Friday, February 18, 2011

Bandung 5 Oct 2010 - Day 1

Cerita bandung ni dah lama sangat tertangguh. Hope dapat ingat balik sikit-sikit, kalau ada yang tertinggal, kawan-kawan yang pergi sekali tu boleh la tolong tokok tambah. :)Trip ke bandung ni sangat singkat, sangat 'budget', sangat kelam kabut...tapi sangat bermakna . Fisrt time travel luar Malaysia dengan kawan-kawan perempuan.Pergi berempat (Me, Jai, Suhai & Naz kawan suhai)...tapi cukup kecoh dan penuh drama. Pergi 4d3n (not enough, seriously!!!). Kiranya ni first try la...tapi seronok !! Bukan percutian mewah, bukan percutian yang sangat terancang...tapi masih sebuah percutian yang penuh senyuman indah dan ketawa mengelekek tak henti2.

Terima kasih yang tak terhingga buat cik abang yang lepaskan isterinya ber suka ria sebentar dengan kawan-kawan lama. Walaupun masa hantar kat airport, dahi still berkerut2 , pesanan masih berjela-jela...jaga diri & jaga budget.(Hmm...tapi now dah mula berura2 nak pergi Liverpool dengan kawan2 lelaki tengok bola sebagai balasan. Wah...bandung lawannya liverpool..macam tak logik je)Setiap kali call kat hotel tengah malam , tak tanya pergi mana ...mesti tanya dah berapa habis hari ni? :(

Itinerary - Day 1

 Pagi
-From LCCT to Bandung Airport (Perjalanan 2 jam lebih rasanya, waktu Bandung lewat satu jam daripada waktu Malaysia)


Tghr-From Bandung airport,naik teksi pergi hotel .Nak lagi thrill , naik angkotan kota (mini bus macam van kecik). -Check In Grand Seriti Hotel (Jalan Hegarmanah)
Lunch :Masakan padang, Rumah sederhana, Simpang raya (Sederhana restoran, located in Pasteur street, next to Hermina hospital)..
Petang
-FOS : Rumah MODE
-Penat Jalan & Shopping, singgah SPA.
Malam
- Dinner @ Kampung Daun

Drama...drama...



Kitorang pergi bandung naik Air Asia. Book masa tengah murah . Punya la nak jimat, pergi tak bayar pun untuk luggage. Bawak backpack je. So, shopping baju yang nak pakai pun kat sana.Balik je bayar untuk luggage. So, dah jimat. Luggage boleh beli kat sana or boleh guna cara kitorang , kalau sanggup :). Hujung2 nanti baru bagitau ok...bagaimana caranya..

Kalau bercuti dengan kawan-kawan ...takde drama tak sah. Sampai, pagi -pagi buta kat airport. Relax je...siap breakfast kat starbuck, bercerita macam 10 tahun tak jumpa, pergi tandas dulu...Rasanya dah susun masa tu just nice. 1 hour b4 gerak...pergi check in. Tengok kosong je, siap cakap "Kita je ke pergi Bandung ni??...best la..boleh baring2..lunjur kaki, seat kosong".Sampai je kat kaunter, mamat 'hampeh' ni kata, "dah lambat dah ni...pintu dah tutup. Tak tau la sempat ke tak?". kitorang gelak2 je la ingat main2...sebab memang confident , dah tengok departure time tu betul-betul. Pastu,bila mamat tu panggil kawan dia tanya system on lagi ke nak check in budak-budak ni, sebab dah lambat sangat...kitorang dah gabra. Siap terbayang dalam kepala, habis la aku kena gelak tak jadi pergi bandung ni.

Bila, dah check in, mamat tu kata kena berlari takut tak sempat. Kitorang pun apa lagi, semput2 nafas berlari tak cukup tanah. Nasib baik kastam semua baik kesian kat kitorang. Siap potong q lagi, merayu-rayu kat orang lain...explain kata kitorang dah lambat.Sampai je tempat menunggu tu, staff yang jaga tu kata...tak lambat pun. Siap flight delay 1 hr lagi. ?????????? Siap tanya...siapa yang cakap dah lambat tu?
Nak marah-marah pun...masing-masing dah mengah berpeluh.Sampai sekarang tak tau...mamat **%$#$ tu betul2 silap atau main-main.Tapi muka mamat tu memang serius, siap panggil kawan dia suruh check system semua. hmmm...nak complaint apa kan..bayar murah..what do u expect..

