Thursday, November 24, 2011

Another year older, another year wiser..Alhamdulillah.

Lately ni memang dah jarang update blog. Kalau update pun pasal travel info yang dah berkulat tak habis-habis :). Masa tu memang dah tak larat nak kejar...cepat betul lariannya. Tapi...entry ni penting buat saya. Untuk kenangan...sementara umur ini masih dipinjamkan Allah. Bagi saya, setiap bertambahnya umur, rasa syukur tidak terhingga. Tidak pernah ada rasa kesalan dalam hidup. 31 tahun ...Allah kurniakan segala nikmat yang tidak pernah terbayangkan.Syukur. 31 tahun..hidup saya dikelilingi kasih sayang daripada keluarga dan kawan-kawan ketika meangis atau pun ketawa. Syukur. Apa lagi alasan untuk tidak bersyukur? Segalanya indah...setiap dugaan yang datang pun sangat indah bila semua orang yang kita sayang memeluk dan memberi sokongan. Terima kasih buat semua...

P/S : gambar kebanyakan daripada hphone. Sakit mata tak cantik harap maaf. Yang penting cerita setiap gambar kan? Kalau gambar tuan punya blog tersengih-sengih terlalu banyak, harap maaf....excited lebih agaknya. Hihi.

Terima kasih buat suami yang bertungkus lumus berusaha menjadikan hari jadi tahun ni hari jadi yang terbaik. Bukan hadiah jadi ukuran, tapi usaha yang saya tahu bukan senang daripada dia. Walaupun lately sibuk mengusahakan 'impian' kami berdua, rasa sangat 'wooww' bila dia masih sempat buat surprise sana sini...hehehehe walaupun ada yang kantoi belum sempat untuk disurprisekan. Paling menyentuh perasaan, usaha dia mengumpulkan family di malam hari jadi. Dia faham, buat isterinya.. dengan kehadiran keluarga ...rasa bahagia dia lebih daripada dapat diamond. Eh ye ke? Dapat diamond pun I happy yang :)



Weekend hari tu balik rumah mak abah...naik atas, masuk bilik...ada surprise daripada abah. Sukaaaa. Siapa ada tulis atas cermin lagi. Kreatif & sweet kan? My abah sangat kreatif. Rasanya daripada sekolah rendah, without fail pasti ada ucapan hari jadi buat kami (with Along) daripada abah dan mak. Dulu, kalau abah ada duit lebih, dapat la hadiah. Kalau tak, kad pasti ada. Kalau tak ada duit nak makan luar, mak akan masak sedap-sedap & buat kek buah. Bukan nak sambut berlebihan, tapi itu la time nak berkumpul and dapat makan sedap-sedap :).


Dapat lukisan yang sangat besar. Terima kasih mak & abah :). Hihi, abah siap cakap..."cottage english tu kin. Ko kan suko.Tapi yo la,abah tau ko tak suko kaler omeh omeh tu...ha ko tukar la bingkai dio"

Kat belakang gambar tu siap ada kata-kata yang penuh kasih sayang daripada mak & abah. As usual :). Cantik & kemas kan tulisan my abah.


Ni la kek separuh surprise daripada suami :). Order kat my cousin, ayan http://ayannmama.blogspot.com.hihi/, tak sempat nak surprise saya dah terbaca sms ayan dalam hphone hb "Abang din, kak ikin suka colour apa?". Hihi, sorry. Terbaca.Oppsss...buat2 surprise pun ok. :) :)
Thanks ayan & alang. Malam tu dapat call daripada ayan...and we borak2 gosip2 nak dekat 1/2 jam jugak. Haishhhh...I miss her so much.


Setiap tahun, Alhamdulillah, Alang tak putus hadiahkan ilmu buat anak sedara dia ni. Ye la, kalau nak harap anak sedara dia yang beli ...memang tak beli. My hb kata...buku ni bagus & mahal kalau nak beli sendiri. Thanks Alang. Loveee u.


Hadiah daripada my dear husband. Tahun ni takde hadiah lip lap. Dah sambung belajar, dapat la hadiah untuk buat assignment.:). Thanks dear.. will peluk this hadiah tak lepas2 :)

My Along  & brother in law. Thanksssss. Love both of u. Hihi, gelak ketawa along, buat semua masalah hilang sekelip mata. Terima kasih atas ingatan dan kasih sayang.Mmmuahhhh cium pipi gebu bulat along. :). Now...ikin pergi kerja asyik bau mark and spencer je sepanajang masa :). Jeling jeling jeles semua orang. Tima kacih.

