'nyummy. Makcik sudu pandai masak tak ? :) |
Makcik...kalau suka marah2...elok buat gardening tau. elok untuk kesihatan. Saya beli pokok baru untuk ruang tamu saya. |
Lukisan ni...saya beli thru ebay, sebelum masuk rumah tahun lepas. InsyaAllah...bulan 5 ni kalau Allah izinkan saya sampai sana..boleh beli sendiri kat sana. |
Opsss...makcik kucing saya tak jelir lidah kat makcik tau. Dia demam sakit tekak. Sebab tu lidah di terjelir je macam tu. Sian cookie...nanti kita pergi clinic ok. Love Love Love Senyum. |
3 comments:
secara tak langsung,terima kasih buat makcik sudu.kerana dia,post ini almost perfect.ada marah,kenangan,suka,geram,funny.saya baca banyak kali dan saya terliur dengan spageti dan zara.nice and sweet ikin.u marah pun tetap sweet.
Shikin nak pi Paris? Bestnya!! Pesan macarons Boleh?
hihihihi...naughty tau cat u.jelir lidah kat makcik sudu!!
Post a Comment