Tuesday, February 10, 2009

Must try!!Easy to make and fast to go... Ice cream Cake.

If u all tak suka regular cakes, muak, too sweet..
If u all tak suka buat kek, leceh, malas, kek bantat...

...tapi still u need a cake...to celebrate, to serve ur friends, ur family, ada special occasions or just untuk everyday pleasures..
U must try this easy Ice Cream Cake. I cilok idea from Nigella, customize sana sini...sesuaikan dengan bahan2 yang senang dapat kat supermarket kat malaysia ni. I always create a sort of mini project i gave myself to cook a good number of dishes from Nigella.Tak sabar2 nak share dengan semua ...sebab cake ni senang dan sedap...mesti cuba, dan I believe ramai yang dah cuba.

U just need:
Any brand of vanilla ice cream ...tak payah mahal2, honey roast peanuts ... I beli yang dalam peket kecik2 tu,Cadburry Crunchie bar..broken into shards and dusty rubble & Oreo biscuits yang cream dia chocolate, bukan vanilla,broken up into crumbs .

** Nak senang...Crunchie bar dengan oreo ni just masukkan dalam plastik...and ketuk dengan lesung batu

mix je semua bahan2 ni....dalam bowl besar...Masukkan ice cream mixture dalam springform tin ...pastu flattening the top like a cake, and cover the top with clingwrap and place in the freezer to firm up...itu je.
Serve the cake straight from the freezer...tapi punya la masing2 tak sabar...belum keras penuh lagi dah potong.Potong and serve with the butterscotch atau chocolate sauces.Kalau original recipe, u need to serve with butterscotch sauce...tapi...I malas nak buat..so...dalam fridge ada hershey chocolate sauce...guna je la...sedap jugak. Last sekali..sprinkle the top of the cake with the extra crumbs kalau ada lebih. Tada...dah siap...senang kan??



This is a homemade Ice Cream Cake by yours truly.

Tapi kalau u all malas jugak...order je kek kat http://e-chocoholic.blogspot.com :)


Friday, February 6, 2009

Kick-Start 2009

**Please scroll down to read new entry***
If you love my 'Biskut Sampan' like I do :) , you will love these chocolate cakes!
Please visit my new baby :




Fresh from the oven...

Just Arrived!!
Seronoknya...baru je sampai sejam yang lalu kat office...from Kinokuniya.
Teruja sangat nak baca , terutamanya bila Ida & Kak Ita kata , shopaholic novels ni best...

Reading is not my typical lunchtime activity..tapi hari ni...nak baca buku sambil kunyah Roti Gardenia Butterscotch..

Wednesday, February 4, 2009

Cerita Kita..