Yayyyy, dapat hadiahhhhhh.


I'm happy, bersyukur and bertuah. terima kasih ya Allah.
Psst: gangster tak abah saya duduk . Hihi.

Ucapan terima kasih memang tak dapat membalas jasa mak dan abah selama ni menjaga, mendidik dan membesarkan ikin tanpa ada sikit pun kurang kasih sayang. Alhamdulillah. Mak & Abah doakan Ikin dikurniakan kesihatan yang berpanjangan agar Ikin dapat menjaga mak dan abah hingga ke akhir hayat. Doakan Ikin panjang umur , murah rezeki ..supaya dapat berkongsi segalanya bersama2.


Tiup lilin....

Oh....myyyyy...dah 31 dah.....ish ish ish...geleng kepala kiri kanan. Hihi.



Hehehhehe...makannnnnnnnn.Selain jeram, our fav place untuk berkumpul ...Tupai2 kat jalan dewan bahasa. Kepala Jenahak stim asam pedas...fav semua orang & udang bersalut salted egg fav saya :)

Esoknya, pergi rumah maksuuuuu. Yayyyy. Dua hari sebelum birthday, maksu dah sms , kata nak breakfast sama2 on my birthday. Maksu ku...kolam renang I tadahkan. Hihi. request maksu masak makanan kegemaran . Pagi2 takkan nak mintak asam pedas kan? :). Nasik lemak, sambal sotong santan & sardin goreng menjadi pilihanku. Ooohhh la la. Menjilat jari.
Maksu pesan : .." when a woman passed 30 years old,she is no longer a cake,which is a dessert to everybody,she becomes a bread..a more solid based in life..so that is what you are now..we love you very muchhhh..." Iyooo la...roti paun pun roti paun la. I lovee u maksu..mmuahhhhh.

Dapat goodie bag from maksu. The kenits, tia & mia jeling2 je Kak Ikin dapat hadiah. Hihi...no no ok. Not this time. Semuanya fav kak ikin...mask SKII, barang kemas forever21 & tshirt (Tia & Mia yang pilih). Loveeelyyy.I loikeee.


     Jommm tiup lilin. Ewah...semua pun muncung tiup lilin sama2. Sangat bahagia. Sangat gembira.

Terima kasih juga buat ucapan daripada keluarga & kawan-kawan yang lain...call, sms & facebook. Ingatan & ucapan ibarat satu doa yang berterusan buat kita semua.

Terima kasih buat kawan-kawan 'sejak sekolah rendah ' saya....suhaida, milia, niza jai, elyn & wawa...without fail we wish satu sama lain walaupun dah tuo macam ni ha. :). Kira halal la lewat satu dua minggu kadang-kadang :) (Selalunya aku kan...isk isk). Me and wawa...siap merajuk2 manja kalau salah sorang lupa nak wish birthday masing-masing. Sahabat selamanya ye gadis2 cantik.

Terima kasih kawan-kawan yang paling lama saya luangkan masa dalam seminggu :). 5 hari seminggu, 9 jam sehari. Hihi. Thanks erene & aufa. Love manyakkkk manyaaak. This two beautiful ladies...without fail membuatkan saya ketawa dan tersenyum sepanjang hari di pejabat...biarpun muncung di pagi hari, tak akan berpanjangan hingga ke petang. Biarpun berat beban di bahu...with them left and right...jadi ringan seperti kapas. Owwwhh..Love love love.

Nikmat, kasih sayang, rezeki, bahagia, senyuman, dugaan...semuanya manis dan mematangkan hidup. Syukur Alhamdulillah.

9 comments:

Dils said...

So much love from all around, from what I can see in this post.

Happy birthday. :)

s a l l y z a . s a i d said...

happy birthday kak ikin :)

Anonymous said...

Ikin, Happy Birthday. You have an exotic face. Love it.Beauuuutifulll

Ikin said...

Hi Dils, Happy belated birthday to us :).

Ikin said...

Thanks Sallyza :)

Ikin said...

Anon : Ishhh...**blushingg**. TQ TQ ;)

Aida78 said...

salam ikin happy bufday...semoga di murahkan rezeki dan moga berbahagia ke akhir hayat.

mohaini said...

touchingnya baca entry nie......lovelovelove.......muahhhh~~

Ikin said...

aida...tq.
Milia...love love..rindu ko la :)