Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Wednesday, August 3, 2011

Angan-angan

Semua orang suka berangan. Daripada kecik , dah pasang angan-angan... nak pergi sana, nak beli itu, nak jadi macam tu, nak pakai kereta macam orang tu..Bagi saya, tak salah pasang angan-angan. Bukan kena bayar pun. Diizinkan Allah, dimurahkan rezeki...berkat usaha, tak mustahil angan-angan kita jadi kenyataan.

Betul, dulu-dulu bila berangan rasa macam tak masuk akal.Tapi sekarang...dengan angan-angan tu la kita dapat apa yang ada sekarang.(Kalau masa kecik berangan nak jadi ultraman...tak dapat la sampai bila2 :).Tapi...nak jadi penyelamat dunia tak perlu jadi Ultraman pun kan?? :))

Bab jalan-jalan ni, masa kecik dulu...bila mak abah bawak pergi tasik titiwangsa naik angsa kayuh dalam air tu...dah rasa terapung-apung seronok dah.Bila makin besar , mula la angan-angan nak pergi sana sini. Syukur, walaupun tak semua jadi kenyataan...sekurang-kurangnya bila dah besar...kita dah boleh bawak mak abah kita pulak jalan2 :).

2006: Masa honeymoon, dapat jalan-jalan dalam Malaysia pun, rasa dunia ni ana yang punya. Hihi. Yela...masa tu Pulau Redang pun dah rasa luxury gila2.Bila cerita dengan cik abang...satu hari nanti nak pergi Rome Italy...dia kata..'wuishh...kemain'.Tapi...lepas tu dia kata 'InsyaAllah...takde yang mustahil kalau kita usaha. Tapi...Italy ye...hmmmmmm hmm'...panjang je dia punya hmmmmmmm tu.

Bila dapat opportunity pergi luar negara, company trip...rasa macam mimpi.Cubit2 pipi...ish betul ke aku dah sampai ni??? Selalu cakap dengan kawan-kawan..'Nasib baik company hantar...kalau duit sendiri...jangan harap la sampai sini'. Masa tu, tak ada duit pun nak pergi berdua. Bila kita dapat pergi...dia tinggal, bila dia yang dapat pergi,kita ni melopong la tunggu dia bawak balik gambar :). Tapi...kita terus pasang angan-angan...'Takpe...nanti kita ada duit...kita pergi berdua'.





Pelan-pelan kayuh...percutian luar negara pertama yang kitorang pergi berdua...Bali :).Itu rasanya kenangan yang sangat manis & indah. Walaupun budgetnak pergi sana tak sebesar mana...masa tu rasa lama nak menyimpan untuk sampai sana.Sikit-sikit...jimat-jimat :).Tapi kaya ooooo...bawak juta-juta tau......rupiah.

2011: Walaupun angan-angan ke Rome , Italy....masih kekal angan-angan . Tapi , angan-angan nak ke Eiffel Tower berdua, angan-angan nak pergi Notting Hill (ni Hugh Grant & Julia Robert punya pasal la ni :))......jadi hadiah anniversary buat kami berdua tahun ni :).

Senyum la sampai hari ni..walaupun bulan 5 tu dah 3 bulan lamanya berlalu..*wink wink*



"Shoot for the stars. You may not get the stars--but you may get the moon." Carlton Young
Bye bye dreamers :).

Monday, February 28, 2011

I wish everyday was Saturday....

We had Fun:) :) :)

I love the smell of .... Pavillion :)

Owhhh... I lurveee this too. Bukan yang kilat2 tu ye, tapi yang belakang sekali tu. Wangiii... :)

Smile smile. MNG new collection best. Banyak baju yang labuh-labuh, sesuai untuk yang bertudung...with 'timeless yet trendy' style.


Lunch  at Ichiban Ramen...
'irasshaimase'

We love Ramen..


Beef  ramen...

Mine...Spicy Chicken Ramen...nyum nyum


Ni apa ntah nama dia...tapi sedap...


'Bergumbira' mood...
Hb cakap, lama dah kita tak beli cd lagu. Dulu every month mesti beli fav cd masing2.
Ok, jom pergi speeedy. Ceh, ada orang skodeng la...hhahaa.

Mahalnya rasa harga CD ...sebab dah lama tak beli. So, beli sorang satu je.
My hb bought his fav rock band cd (my fav too...) - MUSE
ME- beli soundtrack album,  'ONCE' lagu2 daripada Irish musical film.  Suka sangat cerita ni...all the busking scenes were filmed on Grafton Street Dublin ( My fav place...sebab dah sampai sana ...:))



Fun bila buat benda yang dah lama sangat tak buat berdua. Mula2 nak tengok wayang, penuh pulak. Sebelah je GSC paviliion tu...ada Red Box.Hmm...apa lagi 'menyumbangkan' suara la. Ketinggalan zaman betul rasanya...semua lagu pun tak familiar :).

Ha, gambar tangan je la ye. Gambar muka tarik2 nak putus urat leher, urat dahi...biar la jadi tatapan peribadi. Hahhahaha.
Tapi ok la kat Red Box ni, siap ada Lunch or High Tea sekali. Sesuai untuk family jugak.

Sebelum balik, singgah shopping roti @  The Loaf - Tun Dr. Mahathir Mohamad's personal business venture. Sedap la chedet...roti dengan mini cheese cake chedet :).



