Saturday, February 11, 2012

My weekend wish list...

Dah lama rasanya , lebih sebulan kot  saya tak dapat rasa weekend yang tidak kelam kabut di rumah. Alhamdulillah, setelah emak keluar hospital dan semakin sihat...uwan  juga semakin sihat , hari ni saya ada di rumah sendiri yang dah banyak sawangnya :). Periuk belanga tergantung-gantung tunggu untuk di guna. Tapi saya rasa sangat tinggi syukurnya, Allah duga saya ketika betul-betul selepas selesai periksa dan cuti semester, dan di awal tahun ini cuti tahunan saya masih penuh :). Tak perlu bekejar pergi ke kelas, saya dapat meluangkan masa bersama keluarga yang kini amat memerlukan tangan kami kiri dan kanan agar semua berdiri teguh dan tidak terjatuh. 

Dapat seharian di rumah untuk hari ni jadi la, mengemas apa yang patut...melepaskan rindu pada rutin weekend yang lama sangat dah kena tinggal...

...hari ni nak berkebun, oh pokok bunga...saya rindu...

...hari ni nak berkemas, kalau dikumpul segala bulu kucing yang ada...boleh buat bantal kekabu dah kat rumah ni...


...nasib la ingat lagi macam mana nak buat nasik lemak :). Pagi ni masak nasik lemak sambal tumis banyak bawang, dengan telur mata kerbau cair kat tengah. Sejuk hati bila suami kata...hmmm...ni baru la real nasik lemak. Betul ke tidak...belakang cerita.:)


Banyak lagi benda nak buat ni. Moga Allah pinjamkan masa yang cukup buat hari ni. Nak tengok bola dengan suami (lamaaaa betul tak tengok tv lebih 15 minit kat rumah), nak jumpa emak dengan abah...rasa guilty sangat sebab  tak dapat teman emak buat follow up check up semalam, nak buat moist butter cake yang wangi , hari ni birthday my cousin ayan....kalau dapat jumpa makan2 pun best jugak,malam ni pun macam nak pergi rumah maksu , tidur kat sana...teman jaga uwan. Harap dapat buat semuanya....


Have a beautiful and blessed weekend semua!!

No comments: