Thursday, July 8, 2010

Tuhan itu adil...

:). Senyum dulu...sebelum mula syarahan pagi. Mungkin cara ni nak pujuk hati...jangan la rasa panas sangat.
Hari ni macam-macam perkara seronok nak buat di pejabat.Sabar la..

Bukan sengaja nak bercerita panjang lebar, tapi perbualan dengan rakan lama di chat Fb pagi tadi, buat saya terdiam. Itu pun kalau boleh dipanggil rakan...mungkin hanya kenalan. Jarang pun bertegur sapa di sekolah dulu, jujur kata...tak tahu pun latar belakang dia. Bila di sapa dalam Fb , tanda budi bahasa, kita layan saja...walaupun mata mengantuk melayan bola pagi tadi... :)

Sapaan mula, agak sejuk... 'Salam shikin'. Tapi kata-kata seterusnya buat saya kurang senang.Dia kata dia baca blog saya. Dia rasa saya amat bertuah. Alhamdulillah.
di antara tutur kata seterusnya (saya edit...sebab blog ini dalah 'U'..untuk tontonan umum')

++Boleh la ko buat blog best-best...ko banyak duit..
++Aku ni lain la...duit takde...anak ramai
++Ko boleh la bersenang lenang dengan hb ko, anak pun takde nak tanggung..
++Kerja pun elok...duk dalam ** tu memang la boleh goyang kaki.
++Hb pun kerja besar, boleh la ko ketuk dia..
++Aku ni, mengeluh je la...ko mesti tak paham...sebab ko tak rasa orang susah macam aku rasa
++Dari sekolah pun ko memang senang...


Terus saya tutup ruang chat...dan kata dalam hati, jangan marah...jangan layan...dia tu bukan siapa-siapa, bila saya susah dia takde dalam cerita, bila saya senang pun takde dalam kamus.

Cuma saya nak cerita kat sini , sebab saya yakin si dia baca blog saya. ... :)
Blog saya adalah perjalanan hidup saya, saya kongsi apa2 dengan orang yang saya sayang...dan orang yang sayang saya.Kalau blog saya boleh buat si dia rasa...dia orang susah, percaya la...kesenangan setiap orang...pasti ada jalan cerita.Bukan senang nak senang.

Awak bukannya siapa-siapa dalam hidup saya untuk tahu bagaimana susahnya ibu bapa saya cari duit menyekolahkan saya. Awak bukannya siapa-siapa untuk tahu , pahit jerih mereka...hanya nak pastikan kelengkapan belajar melebihi segala-galanya. Bukan saya sahaja, untuk  kesenangan orang lain , awak bukan siapa-siapa untuk tahu kesusahan disebaliknya. Awak bukannya siapa-siapa untuk tahu semuanya.
Ye, Tuhan itu adil, dia uji kita...kemudian dia bagi rahmat. Kita kena syukur.Bila dia bagi ujian kita jangan mengeluh. Baru la rahmat yang kemudian itu berkat perjalanannya.Tuhan bagi rahmat yang itu, dia bagi lambat yang lain. Kita kena redha.Anak itu pun rahmat, rezeki, kesenangan...tak perlu tunggu duit berkepuk-kepuk untuk nikmat bahagia, percaya la.

Untuk goyang kaki seperti yang awak kata...tak malu pun nak mengaku saya bukan la orang yang boleh goyang kaki atau  tarik nafas lega sekarang.Saya masih berhempas pulas cari rezeki. Sebelum sampai ke tahap yang biasa-biasa ini, saya mula dari bawah.Saya dah rasa masuk kerja pukul 7 balik pukul 7 esoknya. Tapi jangan pernah merungut, itu bahagian kita...kita kena usaha...untuk baiki.Keluarga, kawan-kawan dan suami...tahu cerita saya. Awak tak tahu apa-apa...perlu baiki hidup awak saja. Tak perlu analyst hidup saya.Alhamdulillah...saya rasa saya berjaya daki perlahan-lahan ...walaupun banyak lagi nak capai...tapi Alhamdulillah...tuhan permudahkan jalannya.

Dan saya syukur, walaupun tak sehebat mana. Saya bahagia dengan rahmat yang diberikan. Saya ada keluarga yang superb. Saya ada kawan-kawan yang setia.Saya ada suami yang sangat 'wonderful'. Saya ada kerja yang boleh menampung hidup saya dan berkongsi serba sedikit dengan orang sekeliling.Tapi semua tu bukannya datang bergolek. Banyak jalan kita kena cuba, banyak dugaan kita kena tepis.

