Tuesday, July 29, 2008

Maksu, blow out your candles on your cake and make a wish!! :) - 29 July 2008

Happy Birthday Maksu!! I wish you more than a wonderful Birthday and I wish you the happiest.

Maksu.......people who inspire me. People who like to have fun and can also carry on an intelligent .... Dari kecik I selalu nak jadi macam maksu. Balik kampung ambik buku dewan bahasa maksu yang tebal tu and baca. Umur 3 tahun...dah pandai baca...and sibuk nak baca Gila-Gila maksu.Album masa kecik penuh je dengan gambar maksu ajar I jalan and tatih.Mula2, start keje, I pakai baju maksu bagi...sampai dah kawin pun still pakai baju dia :).Ha...gila shopping kat Metrojaya pun maksu la yang ajar...ehehehehe.Maksu... I love u so much.We share almost everything....

Masa sekolah, always ikut abah pegi ITM tengok maksu...and masa tu bertekad nak berjaya macam maksu. Nak jadi Lawyer...walaupun lastly...hahhaa...mengadap komputer je.Even sampai maksu dah kawin, maksu sentiasa jadi inspirasi Ikin. U teach me how to show love...sayang pada mak abah, sayang pada suami, sayang pada keluarga...and yang paling penting sayang pada Allah.



Has a gift for giving ...I can trust her to be my side


Guess who's birthday ??

Some combinations just can't be beaten ...haahhaa

Happy tears holding new born baby for the first time...Proud of her.



Looking back over my shoulder... still can see her...standing...still. TQ maksu.
Love Maksu, Paksu, Tia and Mia from Ikin & Din.


Monday, July 28, 2008

Art, Nature, Bargaining, Gentle People, Spa Q, Crazy Talk- Bali, Day 2

We woke up early to catch the sunrise....tapi rupanya tak cukup awal...kat sini cepat betul cerahnya.Kena bangun kul 5.00 pagi baru boleh tengok sunrise. Sebenarnya since dah bangun awal and too early for breakfast, we had really enough time to jalan2 around hotel. Semalam penat sangat, tak sempat pun nak jalan2. I force Din to snap my pix berangan konon dalam movie seram. Haha. Betul, pagi2 it was a bit misty, so...memang macam dalam cerita mistik je.Tapi hotel2 kat sini memang detail dia punya art. Every single dinding kat situ...ada art yang tersendiri. Kain yang macam kain pelekat hitam putih tu, memang trademark kat bali.Exotic je kan nampak?

Early Bird....Misty Morning...



We walked along the beach, all the way from the hotel . The beach area in front of the hotel was quiet and deserted.Sunyi je...kalau ada pun...local people yang turun cari rezeki.Rasa tenang je...walaupun pantai kita lagi cantik. Sini cam tak confident nak mandi, sebab banyak anjing.Jinak2 pulak tu anjing kat sini.Orang belanda kat sini, banyak yang datang and buat macam rumah sendiri. :). Sekali datang diorang ni duduk dalam sebulan, dua bulan.


U jump...I run...hehee

Then it was time for breakfast.....Ok la makanan kat sini...tak banyak choice...tapi yang penting halal. Tapi..kalau mintak half-boiled eggs, dia bagi hard-boiled eggs. Sampai kitorang balik macam tu.

Pagi2 tu, kitorang discuss dengan our tourist guide provided by the hotel , nama dia Lamas. Kuatnye haiii bercakap dia ni. Baik hati betul. Really soft spoken. Tagline....'Caranya memang begitu ya..'.Haha. Banyak jugak knowledge dia pasal Malaysia. Sibuk nak datang Malaysia and nak pergi penang.Throughout our trip, we experienced good service from Lamas...Really.

So , lepas nego harga, he agreed to escort and introduce the interesting places base on our request. I and eryn dah buat homework siap2 before datang. Geleng kepala orang laki tgk. berjela2 kertas kitorang keluarkan. Lamas suggested that we commence the trip early, to see the Barong Dance which starts at 8.30am. Although the idea was tempting, tapi kitorang decide nak tengok Kecak Dance on the next day. So we skip that part.

Day 2 Trip Began

Kalau nampak kereta macam ni at Bali, maknanya dalam tu ada pengantin...kira budaya diorang la ni.

From Sanur we got to a place called Celuk for silver demonstration. I beli butterfly brouch. Cantikk.... Halus sangat buatan dia. But quit expensive. Lama kitorang duk kat kedai tu nak cari benda yang paling murah.

