Thursday, March 10, 2011

Bandung 6 Oct 2010 - Day 2


Ok ok, kawan-kawan yang tiap-tiap hari tanya :) (tiap2 hari ...sms, email..hahaha...sabar le)...tanya mana sambungan untuk http://ikin80.blogspot.com/2011/02/bandung-5-oct-2010-day-1.html ...ok, jom kita sambung.

Sempena hari wanita baru2 ni...this entry khas buat kawan2 wanita ku yang sangat gorgeous, sangat cute :)...dengan ucapan...'LET's TRAVEL TOGETHER....AGAIN !!'. Tapi serious le, banyak dah lupa. Tambah2 ok...mana yang tertinggal or salah info....:).

Itinerary - Day 2
Pagi :Pasar Baru
Tghr : Lunch @ Ayam Goreng Suharti - Cipaganti Street(Wajibbb cuba...sangat sedap!!)
Petang : Sambung shopping @ Rumah Mode
Malam :Paris Van Java

Ha, pendek je nampak Day 2 punya  Itinerary kan? Gambar pun tak banyak. Sebabnya...sepanjang hari shopping sampai pengsan. Masa shopping tu tak ingat langsung nak bergambar dah. Bahu & tangan memang merah2 la...mengangkut segala jenis barang. Siap tak cukup tangan, suruh tokei kedai hantar barang sampai hotel. Mengucap la bila suami ku baca entry ni :).


Shopping sampai golek2 pengsan
 
Since bilik hotel kitorang book untuk 2 orang, so free breakfast memang untuk dua orang je la...dua pergi buffet , dua lagi berhalaluya la, breakfast comot2 atas katil golek2. Nikmatnya  la kan...kat rumah memang takde la nak bergolek2 orang hidang breakfast macam ni...

Isi perut untuk berjuang :). Dan sila lihat 2 katil single yang telah di 'renovatekan' untuk muat empat orang. Hmmm...miss the moment la. Time himpit2 tido...borak2 sampai lelap.
Masa shopping kat pasar baru, memang takde gambar. Sebab semua lupa diri mengangkut segala jenis barang, menawar segala jenis barang :). Sebelum pergi semua nya eksyen, nak beli sikit2 je...bukan nak shopping sangat. Tapi bila sampai hmmm...ayat sama je semua...nak bagi rasa tak bersalah "Ish, kena beli...murah , kat Malaysia mana dapat harga ni, takpe beli, tak rugi pun" :) :). Sampai tak cukup duit, kena tukar lagi duit kat sana.

Kat pasar baru ni, kain2 ela memang murah sangat terutama...cotton yang high quality , kain lace yang cantik2 & kain sulam timbul tu. Telekung pun murah, yang tinggi kualiti...harga dia sama je macam harga telekung kat sini tapi yang jenis kain bising  yang bukan cotton, cepat kuning and kain singkat nampak kaki bila sembahyang. Kat sana, dengan harga tu, kita boleh dapat kain telekung cotton yang besar dan cantik sulamnya. Tapi memang kena ada skill tawar menawar. :). Bab tawar menawar ni yang sangat penat & terduduk.


Sangat kepenatan dan muka berminyak2...tapi still boleh singgah tepi jalan bila jumpa legging kain best, macam2 colour ...kat sana 3-4 ringgit je. Huaaa, nyesal tak beli banyak.Ni je la gambar yang ada kat pasar baru dalam my camera.
Jom kita tengok 'hasil tangkapan ikan' di pasar baru :)

Kain lace yang cantik bila bawak balik. Kat pasar baru tu macam tak pandang sangat, sebab dia longgok kat tepi2 kedai je kain cantik2 ni...murah pulak tu.

Kain batik ...yang gred tinggi, orang selalu buat kain utuk baju kebaya...harga sama macam kain batik biasa2 kat sini yang kita pakai hari2 dekat rumah.


Kain Cotton murah-murah....cantik cantik

Telekung boleh beli banyak-banyak sebab memang berbaloi


Saya suka yang ini, putih, cotton sejuk, tapi sulamannya sangat halus.

Kain ni ramai orang beli , cantik dan murah. Hmm...nasib tak minat, kalau tidak...tambah la lagi satu beg.
Lepas bersungguh2 menghabiskan duit, sebelum lunch, semua balik hotel dulu...hantar barang. Kira duit, asing duit dulu...baru sampung shopping. Lepas lunch, plan pergi Rumah MODE yang boleh jalan kaki je daripada hotel

Bila balik baru la ingat nak kira duit semua... :). "Eh, aku ada hutang kau berapa? Eh, jap2...aku ada lagi duit selit2 ni, boleh shopping lagi"


Ayam Goreng Suharti sangat sedap...di ulang sangat sedap.