My fav...





Uhuhu Mini Cheese Cake.... Nyummy. Milo flavour ...oohlalala



SUNDAY- Seteleh bergumbira sehingga habis suara di hari Sabtu. Hari ahad...kembali ke alam realiti.:)

Pergi pasar seksyen 6, beli barang serba sikit...ready untuk masak. Semalam dah jadi tekak jepun, hari ni nak makan tekak sendiri.


Sushi sesedap mana pun, mana boleh lawan petai yang sangat wangi ni.


Wasabi pun tak boleh lawan sambal gesek ni tau...

Oittt...Ikan masin sepat sedap sangat ni...


Sayur tauge goreng kicap....nyum nyum

Ini lah pemusnah segala diet.... asam pedas ikan jenahak dengan bunga kantan. Kalau beli kat kedai...pekat 
berminyak. Kalau masak kat rumah...boleh buat cair2 & masam2 tu...sedapnya.


Aktiviti wajib di hari minggu.  Outdoor activity for a healthy lifestyle. Wah, ayat cover lepas makan nasi sepinggan. Yeayyy...gardening.
My Petunias...

My roses...


Blooming...blooming




Exercise....exercise..... :)

****A fabby weekend****

Thursday, February 17, 2011

...idle for too long...

Sorry for not updating... :(. Too busy lately. Lame excuse kan ? hehe.

Since tahun ni ramai yang nak pergi bandung...kawan2, family... & ramai yang tanya bila nak share my experiences, photos, etc @ Bandung last year??

My next blog post will be : Bandung yuk Bandung!! Tungguu..

**Vacation Mode**


Image Courtesy of http://www.stardustmovies.com/

Friday, July 2, 2010

blooming...blooming..

How was your day?

Like a blooming red rose.

Hati rasa berbunga bunga.
Sesekali berkumpul dengan rakan sekerja, memang la sangat seronok. Diorang ni je la yang faham dan tahu...segala rasa gula dan kopi di pejabat.Ye, tak perlu kita kusut-kusut kan kepala kalau dah stress sangat, tak perlu cari en.Mozart untuk tenangkan hati...cuba cari jalan walaupun sekejap untuk lepaskan kepada orang yang faham. Hasilnya...hati ku berbunga-bunga seperti rose merah.


Garden, lifestyle store and cafe @ The Curve


Bila rasa seperti kepala mau pecah...rasanya Garden cafe ni, memang sesuai untuk dikunjungi selepas kerja.

Bila rasa mau dating cintan cintun...pun sangat sesuai di sini.Food kat sini portion nya kecil-kecil...tak perlu risau jika si gadis takut nampak seperti kuat makan.Boleh bukak mulut kecik kecik depan si arjuna tanpa merosakkan gincu di bibir walaupun dalam hati...rasa macam nak suap semua sekali gus aje.


....very comfortable & garden lifestyle feel....


... great place for gathering and had some tea with your friends....


....Everything is in white and green.....




...grand white piano...





The restaurant was decorated with fake flowers and leaf....

Kita boleh beli bunga-bunga kat sini ye...kalau ada price tag tu...maknanya...belilah saya..







...Everything is so pretty here....menu pun cantik




Garden Blackpepper Chicken..I think the gravy was too sweet for me.

 + 

Soup of the day..Tomato potato soup...Sedap!!




Spaghetti Aglio Olio




Spaghetti Carbonara


Ada la kekurangan sini sikit sana sikit...di mata saya la:
++walaupun ada aircond, it was still a bit hot sebabnya there were no doors to separate the outdoor area and indoor....
++food pun so so aje, tapi with affordable price la. .
++Menu dia common sangat, nothing special. Still tak boleh lawan Italiannies, Tony roma's  & Chili's...

Terima kasih ye gadis manis  yang sudi belanja kami di tempat yang berbunga-bungi ini.


Tak cukup dengan segala jenis bunga...gadis manis belanja lagi kami makan Ice Cream..sempena 'Baskin Robbins Pink Wednesday Free Single Scoop'



Show me pink...opsss...apa yang pink ye..hmmmm...ooo ye...



My Blush Brush...owhhhh terasa sungguh bimbo...hahahahha.


Tapi...untuk rasa gembira...untuk rasa riang tersenyum tawa...tak perlu pergi mencari di mana-mana.Sepatutnya , di rumah la tempat yang paling tenang dan seronok sekali.Tak perlu setiap kali untuk memujuk hati...perlu mengheret kaki ke Garden cafe yang penuh dengan bunga-bunga plastik..

Cukup la di taman kecil yang penuh dengan bunga segar hasil tanaman sendiri, di siram sendiri, di baja sendiri......so siapa lagi nak puji ..kalau tak diri sendiri ... :).
Cukup dengan lemon tea di tangan......bersantai-santai mencuci mata...sudah cukup membahagiakan.






They're all such a joy to see and brighten my day...

happily blooming...



Tak perlu beli bunga di florist yang mahal, petik sahaja apa yang ada...sudah cukup menceriakan pagi.



Tak perlu chicken grill atau tomato potato soup.... udang masak lemak cili api dengan kambas pun sudah lebih gah daripada hotel 5 bintang.

How was your day?