Flight ok, landing je tak berapa smooth. Kitorang ni first time pergi bandung. So, cuak betul tengok airport dia. Sempit, pendek, kiri kanan dekat je rumah-rumah orang. Bila nak landing tu, rasa dekatttt sangat dengan bangunan tepi2 tu. Haish...ngeri la.Tapi , kalau dah biasa pergi...ok je. Takde apa pun. My friend, ada yang fobia...sanggup nak MAS turun kat jakarta, and naik train or bus pergi bandung.

Shopping

Sampai je, check in Grand Seriti Hotel. Ok hotel ni...reasonable rate, bersih, staff sangat peramah...dan yang paling penting , location kat pinggir bandar. So, tak bz sangat. Jalan kaki pun tak bahaya. Rasanya area ni, area orang berada  kot. Rumah besar-besar, sekolah swasta banyak area tu, rumah2 artis pun dekat2 situ je. so...kawasannya nyaman sekali ye buk, sejuk, banyak pokok. Since sampai2 je, bilik tak ready lagi, semua setuju nak pergi Factory Outlet terdekat & paling famous...Rumah Mode. Jalan kaki je daripada hotel tu.



Bakso memang banyak kual tepi-tepi jalan...tak berani nak makan. Takut sakit perut.




Sampai Rumah MODE semua segar bugar walaupun tak lunch lagi. Tapi, ni baru survey2 je....semua telan air liur dulu tengok harga murah-murah. Tapi kena pandai pilih...kena tau compare harga, quality..ori ke tak...
Kat rumah mode ni...T-Shirt , baju2 casual...memang banyak yang cantik2 dan murah-murah. Sekejap je, sedar tak sedar...4 5 helai dah ada dalam tangan. 'Survey' konon :).
hati ku berbunga bunga...



saya suka yang ini...yang itu

mula2 ingat, pakai nota tu...bayar cash...rupa2nye...kena tulis resit kecik tu dulu before bayar.


yang ini...memang jadi idaman hati. Cinta pandang pertama..



Fabric untuk outdoor furniture dia pun cantik-cantik. ...

Jom, pergi lunch....esok datang lagi

Otak masak lemak??? Urat masak lemak???


Lunch @ Rumah sederhana, Simpang raya. Lebih kurang rasa macam kat Sari ratu. Tapi kat sini, sambal ijo dia lagi power la.Yang tak tahannya. si suhaida ni...tak padan dengan vogue tau...order masak lemak Tunjang (urat) & masak lemak otak. Dia sorang je makan. Haishh..tak sanggup nak try la.

Ayam pop & Ikan masin sambal ijo dia memang best.Sambal petai pun sangat sedap makan kering2 dengan nasik lembik panas-panas.Harga? Murah ok...jangan risau. Makan kat restaurant...harga lebih kurang makan kat gerai2 kecik kat Malaysia ni




Alpukat...

Lepas lunch, baru boleh masuk bilik. Rest, solat, mandi...siap2 untuk aktiviti seterusnya.

Bilik untuk berdua, ada dua katil...tapi kitorang duduk berempat...empat2 atas katil. Macam mana tu...?? :) :)

hmmm...perempuan...kalau dah sampai 4 orang satu bilik..ni la jadinya


area hotel seriti ni, rumah-rumah semuanya besar and cantik macam ni.So, nak jalan waktu malam pun rasa agak selamat berbanding duduk dekat town.

Spa & Poffertjes yang sangaaaaaaaat sedap

Lepas tu, jalan2 area hotel...jumpa satu spa yang sangat murah dan berbaloi2. Ni, wajib cuba untuk siapa2 yang duduk area sini. Kat sini la, rasa satu dutch sweet snake yang sangat sedap. nama dia Poffertjes. Mesti cuba tau. Ada orang panggil apam belanda. Ada cheese flavour, choc flavour.Lembut, pluffy, creamy...semua ada.Sampai sekarang teringat2 rasa dia.