We went to a Batik store, Sari Amerta Batik Collection. There is a batik demonstration at the entrance. We watched how the batik and the songket are made there. Kagum...walaupun the techniques making lebih kurang sama kat Malaysia, beza dia design dengan motif. Frust jugak dengan si Lamas ni sebab dia bawak kat kedai mahal. I did not even bother. I just looked around, sebab bagi I batik Terengganu lagi halus.

Singgah kejap kat kedai lukisan...apa ntah nama tempat ni...lupa dah. Tak minat sangat..sebab banyak motif haiwan dan manusia.Pastu the painting banyak menggambarkan Hindu epic such as Ramayana story.

We then went to Tegalalang to enjoy a nice view of terasering system (macam tangga kan?) of the paddy field, a traditional practice that has been done for hundreds of years. Subhanallah...cantik sangat rasanya.Kalau datang masa padi masak lagi cantik. Tapi, masa ni takde mood nak ambik gambar.Bad mood masa ni, tapak kasut tercabut. Kena pakai sandal beli kat Bali.Tension...small fight with Din. sorry honey..ehhehee

Kat tepi2 tu banyak nampak kedai jual alas meja yang kait tu...colour putih. cantikk sangat.Tapi, kat sana , kejap2..budak2 jual pensil datang...ramai pulak tu. so tak berani nak start beli, takut kena kerumun. Tapi serius...alas meja tu cantik...menyesal pulak tak beli.

Video Klip...memori daun pisang....ahakss


Side of valley ...Din love Tegallalang for its beautiful rice terraces field



After almost 45 mins driving uphill, we arrived at Kintamani.Sejuk jugak kat sini...macam Cameron Highland kita la. Kintamani is on a hill that overlooks Mount Batur, a volcano, and the Mount Batur lake. It was a bit misty, but still boleh nampak the mount and the lake.



grandiose, very scenic...


Kalau u all boleh nampak dalam pix ni, the dark strip is actually made of lava. The volcano is still active according to Lamas. As he said that, Kintamani tu diambil sempena nama Anjing Kintamani.Ada la dia cerita sejarah pasal Kintamani...tapi I sibuk ambik gambar sambil penat melayan vendors yang ada kat tepi2 jalan ni. Ramainya...datang nak menjual barang. Sampaikan nak ambik gambar pun tak boleh. Almost hilang sabar, tapi bila pikir balik, ni la punca rezeki diorang...sabar yo la.




We then had our lunch at Restoran suling Bali- a nice Indonesian buffet .Banyak lagi restoran yang best, tapi yang ni halal. Again, Lamas turned down our offer to join our lunch. The food was so-so, but having it with the view of the mount and the lake was priceless! Walaupun...kat depan cermin tu beratur orang2 dok jual barang kat kita. We tried fried banana with honey - pelik kan. Tapi eryn kata sedap...biasa je for me. But the Balinese pulut hitam were heavenly .


Bye Kintamani....



On the way back, we all singgah Desa Bangau kat- Desa petulu, ubud. Kat Bali diorang panggil bangau ni kokokan.Tak ramai yang tau tempat ni. Lamas la sibuk je bagitau tempat ni la...tempat yang dia paling suka kat Bali. Masa sampai tu terkejut gak, banyaknya bangau kat tepi2 sawah and atas pokok. Putih je nampak macam kapas. Yang peliknya...kat situ je ada bangau. Lepas je sempadan kampung tu..memang takde langsung.

Kat sini, ramai yang jadi tukang kayu. Kalau lalu dekat rumah diorang..kita akan sentiasa nampak diorang bertukang. Rasa insaf bila tengok kesusahan hidup diorang. Rumah diorang betul2 kecik, tapi masih menjaga budi bahasa dan hormat orang.







Gayat kejap masa ni...haha...macam rusa masuk kampung.



lari..lari...berak bangau nak jatuh atas kepala..

Semua rumah diorang macam ni...

Yahoo....its time for stuff bargaining at Ubud Market. Kat sini memang takde gambar langsung. Sebab kecoh nak shopping. Din yang pegang video...sampai pening kejar kitorang. Kalau tengok video memang kelakar la...kecoh tawar menawar. Bergaduh pun ada...dengan rude vendor yang jual t-shirt . Bila tawar je dengan dia...boleh dia kata' kalau betul gitu harganya...saya boleh bagi berkodi-kodi'. Sakit hati betul...padahal kitorang dapat pun harga macam tu kat sebelah. Rasa macam nak pergi balik and mintak berkodi-kodi tu.

Bila bab tawar menawar je...memang I la jadi kapten. ishhh. I went to the market always start haggling with 50% of their asking price.They are always willing to sell even at the smallest of profits, if they don't agree to what you're willing to pay that means terlalu rendah la sampai tak boleh nak go.