Lunch kat Ayam Goreng Suharti ni memang best. Masa update entry ni pun kecur liur bila teringat balik kerangupan kelembutan ayam ni. Memang dengar macam tak best mula2...ayam goreng . Tapi cuba rasa dulu, baru tau...ni bukan ayam goreng biasa.

I bagi 10 bintang la kat U :)

Kelaparan dan kepenatan...senyum tetap senyum ok... :)

Nak pergi bandung lagi...sebab nak makan Ayam Goreng Suharti...
Kangkung pun sedap. Sedap sebab pedas...pakai cili padi. Nyum nyum


Kat sana, tak jemu makan Ikan Garume.


Licin...Alhamdulillah Syukur. Nikmat ...
 
Siapa pergi Bandung, nampak sign ni...singgah ok. Mesti tak menyesal

 
Shopp Till U Drop...sesuai tak? :)

Lepas lunch, semua jalan kaki menuju ke Rumah Mode. Semalam survey2 aje + beli baju yang nak dipakai kat bandung since semua berlenggang bawak baju sehelai dua. Hari ni pergi Rumah Mode...masa untuk shopping bersungguh2. Tapi kat sini kena pandai pilih, yang ada quality, yang original. Hmm...kalau pandai pilih, memang sangat puas hati. Terutamanya T-Shirt, office wear, belt...




Semua orang pun dalam hati banyak bunga banyak taman

Saya suka hati...
 
Saya lagi hati berbunga-bunga kembang setaman...

An evening in Paris

Hari yang indah di akhiri dengan moment yang indah jugak. Walaupun bukan di Paris. Walaupun Paris Van Java Mall ni...tak la best seperti yang dijangka, since harga dia lebih kurang je dengan Shopping Mall kat Malaysia, nothing to shout about. Tapi, the moment bila bersama...tak kira di mana pun...semua leka sampai tak sedar semua Cinderella ni kena balik sebelum tengah malam. Takut jugak walaupun nampak macam semuanya selamat2 je..




 Semuanya yang manis-manis aje kenangan hari ke dua :)


Ikin said:

1.  Hati-hati dengan Money Changer di sana. mula-mula macam tak percaya bila baca blog orang sebelum pergi. Tapi bila dah terkena baru la tau. Masa tukar duit tu, walau nak secepat mana pun kita, walau tak sesabar mana pun kita nak pergi sambung shopping...make sure kira duit ...sebab takut tak cukup. Money changer dia sangat besar...macam bank..siap kena ambik no. giliran. So...please la...kira duit sebelum tinggalkan kaunter.
2.  Kat Pasar Baru, kalau kedai kain, walaupun murah, survey jugak 4-5 kedai. Kadang2 ..4-5 kedai tu tokei dia sama je. So, survey...kalu kita rasa satu kedai tu dah murah sangat...percaya la...kadang-kadang kedai lain lagi murah. Jangan pandang rendah pada kedai yang kecik. Kain dia kadang-kadang lagi cantik dan banyak pilihan..
3.  Kalau siapa minat kain sulam timbul dan kebaya yang jual sepasang2 dengan kain batik tu...boleh try pergi kedai Suci Jaya. Pilihan banyak, harga murah...yang penting budi bahasa & layanan sangat baik.
4.  Kat pasar baru, akan ramai peminat kerumun2 kita, suruh beli barang diorang. Diorang yang kerumun tni takde kedai, tapi dia letak barang dalam beg2 besar...macam key chain ke...t-shirt ke. Jangan risau, kalau tak nak beli , tak payah marah2. Cakap je taknak, diorang tak marah pun. Kesal jugak bila tengok ada orang kita yang tengking2...marah2 diorang ni. Tak salah pun diorang nak cari rezeki kan, tapi hak kita untuk memilih bila membeli.
5. Saya happy bila dapat shopping barang banyak-banyaaak...tapi murah. :) :)

2 comments:

Anonymous said...

syoknya jalan dengan kawan2 perempuan.what a colourful journey u have ikin dalam hidup u.i love ur way.salam daripada peminat baru blog ikin80.

MamaTiaMia said...

den pun nak ayam suharti dan semua barang2 sopink tu..buat masa sekarang den berpuashati dengan ikan dhory bubuh bawangputih cili,masuk foil,curah olive oil and bakar dalam over..sangat sedap lahhh;)