Mariaty Spa

Kenyang sampai tersandar...

Malam, dinner @ Kampung Daun.

Perjalanan agak jauh kedalam kawasan kampung dan kawsan tinggi. Sejuk...sila pakai baju tebal sikit. Daripada hotel, naik teksi, lebih kurang 1 jam lebih kot.Tapi, sangat berbaloi...walaupun jalan agak sempit dan berlekuk2. Dia macam ada dalam tengah2 hutan, ada artificial waterfall, open concept,penuh dengan small hut....sangat peaceful...sangat romantik.









Semua food yang kami order sangat sedap...dan silalah cuba semua...kecualiiiiii...

air yang si suhai ke jai ntah yang order ni...teh halia serai...pekat betul. pastu sibuk nak minum air orang lain....

Ayam penyet...with the spicy bumbu



This is the Ayam Bakar Bumbu Bali – Grilled marinated kampung chicken with rice folded banana leave, tempe, sambal pedas meletup..



Gurame Bakar Sambal Kecap – Grilled fish with soy sauce. Sedap!! Gurame bakar ni sangat famous...rasanya ni ikan talapia. Tapi kat sana...sedap dia lain la...mungkin sebab cara masak dia.



Ini la rupa poffertjes yang gojes itu...WAJIB cuba

Fotogediks...before semua terlantar kekenyangan kat bilik hotel.









Ikin said :


1. Perempuan bandung cantik-cantik, lembut-lembut...awas ye...jangan jeling lama sangat :)
2. Siapa yang suka makan ayam penyet & nasi padang...akan senyum sampai telinga bila makan kat sini.
3. Sila jangan bagi tips 1000 rupiah ok.. :) (Suhai, ingat lagi tak ni????). Nampak banyak...tapiiiii...
4. Bawakla currency conversion table, wallet size. Senang bila tengok harga , boleh compare and convert terus. takyah nak ber calculator...lambat. Nanti baju cantik tu orang lain dapat dulu :)
5. Kalau nak naik teksi...pilih la Bluebird or Gemah Ripah ...ada meter.Kalau pening, cari je teksi colour biru, Toyota Vios, supaya tak ditipu. Kadang2 tempat tu dekat je...tapi dia pusing sana pusing sini, konon jauh...supaya boleh charge mahal.
6. Hati sangat tersentuh bila lihat suasana di sana. Rasa syukur setinggi langit. Berilah apa saja tugas, segala kudrat dikerahkan...demi mencari sesuap nasi.Bukan sekadar meminta-minta..demi mencari tempat berteduh. Kalau berhenti kat mana-mana traffic light, mesti ada hiburan yang mengharapkan simpati. Tak kisah la apa pun kerja...janji dapat memberi rezeki. Syukur atas rezeki yang diberi...buat kita di sini.

**Pssst psstt... sorry, gambar kurang memuaskan :(. Try compress semua gambar size jadi kecik, laju upload tapi low quality. Low sangat pulak tu ... :(
To be Continued...

Thursday, February 17, 2011

...idle for too long...

Sorry for not updating... :(. Too busy lately. Lame excuse kan ? hehe.

Since tahun ni ramai yang nak pergi bandung...kawan2, family... & ramai yang tanya bila nak share my experiences, photos, etc @ Bandung last year??

My next blog post will be : Bandung yuk Bandung!! Tungguu..

**Vacation Mode**


Image Courtesy of http://www.stardustmovies.com/

Thursday, November 11, 2010

F.R.I.E.N.D.S.H.I.P

Semalam, godek-godek kotak dokumen nak cari academic transcript masa kat U dulu. Aduhai, dah dekat 5 tahun kerja, baru la  nak mintak untuk buat record semua. Dok kelam kabut cari, terjumpa a huge box , full with old photos, kad-kad birthday yang di simpan sejak sekolah rendah ( ni I share entry lain ok..:)) dan yang paling best terjumpa buku kat bawah ni. 