Tapi, tempat tu panas nya tak boleh nak cerita. Berpeluh2 kejar sana sini.Naik2 je, nampak kedai batik yang pertama terus je beli, sebab dah rasa murah . Padahal kat bawah lagi murah. Semua benda ada jual kat sini :sarongs, art and antiques, wood carvings and stone carvings, hammocks ,handbags, beg mengkuang yang bawak g ngaji tuh,paintings and plates, kites , etc. Tingkat atas more to batik , table linen, shoes, and toys.
Orang laki...surrender, tunggu kat luar. hahaha...tak terkejar diorang ni.


Balik tu, sebab penat sangat...pegi spa to relax. Ok la...murah sangat2 kalau nak bandingkan dengan Malaysia. Cuma dari segi kebersihan kurang sikit.
Balik dari spa, dah pukul 11.30 malam. Sanur tu macam kampung kita, pukul 11.30 malam macam dah sunyi. Kedai pun banyak dah nak tutup. Dah la penat, kena carik kedai makan dalam hujan pulak. Mula, nak makan kat reggae cafe, tapi, bisisngnya kalah disco kot. Nak borak pun tak boleh.Last2...makan kat Grand Bali Hotel...tepi Sanur Beach tu jugak. Masa ni semua dah tak betul...Record suara masing2 la...bagi wish family kat KL la..haha...lapar bangett

Alamak...ni je ada?


Gado-gado


Semua dah keletihan.Balik hotel...memang terus tidur...tak sedar apa dah...

Happy Birthday to You!! - JAI, 27th July 2008


A day late ..... sending you Belated Birthday Wishes! Happy Birthday Jai. :). (Blue tudung with blue baju kurung)

She is truly a special person....Jai,I hope u do find a prince charming...semua orang tak sabar ni :)
Good times when good friends around...

JAI's heart was always open to those in need .... selalu jadi pendengar yang setia. Even di tepi longkang..hehe...ingat tak Suhai? Wawa duk buat lawak bodoh pun...dia gelak je. Amik hati... :)

Thanks girlfriends!! I have many good friends.....who I share my happiness and sadness....Alhamdulillah.





Jai.....Thank you for being my friend. Masa sekolah rendah dulu berebut aku ngan wawa nak jadi kawan baik ko. Haha. Alhamdulillah...our friendship kekal sampai hari ni.
-Ikin-

Tuesday, July 22, 2008

My last weekend? Bundle of Joy and Filled with LOVE!!

Last weekend, maksu, tia, mia and uwan datang rumah abah petang tu. Havoc!!Dah lama betul rumah abah tak kecoh macam tu.Tia mula2 sampai, baru bangun tidur, so terkejut...nampak kitorang je...meraung menangis. Abah sampai kena menyorok, sebab nampak muka je...huwaaaaaaaaa. Tapi lepas nampak nomok...terus suka..miauw...miaw. Nomok pun perasan lawa...guling2 atas lantai. Kena la kutuk ngan kitorang.Mia ok...tapi moody sikit...So sorry Mia. Kak Ikin tak dapat tangkap gambar Mia banyak sangat...asyik jerit je dekat Kak Ikin...:)
We had a great time relaxing, eating like kings and the girls screaming at fish and cat .It was a perfect weekend. Here are some pics from rumah abah...

Our tortoise tengah tunggu 2 budak nomok...actually ada dua tortoise ni. tapi sekor lagi menyorok...terkejut dengar Tia and Mia jerit2 kat diorang...eighhh...eighhhh...Ha...muka cam tak puas hati jek...
Uwan...senyum2 ada makna tuhhh...
Owh...senyum suka dapat makan durian...Ikin pun suka ...hahahhahaha. Sebenarnya happy tengok kerenah cucuk nomok dua orang tu...

Maksu berjaya pujuk Tia masa nih...abah kat belakang senyum je...kena menyorok takut Tia nangis

Try to show her new pearly whites....eh tak nampak la gigi dua batang tu..


Mia...mood tak ok sangat...it looked like she was playing a game of peek-a-boo with 'comot' ..

Buat Caramel Croissant Pudding for them...my favourite too...

Nyummy.....


Semua serbu uwan lepas sembahyang...suka main2...bantal kat situ..main tasbih buat rantai. Diorang berdua ni suka betul dengar Azan. Alhamdulillah. Bila azan je...masing2 senyap tak lekang mata pandang TV. si Mia...siap angkat tangan nak sembahyang..Tia pulak...pandang atas cam berdoa tu...

Love to all.Hmm...penat la...ajar diorang tatih. :)