Seronok la kita pergi jalan-jalan kat kat Kuala Terengganu hari tu kan? Walaupun pack sangat, sebab kita pergi sekejap je, tapi best la,macam-macam kita buat. 3 hari memang tak sempat nak buat apa, terutamanya bila drive ke sana. Penat drive tu je dah dua hari .Tapi penat-penat tu, bila duduk tepi pantai, borak-borak kosong, makan jagung bakar tepi pantai waktu malam...memang best. Teringat pulak dulu kita honeymoon kat Pulau Redang. Kelakar sangat, masa tu bukan ada duit sangat...duit habis masa kenduri kawin. Nasib baik ada matta fair...merasa jugak honeymoon kat redang. Sejak hari tu kita jatuh cinta dengan makanan dan pantai kat terengganu. Banyak kali kita kata nak pergi lagi. Alhamdulillah kali ni kita sampai lagi. Dapat la release tension ...walaupun sekejap tapi bermakna sangat.Jom..jom...kita ingat balik apa kita buat kat terengganu hari tu..
Masa pergi tu memang excited, terutama bila dah start nampak pantai kat area Kemaman dengan Kertih.Seronok tunjuk pantai sana sini. Snap gambar kiri kanan. Nampak petronas pun macam jakun je.Tapi tak singgah pun sebab nak kejar masa sampai hotel. Tambah pulak penat , lapar dan panas. Kita berenti makan kat Kemaman sebab nak makan satar dengan otak-otak panas kat kedai Che Wan. Everytime pergi Terengganu and Cherating, kita tak pernah miss pergi kedai makcik ni sebab satar dengan otak-otak dia memang sedap. Sampai-sampai , makanan tak start masak lagi, tapi satar je la tengah bakar. So, apa lagi, macam tak pernah jumpa satar, tak sabar2 nak makan. Kita makan kat kedai makcik tepi jalan yang kecik dan usang je. Kecik je kedai makcik tu, ais batu pun tak jual, jual air panas je,tapi sedap. Selalunya kalau makcik tua yang masak, gerenti sedap.Yang datang makan kat situ pun, pakcik2 nelayan yang dah tua yang memang duduk kat dekat-dekat situ. Tapi kita berdua tak pandang kiri kanan dah masa tu. Lapar sangat.
Ramai yang tanya kita kenapa tak duduk kat pulau je. Kenapa duduk kat Primula, dalam pekan ? Sebenarnya kita kan datang sebab nak pergi kenduri kawin Chepo kat kota bharu. So, kita menyelam sambil minum air la ni. Bukan takat minum air je dah..makan selagi boleh makan dah ni.Ok la jugak kan, primula ni. Kita pergi pun , time keja.So tak ramai orang, aman , nyaman dan tenang. Kita dapat bilik mengadap laut. Cantik.Tapi, pantai dia tak boleh mandi. Bahaya, ombak kuat, pastu pantai dia macam kedalam...tak landai.Kita banyak habiskan masa berdua duduk tepi pantai ...borak-borak..tengok-tengok orang, kutuk-kutuk orang, hihi. Seronok la kalau hari-hari macam ni.Kan best kaalu ada rumah tepi pantai. Macam cerita jepun sedih yang mamat pandai gunting rambut tu...'Beautiful Life'
Bila dah boring mengadap laut, kita jadi budak-budak kat situ. Orang tak peduli pun kan?Main playground la, main catur gergasi la..macam-macam.Puas hati la dengan primula hotel ni. Memang la tak secantik hotel or resort kat pulau atau tempat-tempat lain dekat Setiu macam Aryani tu, tapi service dia memang tip top. Pekerja-pekerja dia cantik-cantik, lembut-lembut, baik hati dan sopan santun.Kita boleh lupakan la kekurangan sana sini dengan layanan diorang . Kalau nak buat family gathering kat sini pun sesuai, kemudahan dia lengkap semua. Nanti kita plan tau family gathering kat sini.Kita berdua suka primula, tak tau la orang lain..
Tapi kita kena ucap terima kasih la kat pengantin baru 'Chepo &Yana' yang sudi menjemput kita datang kenduri diorang. Sweet betul couple ni.Sedap betul makanan dia, ada pulak kuih akok yang original. Kepada Chepo dan Yana, Selamat Pengantin Baru, semoga perkahwinan kekal sehingga akhir hayat. Thanks sebab menjadikan kitorang berdua sebahagian daripada hari indah dan cerita cinta korang.
Lepas kenduri , dengan pakai baju kurung, heret la kain labuh tu pergi shopping tudung kat Pasar Siti Khadijah. Memang murah.Beli tudung segala ada warna, beli telekung sulam yang cantik, beli baju, seluar, selipar.....semua murah.Balik daripada Kota Bharu tu, kita singgah je mana2 pantai yang cantik, snap gambar sana sini. Kagum la kan dengan masjid-masjid kat terengganu. Semuanya cantik. Pantai pun biru je, bersih...
Last day tu, sebelum balik kl, kita sempat pergi masjid kristal. Ye la orang duk cakap sana sini pasal masjid kristal, nak jugak la pergi tengok. Alang-alang lalu Kampung Losong , untuk ke masjid, kita beli keropok losong. Beli sikit je, sebab plan nak beli keropok kat kemaman. Tapi ...... bila rasa, SEDAP,macam tak cukup..SANGAT SEDAP. 10 batang tu...sekejap je masuk dalam perut. Paling sedap keropok yang kita berdua pernah rasa.
Kat pasar payang kita sambung aktiviti shopping...beli tudung, beli batik,macam-macam kita beli kat situ. Duit mengalir macam air terjun.
Agaknya kalau perut kita ni boleh bercakap, mesti dia kata 'stop...stop...dah penuh' sebab kita kat sana makannnn je. Dah jadi stokin dah perut kan? Sumbat...sumbat selagi boleh.
Kita makan ayam kampung, ikan bakar, sotong bakar...
Nasik dagang kat pasar payang tu memang sedap..

Cili solok lada ni pun kita borong...sedap buat solok lada...tak pedas

Kita makan sotong goreng tepung kat kemasik. Sedap , sotong dia fresh, manis. Kena betul dengan air jagung. Air jagung dia terasa jagung dia , bukan macam kat KL, colouring je banyak.Makan pulak kat tepi pantai, angin bertiup sepoi2 bahasa...cewah.
Banyak sangat kita makan satar ngan otak-otak kat sana...sampai bawak balik lagi ..tak cukup-cukup.


Best la , kita berdua rasa macam nak pergi lagi kan...kan?