Best & kelakar bila selak-selak baca balik. Dulu, masa kat sekolah...setiap orang selalunya ada buku autograph ni every year. So, semua kawan-kawan kena tulis la kata-kata semangat dalam buku ni...kira untuk kenangan hujung tahun. Sayang nya, dalam banyak-banyak buku tu cuma dapat simpan satu. Yang lain-lain tu mana ntah hilangnya. So , masing-masing cuba yang terbaik la nak tunjuk kehebatan menulis ...sapa paling kreatif & tulisan paling lawa. Paling best, bila cikgu maktab yang hensem2 datang mengajar 2-3 bulan, hari terakhir mengajar tu, sibuk la suruh tulis jugak dalam buku ni. Hahaa..gatal sungguh la zaman-zaman pakai baju putih kain biru dulu. 

Bila baca, rasa rindu kat kawan-kawan. Kawan-kawan baik sekolah rendah saya, sama tak berubah mukanya dan orang nya bila sekolah menengah...cuma jadi makin ramai...siap boleh conquer satu team hoki sekolah menengah. Syukur...persahabatan masih kekal sampai sekarang...we still meet and talk today. Walaupun jarang2 call, jarang2 jumpa...we continued to keep in touch occasionally, ...bila ada majlis kawin semua ada...sebut aje...muncul la masing-masing tolong pakaikan inai kat jari..tolong potong bunga rampai, bila ada yang nak bersalin...risau kawan-kawan mengalahkan keluarga, bila sakit...kawan-kawan yang sama jugak yang datang...buat lawak bagi reda rasa sakit, bila raya...sibuk jugak berjalan-jalan rumah ke rumah..walaupun kena heret sekali suami dan ank-anak, ada jugak masa travel bersama-sama...sampai ke bandung sana, dan yang penting bila tiba hari jadi...walau tak semua...sorang dua tak pernah lupa, mesti senyum lebar walau pun hanya dengan ucapan gatal 'Happy Birthday darling...mmuah mmuah'. (Ha...tak lama lagi dah birthday aku...jangan lupa tau :)).

Ni, Salina @ Charlie yang tulis kat buku. Dia ni memang rajin,kreatif. Ada satu masa dulu siap buat novel sendiri masa sekolah. Ko ingat tak charlie?. Now, rajin jahit macam-macam...tudung la baju la.Dah lama tak jumpa dia ni, lepaskan rindu kat Fb je la. Ha, cuba tengok kat buku tu, kitorang daripada sekolah minat bola. Nak beli magazine bola mahal, pergi kedai buku kat Sg wang, duduk kat celah-celah rak buku...baca mag free.Kalau tiba bab nakal datang...kakak kedai buku tak nampak, koyak poster kat tengah2 magazine...masuk dalam beg. Dapat la tampal poster Ryan Giggs kat belakang pintu bilik tidur. Nak tampal kat dinding, takut abah bising nasihat kata 'Tak masuk malaikat bilik ko ni kin'. :)

**La...baru aku perasan charlie...ko minat Alan Shearer ek...hahahaha.


Yang kat bawah ni pulak, Haniza yang tulis. Ni pun kreatif orangnya...sampai sekarang. Semuanya kena kemas and cantik, tuannya pun cantik. Dulu...baju dia la paling licin, tudung dia la paling kemas, buku dia la yang paling elok sampai hujung tahun...orang lain dah berkelepet dah kat hujung-hujung tu, beg dia la yang paling tersususn. Paling best, dalam buku ni, Haniza tulis pasal semua kawan-kawan yang rapat....

Perasan jadi Ziana Zain dia ni. Dulu masa ni..Ziana la paling top. Haha. Kalau dulu...file pun penuh je tampal gambar artis. Words kat bawah tu paling mahal...
If friend is like a flower that I can picked, I will pick u
**Niza, ko minat mamat exist kan dulu...hehehe.

Tengok tu...suka hati setiap orang di baginya satu artis. Haha. Gila la minah ni. Rajin betul. Kalau nak tau, atas gambar-gambar artis tu, di lekatnya dengan celephone tape...so tak rosak samapai sekarang. Rajin betul...

Kawan-kawan...cuba baca balik apa yang si niza ni tulis....haha.Kalau korang nampak la tulisan kat bawah ni.


