Wednesday, October 8, 2008

Goodbye Ramadhan & Welcome Syawal - I will miss you Ramadhan!

Fasting month this year was nothing like the any other years before. Special sangat tahun ni.Fast and quick.Cepat je rasanya masa berlalu. Alhamdulillah, everything went well, with the fasting.Came to my mind whether we gonna get the chance again to welcome ramadan next year? Semoga Allah panjangkan umur dan memberikan kesihatan yang berpanjangan agar ibadat puasa tahun hadapan dapat dinikmati dengan lebih keberkatan.I wish Ramadan lasted for the whole year.
What so special about this year ramadhan?
  • Walaupun berapa kali je dapat pergi terawih, tapi Alhamdulillah, tahun ni dapat pergi semua terawih dengan emak kat surau. Selalu emak tak larat nak pergi. Tapi this year, Alhamdulillah, kesihatan emak mengizinkan. Yang paling syhadu, bila pergi terawih dengan emak, abah jadi bilal.Sedap suara Abah. Dapat pujian daripada Ustaz Badrul Amin lagi. Untuk Din, Alhamdulillah, tahun ni, takde tinggal terawih langsung. Sembahyang Qiamulail kat surau pun dia pergi. Alhamdulillah honey...

Bersusun je ketayap, basuh untuk pakai masa sembahyang.

  • Since this year dah start duduk ngan mak abah sementara rumah siap, so dapat berbuka dengan mak abah tiap2 hari without fail. Tahun ni memang tolak semua jemputan buka puasa kat luar. Sekali je buka puasa dengan Eryn and Aufa masa shopping raya.First puasa dapat berbuka puasa dengan uwan , maksu & co. Dengan Along and hazril pun dapat berbuka dua kali.Ngan nur and ayan pun tahun ni dapat buka sama2 kat rumah maksu. Dengan mak abah kat pahang pun dapat rasa berbuka sama2. Lengkap la puasa kali ni.

Abah...sementara nak tunggu waktu berbuka...

Din...sementara nak tunggu waktu berbuka...ish...sempat la lagi cuci kereta. Siap kena sound ngan anak Mona yang laser lagi 'wuyyoooo cuci keta...'

  • Hihi....dapat pergi pasar ramadhan yang best. Penuh satu meja kalau beli....tak dapek den nak nolong. Yang paling special, dapat makan popia sedap Taman Tun. Sedap. Tapi nak beli tu, Din kena beratur satu jam setengah baru dapat. Tu start beratur pukul 3. Itu pun dah panjang barisan...tapi memang sedap la popia dia. Tak sogi...nyummy and crispy.Menu lain yang best kalau beli, kuih akok panas2, cendawan goreng, ikan terubuk asam pedas, kuih udang ngan tahu sumbat makcik gemuk & nasik lemak 50 sen.

Penuh satu meja...kalau beli...ni belum campur dengan along punya lagi...masa ni along tak sampai lagi.Yang buat sendiri tu je la...sambal tempoyak yang terbukti kesedapannya.

  • Dapat la jugak masak sendiri weekend walaupun bz buat kuih sampan.

Kalau masak sendiri, ikan pekasam pun sodappp. Special ni fresh from kuala kangsar...

Makan pulak dengan buncis goreng with udang kering and sambal gesek ikan bilis.

Bak kata abah, lauk paling sedap dalam dunia adalah sardin cap ayam masak Lemak Cili Api. hihi...

Kena pulak dengan bihun goreng makan ngan sambal kicap and cili jeruk. Bagi la sikit kat jiran sebelah. Sekali jiran sebelah pun buat bihun... :)

  • Yeyeee...bisnes kuih sampan...di luar jangkaan. Resepi ni, from my mum. Dulu masa I belajar, ini lah sumber pendapatan tambahan keluarga masa raya. Mula2 tu, just try market, saja nak bagi my mum happy, I ada minat nak cuba the biskut sampan. Liat jugak nak mula, sebab biskut ni leceh and rumit. Tapi sambutan...Alhamdulillah.Di luar jangkaan. Siap tolak order sebab tak larat nak buat. Tapi memang kagum dengan emak. Dulu mak buat sorang2 je, pakai oven butterfly lagi.Tempahan pun 3 kali ganda dia terima. Sampai pukul 3 pagi kadang2 tu. Esok tu terus pergi kerja. I masa tu study, so teman sambil baca buku je.Tapi bila dua2 terlelap, ada jugak yang hangus.

Mula2 buat kulit dulu

Masukkan penumpang2 dalam sampan..

Bakar

Pack

  • Walaupun buat biskut sampan, tapi still sempat lagi buat kuih raya sendiri. dalam 4 jenis buat tahun ni. Tapi sikit2 je la. Kek pun sempat buat...tapi bantat la. Salah tepung kot...selalu buat jadi je... :(. Seb baik biskut semua sedap...My flourless crunchy peanut butter cookies

SuperDuper Dark Chocolate Chip Cookies

Nigella Chocolate Caramel Crispy Cake

  • Tempah baju raya and shopping raya...ni as usual...sentiasa jadi benda yang paling syok tiap2 tahun.
  • Abah Pahang dapat anugerah Peneroka Contoh-Anugerah Keluarga Cemerlang.Anugerah ni dinilai atas dasar kejayaan anak2. Kesabaran dan ketabahan Mak dan Abah membesarkan anak2 tiada tandingan. Tahniah Abah dan Mak.
  • Apa lagi yek...hmm...kalau teringat sapa2 sila tambah...tak ingat la ...banyak sangat yang istimewa ramadhan tahun ni....

Keeping ourselves going after Ramadan is a challenge too. :). Hopefully, we can keep up our level of faith and good deeds throughout the year! May Allah accept our fasts , good deeds , forgive us for any doasa and kesalahan, and help us to carry the lessons that we have learned during Ramadhan with us throughout the rest of our lives. Amin.

3 comments:

Anonymous said...

Ikin,
best dpt tgk the making of biskut sampan tu.. tersusun je.. ramainya penumpang2 nye.. hehe..

nnt k-ita balik, wajib makan biskut sampan tu.. :)

choc chip pun nampak best - mcm famos amos...

*gambar raya baru dah update kat my fp..

Anonymous said...

syukur and seronok ramadhan dan syawal tahun, pertama maksu double happiness with the two budak nomoks and syukur sangat uwan dapat share d happiness dgn kita orang.kalau dulu maksu selalu sedih everytime bukak posa tengok banyak food terhidang kat meja dan uwan kat kampung but this time apa yg maksu suap uwan pun makan.

chocolate chips ikin tu maksu suka tapi jumpa kat kampung dah last minutes, budak nomoks besar sikit berazam nak buat cookies sendiri dan tak sabar jugak nak beraya kat rumah monterez..

The 2 nomoks pandai gaduh sekarang pagi ni maksu tengok badan Mia ada du lebam tanda gigi..tia gigit kat pinggang dan lengan berebut telefon rumah sebab nak call mama and papa..hishhh..dasat lerr..kena lecture tia pagi tadi.

nak buat jugak makan2 for family this year plus nak cover ambik gambar..cuma masa la limited..tengok lah bila free..maybe kena ambik cuti sehari..will let everybody know.

maksu.

aufa47 said...

biskut sampan tu sedapppp sgt2..suke..