Thursday, January 29, 2009

I read...Confessions of a Shopaholic by Sophie Kinsella


Selalunya I suka baca buku Sydney Sheldon, Stephen King...Tak pernah pun baca buku 'chick lit style' ni. Saja-saja beli buku ni masa pergi MPH with my mum...masa CNY...and kebetulan buku ni ada SALE 20%. Lagipun ramai la kawan2 suruh I baca buku ni...sebab I suka shopping. Hmmm...konpius ni...kenapa la depa suruh baca buku ni sangat...



The book follows Rebecca Bloomwood who is deep in debt solely because of her shopping excesses. The irony of all, she is a financial journalist writing for Successful Savings magazine.



The result = It got me hooked on Sophie Kinsella.Whushhh..This not a really deep book. Tapi baca buku ni macam tengok my all time favourite 'The Nanny' kat TV.Ramai orang tak suka cerita ni because of the voice and accent, tapi I suka. " la la la...She was working in a bridal shop in Flushing, Queens until her boyfriend kicked her out in one of those crushing scenes..." .


I think that most females will find themselves in Rebecca atau Becky, watak utama buku ni. I bet most of us have thought once or twice on the same lines as Becky does bila dia try to excuse untuk beli barang mahal tapi tak practical langsung. :).Her justification for buying things are hilarious and the scene where she was trying to make her own curry made me laugh so hard! Scene ni just cracks me up because I've done the same thing she did bila cuba resepi yang susah and ntah hapa2.

This would probably be a good read for true shopaholics. My husband always told me that I had a serious shopping problem, and when I read Confessions of a Shopaholic I was horrified because I realized how incredibly close my life related to hers. The situations she got into made me LOL and worried in the same time because I had done a number of them , contohnya buying things because in the long run it would save me money : buy 2 free1, hiding my shopping bags from family especially from my mum and now from my husband , tak boleh nampak kedai yang ada sale :mark and spencer, nine west,guess, free gift.

For me, the book was completely believable and made me laugh because I'd been in her shoes at least 50 percent...but in other ways , tak seteruk Becky . Mintak dijauhkan.

If you like to shop....this book is for you! Maksu, Suhai, Haniza...apa lagi...hihi.

Tuesday, January 27, 2009

My heart is full, as well as a few other parts...

Why??I think it's a perfect time to sit down with my blog friends and tell you how happy I am..Hihi...
.
.
.
.
.
.



Happy box datang drpd US, and this is what’s sitting on my kitchen counter right now. :)
Kitchen Aid Artisan Standmixer

It’s a KitchenAid Artisan 5-quart stand mixer. I’ve been wanting this for a while, and finally got the chance to buy it. Itu pun bukan beli kat sini. Kat sini mahal la sangat2.Kirim kat my SIL, yang study kat US and balik for good.. Dr.Samsuzana :).Kat sana murah...banding kat sini.

TQ sangat2 kat Yana..kish..kish...mmuah...mmuah. I absolutely love the Red Kitchen Aid Mixer plus ur gift yang best sangat.:)




So...sempena her wedding reception ... I buat special fruit cake + frosting with cream cheese for her.TQ again.And congratulations!! More pix and stories about her wedding...tunggu next entry.






What to buy next?..........extension for my KitchenAid standmixer!




Tuesday, January 13, 2009

2009: I welcome you with an open heart :)

2008 was an amazing year .So much to be thankful for : my wonderful husband, my wonderful family, remarkable true friends, a job that makes me feel like a fully grown up person and fun times with everyone .

Part of me is overwhelmed by all the rahmat ,kesejahteraan dan kebahagiaan yang tak terperi daripada Allah S.W.T. Syukur kepadaNYA. Semoga kemanisan yang diberikan pada tahun 2008 tidak melalaikan dan all the bitter sweet experiences tidak akan melemahkan.

Semoga tahun 2009 akan dipenuhi dengan kejayaan dan kebahagiaan, a year to care and share, to love wholeheartedly, to become stronger with every challenge thrown in our paths and to become wiser with each new experience.Cheers to 2009.


Semoga tahun ini lebih diberkati dan dirahmati...


Semoga ikatan kekeluargaan akan lebih erat dan kuat....


Semoga kesibukan dan kekusutan yang melampau akan berkurangan..:) (Bos, pinjam meja)



Semoga chocoholic akan terus maju...hehe


Semoga kelebihan yang diberikan Allah akan digunakan sebaiknya ...

Semoga pershabatan yang dibina sekian lama berkekalan sampai bila2....

Semoga rintangan dan halangan dihadapi bersama2 dengan tenang...



Dan semoga kemeriahan dalam tahun ini akan bertambah bila budak nomok dua orang ni makin besar.
Amin.