Tuesday, August 4, 2009

Back after a long time...

It's been a long time since I last blogged. Banyak sangat kerja & training kat office which has kept me very busy.....Banyak benda actually nak share dengan kawan2, tapi nanti la...slow2.Pelan2 kayuh... :). Ni pun update sikit2 dalam training class...Now still ada training kat Amcorp Mall, tapi nak tunggu tak bz...tak update blog la sampai bila2.Kat Amcorp Mall ni best, kedai dia macam2, pelik2.Banyak kedai yang jual collection item macam tea set..pinggan lama2, baju yang murah2 tapi cantik, kedai cotton...yang jual kain cotton yang confirm takde kat jakel or euro moda..Paling best...kedai buku dia banyak sangat.Ada kedai jual music magazine je, ada banyak kedai jual new imported magazine, but with the cheaper price, and yang paling best, kedai yang jual buku2 and majalah2 terpakai. Buku yang susah nak dapat, limited edition banyak kat kedai ni.

Last three weeks, kat office, macam2 la keje urgent kena buat. Training Cisco, propose new project...ha ni nampak macam senang, tapi proposal tu...rasa2nya dah 10 kali tukar kot.BOD tak approve la,marketing kata tak boleh jual la. Tapi Alhamdulillah, bos email semalam kata project dah approved. So, lepas ni makin bz la.Workload makin banyak..Sibuk nak Demo previous project kat custodian , kat ceo la.Audit la...macam2 ...semuanya last minute. Tu yang kelam kabut.Kuku kaki pun dah panjang lupa nak potong..
.
.
.
Demo project untuk custodian, nak close project...

Last 3-4 weeks , my FIL tak sihat. Lama masuk hospital.More than 6 days rasanya. Sesak nafas macam tu la.Oksigen tak cukup dalam badan. Makin teruk tu, sebab musim durian. Kat pahang durian memang la banyak bila musim...longgok tepi2 jalan depan rumah je.Dia memang tak boleh makan durian, tapi bila musim, anak2 balik, pokok belakang rumah je...anak2 & menantu pulak hantu durian..tu yang tak tahan agaknya...
My MIL, siap bekalkan 2 balang tempoyak..untuk puasa. tapi baru2 ni..dia jadi sambal durian la...sebab still manis. Ish...ish sedapnya...taruk cili padi banyak2, makan dengan nasik panas, ikan masin sepat dengan pajeri nenas taruk kicap manis cap kipas udang.

Masa balik pahang, singgah rumah kakak ipar...petik duku langsat, bawak balik KL ...sedapp...maniss.

My house pun, dah nak siap, around October. So, sibuk jugak round tengok2, nakbeli la sikit2 sebelum masuk rumah.Nanti beli sekaligus, takut terduduk je.Now, tengah jalan2 nak survey lampu, mintak quotation sana sini. Kena banyak mintak opinion from otai2 ... :)...alang and maksu. Mana murah...mana elok.Ye la...sebelum ni asyik beli barang Ikea je...murah and cantik. Lepas ni ada rezeki lebih sikit...upgrade la sikit...but still takde la yang mahal2 sangat.


Yang paling taknak and takut terjadi, bila kita sibuk cari duit,kerja...quality time with family tu takde. Mintak dijauhkan. Alhamdulillah, I manage tu bahagikan masa...with family.Kita penat...cari duit pun, kalau tak ada kebahagiaan dalam keluarga, takde kasih sayang dalam hidup, duit bergunung pun tak guna.

Alhamdulillah, I masih ada masa keluar with my husband buat benda yang kitorang suka,habiskan masa with my mak and abah. Penat macam mana pun,sibuk macam mana pun, I still can manage untuk bawak diorang jalan2,keluar makan, sedar bila diorang tak sihat...sebab mak abah selalu tak bagitau kalau sakit ke apa...especially abah.Takut orang hantar dia jumpa Dr. Buat la sedaya yang boleh, berbakti lah selagi diorang hidup...or selagi kita dipinjamkan nyawa.


Alhamdulillah, I masih ada masa spend together with my maksu to celebrate her birthday (walaupun sebenarnya dah terlupa...sowiii maksu),jumpa budak konit dua orang yang dah pandai cakap banyak, jumpa my cousin ...bergosip cerita2 hangat(nur...ada gosip..jangan lupa bgtau.. :)),luangkan masa pergi house warming rumah along..jumpa alang...borak dengan ayan and baru tau ayan ni kawan dengan si Yuna (yan, kak kin nak beli seluar macam yuna), keluar makan2 with my adik ipar, keluar shopping with my kawan2..berkongsi rasa duka with kawan2 rapat bila diorang sedih...syukur sangat2.

Masa Mega Sale kat Robinson...dapat beli semua ni below RM100.

Tgk MU vs Malaysia kat Bukit Jalil. Part of my anniversary present.

My fav pix...:). Ryan Giggs.. daripada sekolah minat dia ni...

Enjoy the moment...walaupun my husband Liverpool fan..layann je la

Ni gambar nostalgia...masa tgk MU jugak...tahun berapa ntah diorang datang Malaysia sebelum ni. 2000 kot. Masa ni muda remaja lagi...hahahahaa.Tak rasa penat pun berebut2.Bayar tiket paling murah...lepas tu menyelinap duduk tempat mahal. Tangga pun tangga la....

Ni la, 3-arm classic chandelier yang kitorang dah book untuk our new house. Beli 2 untuk living room..untuk dining area takde yang berkenan lagi. kalau berkenan pun...duitnya pulak yang tak berkenan.


Dalam 2 minggu lepas jugak, my best friend..Jai...kehilangan ibu yang tercinta..telah kembali ke rahmatullah.Kebetulan, I cuti hari tu.Terus je pergi rumah Jai, bagi sokongan...setakat yang mampu..Jai...kuat ye...Allah lebih sayangkan dia...Kita berdoa semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman...amin. Jai..kitorang sentiasa ada...bila kau perlukan sokongan kitorang...Jai mesti KUAT & TABAH!!


Sama jugak untuk John, yang baru je kehilangan ayah tersayang.Baru je borak dengan John kat facebook pagi tadi... Alhamdulillah...dia nampak kuat. Dah boleh buat lawak...as usual..nanti la kita buat small gathering...jumpa ...borak2...bagi semangat to each other ek..



Friends.... through difficult times.
Sometimes it is you that needs the extra support, and sometimes it is your friend. It is hard to see friends go through difficulties, but there are things we can do to help them in their time of need.
Suka sangat dengan gambar ni..

2 comments:

nerry nerry strawbery said...

hi ikinnnn lama nyerr senyap oiihh banyak la aktiviti ikin dah ni hah... cantik lampu tu .. sama taste mak su.. tak sabar nak tengok rumah ikin...teringat kain cotton bulat2 tu lum antar tailor laaa...

haniza said...

yeay...happy ada new entry!