Orang lain semuanya di bagi artis sorang satu, tuan punya buku ...kat bawah ni . Sweet.:).
Kitorang berdua berkawan sejak darjah satu. Sama sekolah...sama kelas. Alhamdulillah kekal baik hingga sekarang. Love you.


My childhood friends...they now have their own lives , dah ada anak, dah ada suami, dah ada bf, dah ada career masing-masing...memang susah nak  get in touch with them selalu. There are times when I really miss them ...

Orang dulu2 kata , kalau rama-rama masuk rumah ada orang nak datang rumah. Ni rama-rama comel datang hinggap kat pokok rosemary tepi sinki dapur...tandanya apa?



Ha, tandanya...masak la apa yang patut. Kawan-kawan nak datang rumah. Raya tahun ni , pertama kali beraya @Setia Alam. Kawan-kawan sekolah tadi...tetamu kehormat yang wajib datang...wajib dijemput. :). Tak pernah rasa penat kalau budak-budak kecoh ni datang. Masak apa aje, diorang kata sedap. Tak payah la beriya2 nak layan...sebab masing-masing dah faham...buat macam rumah sendiri. Ambik air sendiri, cari bantal sendiri kalau nak tidur. Kalau bujang-bujang dulu...boleh melarat sampai tak nak balik. Tidur aje kat bilik sama-sama. Itu takpe,Pak Ya ngan Makcik Bi tak marah. Ni sekarang, para suami2 mula dah jeling-jeling...tak habis2 berborak. Sampai ke malam jugak la boraknya.


Fadzwa bawak Ali Imran. Budak hensem kulit putih melepak. Baik budak putih ni. Sepanjang mak dia tergelak-gelak berborak...dia tengok aje. Senyum je bila orang layan dia. Janji tak panas...ada aircond. :)


Lepas dah kenyang perut masuk daging salai cili padi, ayam goreng madu...pindah bilik tetamu kat atas, pasang aircond...tergolek kekenyangan.. Lepak ramai-ramai dengan Ali....tengok budah putih ni...baik je dia.


Tergolek gelantang lepas makan memang best...


Mandi pun suka...takde merengek-rengek.

Petang sikit, Haniza&Family datang...pindah lepak bawah pulak. Yang lelaki lepak tengok TV kat ruang tamu. Kita gosip-gosip bawah tangga. Masa ni husband si Haniza dah complaint kata...'Ha, tengok tu...setiap kali jumpa cerita yang sama masa zaman sekolah dulu la di ulang2 nya sampai malam karang'. :)

Ni baby Rayyan, anak niza no 2....hensem...kuat bergaya. Emir yang first tu pun kuat bergaya jugak. Tapi dah besar sikit, eksyen takn ak lepak ngan geng2 perempuan. Mula-mula malu. Dah nak balik baru la petah bercakap. Bagi duit raya...dia cakap dengan excitednya 'Terima Kasih Mak Uda. Bagi lagi ye Mak Uda. Nanti kami datang lagi ye Mak Uda'. Pelik jugak, bila pulak masanya kita ni jadi mak Uda . Rupanya pengaruh kartun upin ipin. Ish Ish.


Suhaida with our anak buah...ehem ehem...gaya dah ada sangat tu :)...



Semoga senyuman, kasih, cinta, rindu kita kekal sampai habis nyawa.
Semoga bila gusar, gundah, perit, payah, jerih...kita semua tiba tepat masa, ada bila perlu.
Semoga bila lapang dada, banyak tawa, ada cerita gembira...kita ingat kita ada kita.

**
Mohaini: Semoga segalanya dipermudahkan ... tak sabar rasanya.
Niza: Semoga selamat...tak sabar nak jumpa princess. Amin
Elyn: Semoga selamat semuanya...mesti comel macam emaknya.
Wawa: Aku rindu Ali Imran...raya haji aku datang rumah ok.
Jai: Ko pergi la teman si suhai tahun depan dah kena sampuk, asyik nak g Bandung aje...hahahhaa

***
Eryn : Kin doakan semuanya selamat. Mak Cik Siti tak sabar nak jaga 3 hero tu. Jaga diri. Amin.