Sekali sekala kita kena toleh belakang tengok perjalanan hidup kita...
Tapi bukan untuk membandingkan dengan yang lain, cukupla untuk memajukan diri kita dan ingat siapa yang pernah hulurkan tangan untuk kita.Bangga la kalau ada keluarga dan kawan2 lain yang lebih dari kita...bukannya rasa iri hati. Sebab itu semua orang yang kita sayang..kita bangga.

Kita takkan ada perasaan yang buruk atau kurang senang.. kalau kita percaya...
Allah itu adil dan Maha mengetahui..



Kalau kita rasa kita susah...lebih ramai yang lagi susah....
Senyum seindah suria...  :)

10 comments:

MamaTiaMia said...

haaaaa jangan tension..semalam baru hantar maksu msg jangan tension..orang camtu memang tak elh layan..sakit tu..no need to explain anything to her..lain kali "yeap aku sangat senang,yeap aku snagat bahagia,Alhamdulillah Allah beri kesenangan..habis tu ko sakit hati"...tu lah FB and blog ni memang dilemma kenkadang..especially FB lah..susah nak control..tapi nak buat camana banyak orang "sakit"..so biar dia sakit..nanti kita pi cuti2 kita publish gambar lagi okay:)

Ikin said...

ooo...tq maksu... :)
tak tension...pagi2 je tadi gerammm giler. saja je tulis , ditujukan untuk semua orang yang 'sakit'. :). Yeay...pergi cuti. jom jom

inas said...

Ikin, peringatan yang sangat baik untuk semua. sebak pun ada baca. Terima kasih atas ingatan yang ditulis sangat baik.Jangan stop ber blogging. Huhu. Pedulikan langau langau picisan

nerry nerry strawbery said...

setujuuu btw
ikin masih sangat cute bila marah dan tension :))

Anonymous said...

een sabar je la dia tension dia tak dapat apa yang org lain dapat cuma dia patut tgk diri dia sendiri mengapa dia jadi camtu kerana tuhan itu lebih mengetahui jadi setiap kejadian itu pasti ada hikmah dan tuhan itu menguji kesabaran dengan memberi dugaan....lagi banyak dugaan lagi tuhan sayang kita dan kekayaan hari ini bukan jaminan masa akhirat...cerio yo

Hazril said...

ikin, sebenarnya hazril dah terkena dgn manusia2 jenis ni kat facebook yg tak senang dgn kehidupan kita. Bagi komen kat fb yg ada unsur jeles n nak jatuhkan air muka kita. Abaikan manusia jenis mcm ni. Jatuh bangun kita hanya Allah dan kita saje yg tau. Janji apa yg kita hajati, kita rancangkan menjadi realiti, biarlah manusia jenis tu pi mai pi mai tang tu....:)

Anonymous said...

waaaa...nak nangis. hehehe. Ikin, teringat zaman - zaman kita kat U dulu, buat kancil ikin jadi kereta sapu bawak student pergi exam kan. Masa tu, sungguh kagum dengan business minded mu. kui kui.Now, you deserve everything you have... I know you inside outside. :).Mari isma hug hug ikin.

Ikin said...

dear all, tq tq tq. dah ok.kejap je geram. takde apa pun :).pedulikan... :)

kak nerry, mana tau cute?hahhaha. si din tak pernah pulak cakap camtu ikin bila marah. kehkehkeh

isma, lamanyaaaaaaaaaaa tak jumpa isma. rindu la

annhuzi said...

org yg tak boleh tengok kesenangan org lain kerana org itu sentiasa fikir yg hidup dia sangat susah, adalah org yg sangat 'miskin' yg tidak melihat langsung segala nikmat pemberianNYA.
sedih ya bila 'kawan' gitu, tapi syukur jugak dia tak bermuka2 tapi terang2 mempamerkan 'hati busuk'nya.
dan tentu sekali akhirnya dia lah org yg paling rugi
kerana sibuk mengirihati
instead of sibuk mencari kebahgiaan.
muga hatinya terubat. tnx for sharing ikin, membuka minda tentang keadaan sekeliling :)

Ikin said...

kak ann, tu la...entry ni sebagai peringatan untuk diri sendiri jugak. Hehe. Kita ni cepat sanagt leka. Kita doa supaya jangan pernah berhenti bersyukur dan jangan pernah merungut. Mintak kita semua dijauhkan dengan perasaan yang tak elok dalam hati. Amin.