Thursday, August 26, 2010

Istana Bambu

Minggu lepas dapat jemputan berbuka puasa dekat Istana Bambu, tepi MRR2.
Famous tempat ni, orang selalu sebut-sebut...kata cantik la, sedap la, orang selalu buat shooting kat sini la,artis selalu datang sini la, Dato' Siti suka makan sini la,kat Fb pun orang sibuk tag2 gambar Istana Bambu ni suruh pergi.
Konsep restoran daripada buluh, ada sawah padi,ada air terjun mini..serving Live Seafood & Nusantara Cuisine .Paling best, dia ala2 konsep privasi sembunyi cak cak ...ada pondok kecik-kecik macam wakaf ..

Pix Courtesy of Istana Bambu Facebook.



Rupa-rupanya .....di antara orang-orang penting di sebalik Istana Bambu ni, merupakan orang yang sangat dikenali :). Alhamdulillah, tumpang bangga...dan doakan yang baik-baik aje.Amin. Lain kali belanja lagi ok. :). Tapi review tetap review ye...takde punya berat sebelah ...hehe.

Masa mula-mula dapat jemputan, malasnyaaa nak pergi, sebabnya daripada Cyberjaya nak ke area MRR2 tu...punya lah sesak, tambahan lagi bulan puasa kan.Tapi, rupanya ok je...kejap je dah sampai. Budak2 laki kat office ni bising la kata senang, ada jalan tak sesak.... Tapi betul la, senang aje.

Daripada cyberjaya, masuk MEX(putrajaya-kl highway)...terus je sampai keluar kat Jalan Tun Razak. Terus lagi lalu la depan Tabung Haji (lambai2 dulu kat Intan Dayana)...sampai jumpa Highway Ampang tuh(ada orang panggil DUKE, ada orang panggil lebuhraya bertingkat). Ha, masuk situ. Pastu keluar kat Gombak...punya exit kot...sebelum Ampang Jaya punya Exit. Keluar kat situ, kena U turn rasanya kat depan tu...dah nampak tepi jalan. Istana Bambu tu dekat je dengan Exit AU keramat, dekat dengan kilang TEXAS tu,betul2 tepi MRR2...menghala ke Ampang Point.

Nak review food susah sikit la. Sebab makan Buffet Ramadhan harga RM49.00. So, food terhad. Boleh bagi pendapat untuk makanan yang rasa hari tu jela.Honestly, pilihan makanan tak se gah nama nya...tapi sangat berbaloi dengan harga.Pilihan memang sikit...mula-mula sampai tu macam frust je...ala, ni je ke. But..surprisingly.. the food turned out to be better than expected, semuanya ada rasa, sedap, pedas(nyum nyum).Cuma, kalau lambat2 sangat makanan cepat habis. Kena pantas dan cekap.

Laksa -pedas dan sedap, cukup rasa
Ikan Bakar- Superb(sos dia pedas dan sedap)
Butter Prawn - Consider ok untuk buffet yang harga macam ni..
Kuih Muih - Ok. Tapi agar-agar tak sedap
Bubur-Sedap
Teh Tarik-Sedap.
Service -OK
Surau- Perlu diperbaiki...bak kata Aufa...'horror la tempat ambik air sembahayang dia kak'.
Lokasi  dan suasana: Rasa macam kat kampung. Tak percaya je kat luar tuAmpang, ye la...kita dok sibuk duduk dalam buluh, ada sawah padi, ada kolam ikan.

Kesimpulannya : Nak datang lagi time bukan bulan puasa, nak bawak family. :)

PIX : Terima Kasih buat 'Tini Basri' yang jadi photographer tak rasmi kami hari tu... :). TQ

The main entrance ...

Abah tengok mesti nak tiru ni...



... purely from bamboos ...


Ni tempat kitorang makan last week, dining area concept , boleh cater a large group of diners ... sesuai untuk company event . Tapi, bila kenyang...nak bersila tu...ada susah sikit la. Hehe. Tersandar kekenyangan.


Lovely

2 comments:

cinta from ampang jaya said...

just went there tonite with the family selepas hearing so much about the place.

the most important thing is the food was really not good. totally tasteless or macam missing a few ingredients - tomyam masam and the "ikan tiga rasa" rasa macam ...

the staff who was serving us pun macam masam2 and nak marah jek.

for that kind of price, i can eat somewhere else cheaper with better taste and similar ambience.

yang paling i tak suka sekali is that we siap nampak tikus lalu kat alang2 buluh atas kepala kitorang lagi. punya lah besar tikus tuh. ni kalau tikus tu lalu sambil kencing ke buang sedas dua and termasuk dalam food sapa pun tak tau kan. boleh jadi kes naya.

anyway, this is my own personal experience. however, please know that i will not be going there again lah. and should people be asking my opinion about the place, i will tell them my experience. no holds barred.

it's really not worth having all the fancy setting if the food is tasteless.

p/s : btw, we didn't go there just becoz siti nurhaliza or some celebrity frequents the place. i don't even like that woman.

Ikin said...

Hi cinta,

Good to have another review about this place. It is difficult for me to judge lebih2 since I pergi masa bulan puasa, and tak pernah pergi lagi after that. Tak banyak food yang boleh I rasa.

Hope the owner will read your review here. Cheers.:)